Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Thursday, 5 March 2015

MHC : BAB 30



   EPILOG
Februari 2008
4.48 petang

 Arianna memandang ke arah Ammar Afi yang masih terikat di kerusi. Wajah lelaki itu yang nyata terkejut dengan apa yang berlaku dipandang dengan rasa marah. Arianna menghampiri Ammar Afi. Pistol di tangan disuakan ke wajah Ammar Afi, menggamit rasa gementar di dalam diri Ammar Afi. Arianna sendiri merasa resah memegang senjata api itu untuk pertama kalinya.

                “Aku nak kau mati Ammar Afi! Baru puas hati aku!”herdik Arianna kasar.
                Terangkat bahu Ammar Afi mendengar suara Arianna yang meninggi. Perasaan takut semakin menguasai dirinya. Dia tahu tatkala ini Arianna pasti akan melakukan apa yang dikatakannya. Perasaan dendam yang menggunung menjadikan Arianna tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Ammar Afi bimbang seandainya pistol itu akan memuntahkan peluru di tubuhnya nanti.
                Arianna menggenggam erat pistol tepat ke wajah Ammar Afi, cuba membidik sasaran dengan setepat mungkin. Tidak mahu membazir sebarang peluru. Ammar Afi harus mati! Arianna tekad untuk membunuh lelaki itu agar dendamnya selama ini terbalas. Hanya dengan kematian lelaki itu dia dapat menuntut bela di atas kematian Arissa dan segala penderitaannya selama ini.
                “Ari….Saya sayangkan awak…”ucap Ammar Afi gementar. Dalam rasa takut dia meluahkan apa yang tersimpan di hatinya. Dia mahu Arianna tahu bahawa dia mencintai wanita itu sepenuh hati. Biar apa pun niat Arianna padanya, bagi Ammar Afi itu semua adalah hak Arianna. Namun rasa cintanya sedikit pun tidak tergugat kerana itu.
                Arianna mengetap bibir. Pistol di tangannya dipegang semakin kemas. “Kau…kau jangan nak cuba berlakon kat sini…Tak kira kau cakap apa pun, hari ini kau tetap akan mati…”ujar Arianna dalam nada tersekat-sekat.
                “Ari, Saya sayangkan awak…Tak kira apa pun yang dah berlaku saya tetap cintakan awak. Soal Arissa…”
                “Jangan kau sebut nama dia binatang!!!!”jerkah Arianna nyaring.
                Ammar Afi terpelangah. Jelas di matanya Arianna sudah hilang pertimbangan dan akal warasnya. Wajah menyinga Arianna dipandang dengan pelbagai rasa. Ammar Afi sendiri tidak pernah menyangka bahawa Arianna punya agenda tersendiri mendekati dirinya. Apa yang paling sukar untuk dipercayai adalah Arissa merupakan kakak Arianna. Patutlah wajah mereka yang hampir seiras hingga membuatkan Ammar Afi sekali lagi terpikat.
                “Ari, please…kita boleh bincang ni semua. Saya…saya akan jelaskan hal sebenar pada awak,”kata Ammar Afi. Cuba untuk mencari ruang perbincangan di antara dia dan Arianna. Ammar Afi tidak mahu Arianna terus menerus menyalahkan dirinya tanpa mengetahui cerita yang sebenar di sebalik kematian Arissa.
                “Bincang?! Bincang?? Apalagi yang nak dibincangkan hah? Kau nak cakap yang kau langsung tak ada kaitan dengan kematian kakak aku? Kau tak pernah rogol dan bunuh dia? Macam tu? Macam tu ke Ammar Afi?”tukas Arianna. Tangannya masih lagi tegar mengacukan pistol tepat ke muka Ammar Afi yang gugup dengan perbuatannya itu.
                “Saya betul-betul tak pernah rogol atau bunuh Arissa. Percayalah Ari….Even mahkamah pun dah bebaskan saya dari tuduhan tu. Hanya Hazri dan Fikri yang terlibat dalam jenayah tu…Percayalah Ari…”
                “Hei…kau ingat aku ni bodoh ke? Walaupun kau tak rogol atau bunuh Arissa tapi kaulah dalang di sebalik semua tu! Aku takkan biarkan sesiapa yang dah menyebabkan Arissa mati…Keluarga aku porak peranda, umi dan abah pun tinggalkan aku. Kau takkan faham perasaan aku yang hidup keseorang saat aku perlukan ahli keluarga aku. Kau yang sebabkan semua ni berlaku. Kau!!”jerkah Arianna.
Arianna langsung tidak mahu mendengar penjelasan Ammar Afi. Bertahun disemat di dalam hati bahawa lelaki itulah punca mengapa dia keseorangan. Kerana lelaki itu along, abah dan umi pergi meninggalkannya. Arianna hanya akan puas seandainya lelaki itu menderita sepertimana dia menderita selama ini.
“Ya Allah Ari. Percayalah, saya tak tipu!”tingkah Ammar Afi.
“Kau jangan nak gunakan nama Tuhan, Ammar Afi. Aku takkan sesekali percaya!”
Arianna memandang wajah cemas Ammar Afi di hadapannya. Kelihatannya lelaki itu seperti sudah mengalah untuk terus memberi penjelasan. Bagi Arianna katalah apa sahaja, bersumpahlah di atas nama Tuhan sekalipun, Arianna tidak akan sesekali percaya. Sekiranya lelaki itu tega untuk melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap Arissa, maka untuk bersumpah dengan menggunakan nama Allah pastinya tidak menjadi masalah. Arianna tidak akan percaya. Arianna takkan percaya sama sekali!
“Saya sayangkan Ari…Demi Allah saya….”
“DiammmmM!!!!!”
Ammar Afi terkejut mendengar jeritan kuat Arianna. Nampak benar wanita itu seperti sudah hilang segala pertimbangan dan kewarasan dalam pemikiran. Biar apa pun yang cuba dikatakan olehnya wanita itu tidak akan sesekali mendengarnya. Lantas pilihan apa lagi yang ada pada Ammar Afi? Membiarkan sahaja dirinya menjadi mangsa amarah dan dendam Arianna yang tidak berasas itu? Perlukah mengorbankan dirinya seandainya itu yang dapat menebus dosanya pada Arianna?
Mata Ammar Afi yang baru sahaja berkalih pada Arianna membulat. Desah nafasnya jelas kedengaran. Arianna yang mengacukan pistol tepat ke arahnya dilihat seperti sudah bersedia untuk membunuhnya. Wanita itu kelihatan begitu nekad. Ammar Afi mula kaget. Dalam hati tak henti berdoa semoga Arianna tidak melakukan sesuatu yang buruk ke atas dirinya. Namun mungkin itu seperti ibarat hanya mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan. Saat Arianna menarik picu pistol di tangannya Ammar Afi memejamkan matanya rapat. Ya Allah!
                “Aku akan bunuh kau!!”jerit Arianna dan serentak itu juga kedengaran dua das tembakan dilepaskan. Bergema bunyi tembakan di dalam rumah usang itu. Arianna merasakan suasana sekeliling semakin sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi lelah nafasnya. Seolah-olah menggunakan seluruh kekuatan dan tenaganya semasa menarik picu pistol di tangannya.
                Arianna membuka matanya perlahan-lahan. Diarahkan pandangannya ke arah Ammar Afi yang sudah pun tidak bersuara. Arianna menekup mulutnya apabila melihat ada kesan tembakan di dada Ammar Afi. Mata lelaki itu terpejam rapat. Dengan langkah yang menggeletar Arianna menghampiri tubuh Ammar Afi yang kaku di kerusinya. Dengan tangan yang masih menggigil Arianna menyuakan jarinya ke hidung Ammar Afi. Tiada lagi hembusan nafas.
                Arianna terus terjelopok di hadapan mayat Ammar Afi. Perlahan-lahan airmatanya merembes keluar. Lama-lama kedengaran esakan halus di bibir Arianna. Di ruang matanya terbayang-bayang wajah ahli keluarganya satu persatu. Wajah Arissa melekap lama di fikirannya. Wajah sedih abah dan kecewa ibu berlegar dalam mindanya. Dendam kesumat yang tersimpan selama ini akhirnya ternoktah dengan kematian Ammar Afi. Tangisan Arianna bergema di dalam rumah kosong itu.
                Arianna mengepal kedua-dua penumbuknya. Dadanya terasa sakit tiba-tiba. Entah mengapa dia merasakan nafasnya begitu sesak sekali. Selama ini Arianna fikir seandainya dia berjaya membalas dendam hidupnya akan tenang dan kembali bahagia. Arianna sentiasa mengimpikan kemusnahan Ammar Afi dan dia akan tersenyum senang.
Seharusnya dia merasakan satu kelegaan namun entah mengapa hatinya seakan begitu sakit dan pedih sekali. Tetapi mengapa dia merasa begitu sedih sekali? Mengapa Arianna merasakan kematian Ammar Afi tetap tidak mengubah apa-apa? Arianna memandang Ammar Afi yang sudah tidak bernyawa. Lama matanya di situ sebelum terbayang di ruang matanya senyuman Ammar Afi lalu  menyentap hati kecilnya. Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Apa yang aku buat ni?
Arianna meraung sekuat hati hingga dia tidak dapat mendengar suaranya sendiri. Mengapa Arianna merasa hidupnya semakin kosong? Mengapa Arianna tidak merasa gembira dengan apa yang berlaku? Mengapa kematian lelaki itu begitu memeritkan? Mengapa hatinya begitu sakit? Arianna meletakkan tangannya ke dada. Dadanya terasa begitu sesak. Hatinya begitu pedih. Kenapa? Kenapa Along? Kenapa adik rasa macam ni? Kenapa?Kenapa? Kenapa adik rasa macam ni? Along!!!

Arianna terbangun dengan desahan nafas yang kuat. Seluruh wajahnya berpeluh. Tangannya menggigil. Arianna mula kebingungan. Dia bukan lagi di rumah usang yang menjadi saksi putusnya nyawa lelaki bernama Ammar Afi. Ruang bilik yang besar dan luas itu kelihatan begitu asing. Dia dapat menghidu haruman aromaterapi yang begitu menyenangkan. Hiasan bilik tersebut yang begitu indah membuatkan Arianna semakin pelik. Aku kat mana ni? Saat matanya tertancap pada sebatang tubuh yang berdiri di sisi katil dengan senyuman di bibir, Arianna bingkas bangun. Dadanya berombak laju.
                “Afi!!”tingkah Arianna dengan nada yang terkejut. Apa yang berlaku? Bukankah Ammar Afi telah mati? Arianna kebingungan. Apa yang berlaku sebenarnya? Di mana dia? Ammar Afi masih hidup? Apa yang berlaku ni?
                Ammar Afi pelik melihat Arianna yang terpinga-pinga setelah dikejutkan dari lenanya. Berkerut dahinya melihat telatah aneh Arianna yang seolah-olah kebingungan. “Ari okay tak ni?”soal Ammar Afi.
                Arianna pantas menoleh ke arah Ammar Afi. “Apa semua ni? Kat mana ni?”soal Arianna.
                Ammar Afi tercengang seketika. Tertanya-tanya akan reaksi Arianna. Namun senyuman terukir di bibirnya apabila menyedari mungkin Arianna mengigau akibat keletihan. “Ari mengigau ni.. Itulah, lepas maghrib tak elok tidur…”usul Ammar Afi.
                Berkerut wajah Arianna mendengar bicara Ammar Afi. “Mengigau??” 
                Ammar Afi senyum. “Hmm..Ari bangun dan pergi mandi. Bersihkan diri lepas tu kita solat sama-sama,okay? Abang tunggu Ari…”
                Arianna diam. Dia memerhatikan sahaja tingkah Ammar Afi yang membentangkan dua sejadah di sudut bilik. Arianna masih lagi bingung biarpun dia sudah memahami situasi yang berlaku sekarang. Arianna meraup wajahnya yang dibasahi peluh dingin. Arianna beristighfar berkali-kali. Rupa-rupanya dia bermimpi sebentar tadi. Bermimpikan dirinya telah membunuh Ammar Afi.
                Mungkin juga selepas pengakuan Ammar Afi di kubur Arissa tempoh hari telah mengganggu jiwanya. Apatah lagi Ammar Afi sebenarnya tidak menceritakan secara penuh peristiwa tersebut kerana tidak mahu lagi mengungkit kisah kematian Arissa. Pada saat Arianna mahu mendengar pengakuan atau cerita dongeng Ammar Afi, tiba-tiba sahaja lelaki itu berhenti. Matanya merenung lama di kubur Arissa sebelum melepaskan keluhan berat. Ammar Afi tidak mampu untuk meneruskan cerita tersebut, hatinya terlalu sakit. Dan Arianna menjadi sedikit geram dengan sikap acuh tak acuh Ammar Afi.
                Biarpun begitu, Arianna tidak perlu mendengar apa pun daripada Ammar Afi. Dia sendiri lebih tahu apa yang berlaku pada Arissa. Malah Ammar Afi tidak mampu untuk menipunya dan menutup segala kebenaran. Ammar Afi tidak tahu siapa dirinya. Dan Arianna akan menggunakan perkara tersebut sebagai alat untuk membalas dendam pada lelaki itu. Tapi bagaimana? Cara apa yang harus digunakan untuk membalas segala perbuatan Ammar Afi? Arianna bingung.
Arianna menghela nafas panjang. Memikirkan mimpinya sebentar tadi Arianna sedar dia bukanlah seberani itu untuk memegang senjata apatah lagi melakukan jenayah bunuh. Mimpi yang seakan-akan benar itu sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Apakah dia akan pergi sejauh itu hanya untuk membalas dendam semata-mata? Apakah dia tega sebenarnya untuk membunuh lelaki itu? Lelaki yang sudah pun bergelar suaminya itu?
                Arianna melangkah longlai ke bilik air. Dipercikkan air ke mukanya. Dipandang wajahnya sendiri di dalam cermin. Arianna menjamah cermin yang membiaskan wajahnya yang basah dengan air. Serentak itu matanya melekat di jari jemarinya yang berwarna merah. Cincin berlian yang tersarung di jari manis di tatap lama. Dia kini sudah sah menjadi isteri kepada musuhnya sendiri. Rancangannya selama ini mula menunjukkan hasil.
Perkahwinan ini akan dijadikan medium untuk dendamnya. Ammar Afi harus menderita! Nekad Arianna seraya mengukir senyuman di hadapan cermin. Terlintas sekali lagi mimpi yang di alaminya sebentar tadi. Entah mengapa senyuman itu tidak lama terukir sebelum Arianna merasakan ada sesuatu yang bagaikan tidak kena pada dirinya. Tangan kanannya dilekapkan ke dada yang berdegup kencang. Kenapa ni?
Ketika Arianna keluar dari bilik air, Ammar Afi sedang duduk di sudut bilik dengan buku di tangan. Arianna memandang tajuk buku itu sepintas lalu. Perkahwinan Yang Diredhai. Hati Arianna dibias rasa aneh. Melihat kesungguhan Ammar Afi membaca buku tersebut membuatkan Arianna sedikit gentar. Rasa takut menyelubungi hatinya.
Apakah Ammar Afi akan meminta haknya sebagai suami? Apakah dia mampu menyerahkan jasadnya pada lelaki yang pernah meratah rakus tubuh Arissa? Beberapa hari ini dia bisa menolak keinginan Ammar Afi kerana keadaan dirinya yang berhadas besar. Namun selepas itu? Bagaimana mahu menolak atau mengelak? Dia seorang lelaki yang pastinya mahukan haknya dilestarikan. Sedangkan aku tidak akan sesekali membiarkan dia menyentuh tubuh aku!! Arianna menggengam kedua belah tangannya menahan rasa sebal.
Ammar Afi mendongak tatkala mendengar derapan langkah Arianna yang sudah pun duduk di katil. Ammar Afi mengukir senyuman sebelum menghampiri sejadah yang tersedia. “Jom…”
Berkerut dahi Ammar Afi apabila melihat Arianna masih kaku di katil. Tiada tanda-tanda wanita itu akan memakai kain telekung untuk bersembahyang. Pelik melihat isteri yang baru dinikahinya itu. “Kenapa Ari?”
Arianna memandang Ammar Afi. Mukanya terasa panas. Malu untuk mengatakan punca dan sebab mengapa dia masih membatu sedangkan Ammar Afi sudah menunggu dirinya untuk bersolat bersama-sama pada hari pertama mereka berdua bergelar suami isteri.
“Saya…saya cuti…”jawab Arianna dengan rasa malu. Langsung tidak memandang Ammar Afi yang asyik merenungnya.
Ammar Afi ketawa perlahan. “Oh, okay. Tak apalah, abang solat dulu…”
Arianna terkedu seketika saat Ammar Afi membahasakan dirinya “abang” sebentar tadi. Matanya tertancap pada tubuh Ammar Afi yang sudah pun mengangkat takbir memulakan solat sebagai kewajipan pada Yang Maha Esa. Sekali lagi tangannya dilekapkan ke dada. Perasaan apakah ini? Kenapa semakin hari semakin kuat debaran dalam hati aku? Apakah mungkin aku…! Arianna menggeleng pantas. Tidak mungkiin! Aku takkan jatuh cinta pada lelaki itu. Aku benci dia! Aku benci Ammar Afi! Aku benci!Benci!
Bergema suara itu di dalam tubuh Arianna namun entah mengapa semakin lama semakin perlahan dan terus hilang. Arianna menyebak rambutnya yang panjang ke belakang. Perlahan dibaringkan tubuhnya ke katil. Rasa resah dan gelisah bercampur menjadi satu. Apakah perangkap yang dipasangnya telah menjeratnya juga? Perkahwinan yang pada dasarnya bukanlah kemahuan Arianna, namun kesungguhan Ammar Afi membuatkan Arianna akur. Arianna sedar inilah peluangnya untuk membalas dendam kepada lelaki itu.
Arianna sengaja bersetuju untuk berkahwin hanya kerana ingin membuatkan hidup Ammar Afi musnah. Arianna tidak akan senang duduk selagi dia tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri penderitaan Ammar Afi demi menuntut bela di atas kematian Arissa. Rasa cinta lelaki itu akan dipergunakan untuk membalas segala perbuatan keji Ammar Afi terhadap Arissa. Arianna tidak akan sesekali membuatkan lelaki itu merasa bahagia bersamanya. Janji ini sudah terpatri dalam dirinya sebelum mereka berdua berkahwin.
Usai sahaja mengerjakan solat Isyak, Ammar Afi menggantung sejadah di ampaian yang tersedia. Songkok diletakkan di atas meja solek. Semasa matanya berkalih pada katil Ammar Afi mengukir senyuman melihat Arianna yang sudah tertidur. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke katil. Penat seharian melayan tetamu sepanjang majlisnya hari ini membuatkan Ammar Afi mahu berehat dan melelapkan mata lebih awal.
Tubuh Arianna yang mengerekot kesejukan itu diselimutkan dengan berhati-hati. Jelas terpancar keletihan di wajah isterinya itu. Dia sendiri turut merasa letih dengan majlis sepanjang hari ini. Ammar Afi mengucup lembut ubun-ubun Arianna sebelum dia merebahkan tubuhnya. Mata yang sedia layu itu terus terkatup dan Ammar Afi terlena dalam masa tidak sampai 10 minit kerana kepenatan.

               Arianna membuka matanya. Tubuh yang membelakangi Ammar Afi dikalih menghadap Ammar Afi yang tidur pulas. Disentuh dahi yang dicium Ammar Afi. Sekali lagi perasaan hangat itu menyerap segenap ruang tubuhnya. Arianna mengetap bibir. Apakah aku mampu sebenarnya untuk meneruskan rancangan aku? Arianna mula tidak yakin.

No comments: