Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Thursday, 5 March 2015

MHC : BAB 30



   EPILOG
Februari 2008
4.48 petang

 Arianna memandang ke arah Ammar Afi yang masih terikat di kerusi. Wajah lelaki itu yang nyata terkejut dengan apa yang berlaku dipandang dengan rasa marah. Arianna menghampiri Ammar Afi. Pistol di tangan disuakan ke wajah Ammar Afi, menggamit rasa gementar di dalam diri Ammar Afi. Arianna sendiri merasa resah memegang senjata api itu untuk pertama kalinya.

                “Aku nak kau mati Ammar Afi! Baru puas hati aku!”herdik Arianna kasar.
                Terangkat bahu Ammar Afi mendengar suara Arianna yang meninggi. Perasaan takut semakin menguasai dirinya. Dia tahu tatkala ini Arianna pasti akan melakukan apa yang dikatakannya. Perasaan dendam yang menggunung menjadikan Arianna tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Ammar Afi bimbang seandainya pistol itu akan memuntahkan peluru di tubuhnya nanti.
                Arianna menggenggam erat pistol tepat ke wajah Ammar Afi, cuba membidik sasaran dengan setepat mungkin. Tidak mahu membazir sebarang peluru. Ammar Afi harus mati! Arianna tekad untuk membunuh lelaki itu agar dendamnya selama ini terbalas. Hanya dengan kematian lelaki itu dia dapat menuntut bela di atas kematian Arissa dan segala penderitaannya selama ini.
                “Ari….Saya sayangkan awak…”ucap Ammar Afi gementar. Dalam rasa takut dia meluahkan apa yang tersimpan di hatinya. Dia mahu Arianna tahu bahawa dia mencintai wanita itu sepenuh hati. Biar apa pun niat Arianna padanya, bagi Ammar Afi itu semua adalah hak Arianna. Namun rasa cintanya sedikit pun tidak tergugat kerana itu.
                Arianna mengetap bibir. Pistol di tangannya dipegang semakin kemas. “Kau…kau jangan nak cuba berlakon kat sini…Tak kira kau cakap apa pun, hari ini kau tetap akan mati…”ujar Arianna dalam nada tersekat-sekat.
                “Ari, Saya sayangkan awak…Tak kira apa pun yang dah berlaku saya tetap cintakan awak. Soal Arissa…”
                “Jangan kau sebut nama dia binatang!!!!”jerkah Arianna nyaring.
                Ammar Afi terpelangah. Jelas di matanya Arianna sudah hilang pertimbangan dan akal warasnya. Wajah menyinga Arianna dipandang dengan pelbagai rasa. Ammar Afi sendiri tidak pernah menyangka bahawa Arianna punya agenda tersendiri mendekati dirinya. Apa yang paling sukar untuk dipercayai adalah Arissa merupakan kakak Arianna. Patutlah wajah mereka yang hampir seiras hingga membuatkan Ammar Afi sekali lagi terpikat.
                “Ari, please…kita boleh bincang ni semua. Saya…saya akan jelaskan hal sebenar pada awak,”kata Ammar Afi. Cuba untuk mencari ruang perbincangan di antara dia dan Arianna. Ammar Afi tidak mahu Arianna terus menerus menyalahkan dirinya tanpa mengetahui cerita yang sebenar di sebalik kematian Arissa.
                “Bincang?! Bincang?? Apalagi yang nak dibincangkan hah? Kau nak cakap yang kau langsung tak ada kaitan dengan kematian kakak aku? Kau tak pernah rogol dan bunuh dia? Macam tu? Macam tu ke Ammar Afi?”tukas Arianna. Tangannya masih lagi tegar mengacukan pistol tepat ke muka Ammar Afi yang gugup dengan perbuatannya itu.
                “Saya betul-betul tak pernah rogol atau bunuh Arissa. Percayalah Ari….Even mahkamah pun dah bebaskan saya dari tuduhan tu. Hanya Hazri dan Fikri yang terlibat dalam jenayah tu…Percayalah Ari…”
                “Hei…kau ingat aku ni bodoh ke? Walaupun kau tak rogol atau bunuh Arissa tapi kaulah dalang di sebalik semua tu! Aku takkan biarkan sesiapa yang dah menyebabkan Arissa mati…Keluarga aku porak peranda, umi dan abah pun tinggalkan aku. Kau takkan faham perasaan aku yang hidup keseorang saat aku perlukan ahli keluarga aku. Kau yang sebabkan semua ni berlaku. Kau!!”jerkah Arianna.
Arianna langsung tidak mahu mendengar penjelasan Ammar Afi. Bertahun disemat di dalam hati bahawa lelaki itulah punca mengapa dia keseorangan. Kerana lelaki itu along, abah dan umi pergi meninggalkannya. Arianna hanya akan puas seandainya lelaki itu menderita sepertimana dia menderita selama ini.
“Ya Allah Ari. Percayalah, saya tak tipu!”tingkah Ammar Afi.
“Kau jangan nak gunakan nama Tuhan, Ammar Afi. Aku takkan sesekali percaya!”
Arianna memandang wajah cemas Ammar Afi di hadapannya. Kelihatannya lelaki itu seperti sudah mengalah untuk terus memberi penjelasan. Bagi Arianna katalah apa sahaja, bersumpahlah di atas nama Tuhan sekalipun, Arianna tidak akan sesekali percaya. Sekiranya lelaki itu tega untuk melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap Arissa, maka untuk bersumpah dengan menggunakan nama Allah pastinya tidak menjadi masalah. Arianna tidak akan percaya. Arianna takkan percaya sama sekali!
“Saya sayangkan Ari…Demi Allah saya….”
“DiammmmM!!!!!”
Ammar Afi terkejut mendengar jeritan kuat Arianna. Nampak benar wanita itu seperti sudah hilang segala pertimbangan dan kewarasan dalam pemikiran. Biar apa pun yang cuba dikatakan olehnya wanita itu tidak akan sesekali mendengarnya. Lantas pilihan apa lagi yang ada pada Ammar Afi? Membiarkan sahaja dirinya menjadi mangsa amarah dan dendam Arianna yang tidak berasas itu? Perlukah mengorbankan dirinya seandainya itu yang dapat menebus dosanya pada Arianna?
Mata Ammar Afi yang baru sahaja berkalih pada Arianna membulat. Desah nafasnya jelas kedengaran. Arianna yang mengacukan pistol tepat ke arahnya dilihat seperti sudah bersedia untuk membunuhnya. Wanita itu kelihatan begitu nekad. Ammar Afi mula kaget. Dalam hati tak henti berdoa semoga Arianna tidak melakukan sesuatu yang buruk ke atas dirinya. Namun mungkin itu seperti ibarat hanya mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan. Saat Arianna menarik picu pistol di tangannya Ammar Afi memejamkan matanya rapat. Ya Allah!
                “Aku akan bunuh kau!!”jerit Arianna dan serentak itu juga kedengaran dua das tembakan dilepaskan. Bergema bunyi tembakan di dalam rumah usang itu. Arianna merasakan suasana sekeliling semakin sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi lelah nafasnya. Seolah-olah menggunakan seluruh kekuatan dan tenaganya semasa menarik picu pistol di tangannya.
                Arianna membuka matanya perlahan-lahan. Diarahkan pandangannya ke arah Ammar Afi yang sudah pun tidak bersuara. Arianna menekup mulutnya apabila melihat ada kesan tembakan di dada Ammar Afi. Mata lelaki itu terpejam rapat. Dengan langkah yang menggeletar Arianna menghampiri tubuh Ammar Afi yang kaku di kerusinya. Dengan tangan yang masih menggigil Arianna menyuakan jarinya ke hidung Ammar Afi. Tiada lagi hembusan nafas.
                Arianna terus terjelopok di hadapan mayat Ammar Afi. Perlahan-lahan airmatanya merembes keluar. Lama-lama kedengaran esakan halus di bibir Arianna. Di ruang matanya terbayang-bayang wajah ahli keluarganya satu persatu. Wajah Arissa melekap lama di fikirannya. Wajah sedih abah dan kecewa ibu berlegar dalam mindanya. Dendam kesumat yang tersimpan selama ini akhirnya ternoktah dengan kematian Ammar Afi. Tangisan Arianna bergema di dalam rumah kosong itu.
                Arianna mengepal kedua-dua penumbuknya. Dadanya terasa sakit tiba-tiba. Entah mengapa dia merasakan nafasnya begitu sesak sekali. Selama ini Arianna fikir seandainya dia berjaya membalas dendam hidupnya akan tenang dan kembali bahagia. Arianna sentiasa mengimpikan kemusnahan Ammar Afi dan dia akan tersenyum senang.
Seharusnya dia merasakan satu kelegaan namun entah mengapa hatinya seakan begitu sakit dan pedih sekali. Tetapi mengapa dia merasa begitu sedih sekali? Mengapa Arianna merasakan kematian Ammar Afi tetap tidak mengubah apa-apa? Arianna memandang Ammar Afi yang sudah tidak bernyawa. Lama matanya di situ sebelum terbayang di ruang matanya senyuman Ammar Afi lalu  menyentap hati kecilnya. Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Apa yang aku buat ni?
Arianna meraung sekuat hati hingga dia tidak dapat mendengar suaranya sendiri. Mengapa Arianna merasa hidupnya semakin kosong? Mengapa Arianna tidak merasa gembira dengan apa yang berlaku? Mengapa kematian lelaki itu begitu memeritkan? Mengapa hatinya begitu sakit? Arianna meletakkan tangannya ke dada. Dadanya terasa begitu sesak. Hatinya begitu pedih. Kenapa? Kenapa Along? Kenapa adik rasa macam ni? Kenapa?Kenapa? Kenapa adik rasa macam ni? Along!!!

Arianna terbangun dengan desahan nafas yang kuat. Seluruh wajahnya berpeluh. Tangannya menggigil. Arianna mula kebingungan. Dia bukan lagi di rumah usang yang menjadi saksi putusnya nyawa lelaki bernama Ammar Afi. Ruang bilik yang besar dan luas itu kelihatan begitu asing. Dia dapat menghidu haruman aromaterapi yang begitu menyenangkan. Hiasan bilik tersebut yang begitu indah membuatkan Arianna semakin pelik. Aku kat mana ni? Saat matanya tertancap pada sebatang tubuh yang berdiri di sisi katil dengan senyuman di bibir, Arianna bingkas bangun. Dadanya berombak laju.
                “Afi!!”tingkah Arianna dengan nada yang terkejut. Apa yang berlaku? Bukankah Ammar Afi telah mati? Arianna kebingungan. Apa yang berlaku sebenarnya? Di mana dia? Ammar Afi masih hidup? Apa yang berlaku ni?
                Ammar Afi pelik melihat Arianna yang terpinga-pinga setelah dikejutkan dari lenanya. Berkerut dahinya melihat telatah aneh Arianna yang seolah-olah kebingungan. “Ari okay tak ni?”soal Ammar Afi.
                Arianna pantas menoleh ke arah Ammar Afi. “Apa semua ni? Kat mana ni?”soal Arianna.
                Ammar Afi tercengang seketika. Tertanya-tanya akan reaksi Arianna. Namun senyuman terukir di bibirnya apabila menyedari mungkin Arianna mengigau akibat keletihan. “Ari mengigau ni.. Itulah, lepas maghrib tak elok tidur…”usul Ammar Afi.
                Berkerut wajah Arianna mendengar bicara Ammar Afi. “Mengigau??” 
                Ammar Afi senyum. “Hmm..Ari bangun dan pergi mandi. Bersihkan diri lepas tu kita solat sama-sama,okay? Abang tunggu Ari…”
                Arianna diam. Dia memerhatikan sahaja tingkah Ammar Afi yang membentangkan dua sejadah di sudut bilik. Arianna masih lagi bingung biarpun dia sudah memahami situasi yang berlaku sekarang. Arianna meraup wajahnya yang dibasahi peluh dingin. Arianna beristighfar berkali-kali. Rupa-rupanya dia bermimpi sebentar tadi. Bermimpikan dirinya telah membunuh Ammar Afi.
                Mungkin juga selepas pengakuan Ammar Afi di kubur Arissa tempoh hari telah mengganggu jiwanya. Apatah lagi Ammar Afi sebenarnya tidak menceritakan secara penuh peristiwa tersebut kerana tidak mahu lagi mengungkit kisah kematian Arissa. Pada saat Arianna mahu mendengar pengakuan atau cerita dongeng Ammar Afi, tiba-tiba sahaja lelaki itu berhenti. Matanya merenung lama di kubur Arissa sebelum melepaskan keluhan berat. Ammar Afi tidak mampu untuk meneruskan cerita tersebut, hatinya terlalu sakit. Dan Arianna menjadi sedikit geram dengan sikap acuh tak acuh Ammar Afi.
                Biarpun begitu, Arianna tidak perlu mendengar apa pun daripada Ammar Afi. Dia sendiri lebih tahu apa yang berlaku pada Arissa. Malah Ammar Afi tidak mampu untuk menipunya dan menutup segala kebenaran. Ammar Afi tidak tahu siapa dirinya. Dan Arianna akan menggunakan perkara tersebut sebagai alat untuk membalas dendam pada lelaki itu. Tapi bagaimana? Cara apa yang harus digunakan untuk membalas segala perbuatan Ammar Afi? Arianna bingung.
Arianna menghela nafas panjang. Memikirkan mimpinya sebentar tadi Arianna sedar dia bukanlah seberani itu untuk memegang senjata apatah lagi melakukan jenayah bunuh. Mimpi yang seakan-akan benar itu sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Apakah dia akan pergi sejauh itu hanya untuk membalas dendam semata-mata? Apakah dia tega sebenarnya untuk membunuh lelaki itu? Lelaki yang sudah pun bergelar suaminya itu?
                Arianna melangkah longlai ke bilik air. Dipercikkan air ke mukanya. Dipandang wajahnya sendiri di dalam cermin. Arianna menjamah cermin yang membiaskan wajahnya yang basah dengan air. Serentak itu matanya melekat di jari jemarinya yang berwarna merah. Cincin berlian yang tersarung di jari manis di tatap lama. Dia kini sudah sah menjadi isteri kepada musuhnya sendiri. Rancangannya selama ini mula menunjukkan hasil.
Perkahwinan ini akan dijadikan medium untuk dendamnya. Ammar Afi harus menderita! Nekad Arianna seraya mengukir senyuman di hadapan cermin. Terlintas sekali lagi mimpi yang di alaminya sebentar tadi. Entah mengapa senyuman itu tidak lama terukir sebelum Arianna merasakan ada sesuatu yang bagaikan tidak kena pada dirinya. Tangan kanannya dilekapkan ke dada yang berdegup kencang. Kenapa ni?
Ketika Arianna keluar dari bilik air, Ammar Afi sedang duduk di sudut bilik dengan buku di tangan. Arianna memandang tajuk buku itu sepintas lalu. Perkahwinan Yang Diredhai. Hati Arianna dibias rasa aneh. Melihat kesungguhan Ammar Afi membaca buku tersebut membuatkan Arianna sedikit gentar. Rasa takut menyelubungi hatinya.
Apakah Ammar Afi akan meminta haknya sebagai suami? Apakah dia mampu menyerahkan jasadnya pada lelaki yang pernah meratah rakus tubuh Arissa? Beberapa hari ini dia bisa menolak keinginan Ammar Afi kerana keadaan dirinya yang berhadas besar. Namun selepas itu? Bagaimana mahu menolak atau mengelak? Dia seorang lelaki yang pastinya mahukan haknya dilestarikan. Sedangkan aku tidak akan sesekali membiarkan dia menyentuh tubuh aku!! Arianna menggengam kedua belah tangannya menahan rasa sebal.
Ammar Afi mendongak tatkala mendengar derapan langkah Arianna yang sudah pun duduk di katil. Ammar Afi mengukir senyuman sebelum menghampiri sejadah yang tersedia. “Jom…”
Berkerut dahi Ammar Afi apabila melihat Arianna masih kaku di katil. Tiada tanda-tanda wanita itu akan memakai kain telekung untuk bersembahyang. Pelik melihat isteri yang baru dinikahinya itu. “Kenapa Ari?”
Arianna memandang Ammar Afi. Mukanya terasa panas. Malu untuk mengatakan punca dan sebab mengapa dia masih membatu sedangkan Ammar Afi sudah menunggu dirinya untuk bersolat bersama-sama pada hari pertama mereka berdua bergelar suami isteri.
“Saya…saya cuti…”jawab Arianna dengan rasa malu. Langsung tidak memandang Ammar Afi yang asyik merenungnya.
Ammar Afi ketawa perlahan. “Oh, okay. Tak apalah, abang solat dulu…”
Arianna terkedu seketika saat Ammar Afi membahasakan dirinya “abang” sebentar tadi. Matanya tertancap pada tubuh Ammar Afi yang sudah pun mengangkat takbir memulakan solat sebagai kewajipan pada Yang Maha Esa. Sekali lagi tangannya dilekapkan ke dada. Perasaan apakah ini? Kenapa semakin hari semakin kuat debaran dalam hati aku? Apakah mungkin aku…! Arianna menggeleng pantas. Tidak mungkiin! Aku takkan jatuh cinta pada lelaki itu. Aku benci dia! Aku benci Ammar Afi! Aku benci!Benci!
Bergema suara itu di dalam tubuh Arianna namun entah mengapa semakin lama semakin perlahan dan terus hilang. Arianna menyebak rambutnya yang panjang ke belakang. Perlahan dibaringkan tubuhnya ke katil. Rasa resah dan gelisah bercampur menjadi satu. Apakah perangkap yang dipasangnya telah menjeratnya juga? Perkahwinan yang pada dasarnya bukanlah kemahuan Arianna, namun kesungguhan Ammar Afi membuatkan Arianna akur. Arianna sedar inilah peluangnya untuk membalas dendam kepada lelaki itu.
Arianna sengaja bersetuju untuk berkahwin hanya kerana ingin membuatkan hidup Ammar Afi musnah. Arianna tidak akan senang duduk selagi dia tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri penderitaan Ammar Afi demi menuntut bela di atas kematian Arissa. Rasa cinta lelaki itu akan dipergunakan untuk membalas segala perbuatan keji Ammar Afi terhadap Arissa. Arianna tidak akan sesekali membuatkan lelaki itu merasa bahagia bersamanya. Janji ini sudah terpatri dalam dirinya sebelum mereka berdua berkahwin.
Usai sahaja mengerjakan solat Isyak, Ammar Afi menggantung sejadah di ampaian yang tersedia. Songkok diletakkan di atas meja solek. Semasa matanya berkalih pada katil Ammar Afi mengukir senyuman melihat Arianna yang sudah tertidur. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke katil. Penat seharian melayan tetamu sepanjang majlisnya hari ini membuatkan Ammar Afi mahu berehat dan melelapkan mata lebih awal.
Tubuh Arianna yang mengerekot kesejukan itu diselimutkan dengan berhati-hati. Jelas terpancar keletihan di wajah isterinya itu. Dia sendiri turut merasa letih dengan majlis sepanjang hari ini. Ammar Afi mengucup lembut ubun-ubun Arianna sebelum dia merebahkan tubuhnya. Mata yang sedia layu itu terus terkatup dan Ammar Afi terlena dalam masa tidak sampai 10 minit kerana kepenatan.

               Arianna membuka matanya. Tubuh yang membelakangi Ammar Afi dikalih menghadap Ammar Afi yang tidur pulas. Disentuh dahi yang dicium Ammar Afi. Sekali lagi perasaan hangat itu menyerap segenap ruang tubuhnya. Arianna mengetap bibir. Apakah aku mampu sebenarnya untuk meneruskan rancangan aku? Arianna mula tidak yakin.

Monday, 9 February 2015

Arjuna Melati




-ARJUNA MELATI-

Melati menggenyeh matanya yang pedih perlahan. Bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidung. Melati menarik nafas pendek. Tidak gemar sebenarnya dengan bau ubat yang begitu kuat. Namun apakan daya desakan papanya supaya mendapatkan rawatan di hospital terpaksa dituruti. Apatah lagi sudah tiga hari dia menangguhkan arahan papanya itu. Mencari alasan dengan kesibukan kerjanya di pejabat biarpun ianya sekadar alasan untuk melarikan diri.

Walau bagaimanapun gara-gara demamnya tetap jua masih tiada tanda-tanda untuk kebah, Melati akhirnya gagahkan diri ke hospital. Bunyinya seperti agak melampau namun papanya dengan tegas menyuruh dia mendapatkan rawatan hanya di Hospital Ampang. Mentang-mentanglah kawan papanya doktor yang bertugas di hospital itu! Rungut Melati.

"Cik Chempaka Melati!"

Melati tersentak apabila menyedari namanya dipanggil oleh jururawat yang bertugas. Melati sedar ketika dia bangun dari kerusinya ada beberapa mata memandangnya  dengan senyuman. Ah namanya yang begitu klasik pasti mengundang umpatan orang! Melati sendiri tidak tahu mengapa perlu papanya Datuk Mazlan memilih nama itu untuknya.

"Cik Melati masuk ke bilik rawatan nombor 4 ya. Sekejap lagi doktor akan masuk…"beritahu jururawat tersebut. Manis sungguh jururawat muda itu pada pandangan Melati. Patutlah ramai lelaki mudah tergoda kalau tengok jururawat. Ish sempat lagi mengata! Melati bermonolog sendiri.

Melati menyusuri koridor membaca nombor di setiap pintu. Satu…Dua..Tiga…Meleret senyumannya tatkala ternampak nombor 4 di muka pintu. Melati membaca perlahan nama yang melekat di pintu itu. Ahmad Fadhil Mohammad.

Melati membuka perlahan pintu bilik. Ruang yang agak luas menyapu pandangan matanya. Terdapat satu tirai di hujung bilik. Melati tahu pastinya ada satu katil yang terletak di sebalik tirai tersebut. Dia selalu menonton babak yang menggambarkan keadaan bilik doktor di dalam televisyen. Melati menarik kerusi lalu duduk seraya menantikan Doktor Fadhil yang pastinya bila-bila masa sahaja akan masuk untuk merawatnya.

Jari jemari Melati mengetuk perlahan meja di hadapannya seraya melagukan nada yang dia sendiri tidak pasti melodi lagu yang mana. Sekadar menebak dan mencipta irama sendiri. Matanya meliar memandang bilik yang serba putih itu. Pelik pula bila memikirkan mengapa putih dan doktor satu kombinasi yang tak dapat dipisahkan.

"Bilik doktor kalau warna merah atau hijau tak boleh ke? Tak masuk ke warna tu? Boring betul semua warna putih!"omel Melati sendiri. Kebosanan melanda mencapai tahap maksima hinggakan dia berbicara sendirian.

Mulut Melati mengherot ke kiri ke kanan. Ish, bosan betul! Melati mengeluarkan i-phone miliknya. Mencari sesuatu di paparan skrin sebelum tangannya lincah menyentuh pada icon Angry Bird.

"Baik la aku main angry bird. Tunggu doktor pun lama sangat. Tak pasal-pasal aku pulak yang jadi angry bird!"rungut Melati lagi. Sesekali kedengaran jeritan halus dari bibirnya tatkala bermain permainan yang menjadi kegilaan satu dunia itu. Asyik dan menyeronokkan.

"BISINGNYA!!"

Melati terjerit kecil saat mendengar satu suara asing di sebalik tirai. Melati bingkas bangun berdiri hampir dengan pintu seraya menantikan sesusuk tubuh di sebalik tirai tersebut menunjukkan muka. Melati tergamam seketika tatkala ada seorang pemuda yang lengkap dengan jubah putih sedang menggeliat perlahan dengan menolak tirai tersebut.

Siapa pulak ni? Doktor ke? Aik takkan doktor tidur time kerja kot? Ish curi tulang la pulak doktor ni! Melati menduga sendiri.

Lelaki yang baru sahaja terbangun dari tidurnya memandang Melati yang nyata terkejut melihat kehadirannya di situ. Terkebil-kebil matanya memandang Melati yang turut membalas pandangannya.

"Awak ke yang bising.bising tadi? Yang sibuk dok main game Angry Birds sambil buat macam-macam bunyi tuh?"soal lelaki itu. Tangannya mula disilangkan ke dada memandang Melati dengan riak wajah serius.

Melati menelan air liur seraya mengangguk perlahan. Ish! Doktor nih, dia yang tidur time kerja lagi nak sound orang! Rungut Melati.

"Ss..saya ingat doktor tak ada tadi…Nurse tu cakap saya kena tunggu doktor kat sini…"jelas Melati.

Kening lelaki itu bertaut. Memandang Melati dengan riak wajah yang seolah-olah tidak memahami penjelasan Melati.

"Doktor??"ulangnya seraya menuding jari ke arah dirinya sendiri.

"Yelah, nurse yang comel kat luar tadi suruh saya masuh bilik nombor 4 dan tunggu doktor datang. Lepas tu masa saya masuk saya tengok tak ada orang pun jadi saya duduk jelah. Saya ingat doktor tak ada tapi saya tak tahulah pulak doktor tengah curi tulang kat situ..Eh tengah berehat kat situ…"cerita Melati panjang lebar.

Lelaki itu menggaru hujung kening yang tidak gatal. Sejenak dia berfikir sesuatu sebelum melihat jubah putih yang tersarung di tubuhnya. Serentak itu senyuman lebar terukir di bibirnya. Dia melangkah menuju ke kerusi dan menghempaskan tubuhnya. Dengan gerak mata dia mengarahkan Melati mengambil tempat di sisi meja.

"So apa masalah awak?"

"Err…dah tiga hari badan saya rasa panas. Mata pun panas dan berair. Tekak rasa gatal dan sakit. So basically saya rasa saya demam selesema…"beritahu Melati. Eh, perlu ke aku bagitahu semua tu pada doktor yang sepatutnya periksa keadaan aku? Ish pelik!

"Oh….okay letak tangan atas meja. Saya nak check pulse awak…"

Melati menurut arahan doktor itu. Perlahan matanya memerhatikan segenap inci wajah lelaki di hadapannya itu. Muda lagi doktor ni. Ada pengalaman ke tak ni? Entah-entah doktor pelatih! Duga Melati.

"Pulse rate okay…Bukak mulut…"

Melati membuka mulutnya luas-luas.

"Hmmm anak tekak nampak merah dan membengkak…Mata pun merah. Badan awak pun panas…Saya cadangkan bangun pagi-pagi jangan mandi guna air panas. Guna air sejuk untuk turunkan suhu badan awak… Lebih elok kalau dapat mandi dari air telaga…"

"Hah????Air telaga? Biar betul doktor…."sanggah Melati terkejut. Apa benda la doktor ni mengarut sampai ke air telaga nih??

Lelaki itu tersenyum. "Betullah apa yang saya cakap. Ini telah terbukti secara saintifik tau…"

Wajah Melati berkerut seribu, Ish aku tak pernah tau pun pasal ni sebelum ini. First time dengar, doktor suruh orang demam mandi dengan air telaga.

"Kamu buat apa ni Arjuna??"

Arjuna tersentak saat suara garau abahnya bergema di bilik rawatan tersebut. Arjuna bingkas bangun. Melati menoleh ke arah pintu. Seorang lelaki yang mungkin sudah melewati ke angka 50-an berdiri tegak dengan wajah yang serius. Sekilas Melati turut memandang lelaki di hadapannya yang kelihatan menggelabah dengan kehadiran lelaki tua itu.

"Kamu main-main lagi ya?!"

Arjuna tersengih. "Sorry bah…Boring tadi…."balas Arjuna.

Doktor Fadhil  menggeleng perlahan. "Tak baik main-mainkan patient abah Arjuna!"tegurnya tegas.

Melati diam seketika cuba menyusun silang kata yang berterabur di dalam kepalanya kini. Perlahan-lahan dia dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Semakin yakin dengan sangkaannya apabila melihat ada steteskop yang tergantung dileher lelaki tua itu. Melati memandang ke arah lelaki yang menyamar sebagai doktor tadi dengan tajam. Mencerun matanya menikam ke wajah lelaki itu.

"Kalau dah settle kat sini Arjuna balik dulu. Pak Mat dah tunggu kat bawah…"arah Doktor Fadhil.

"Okay..Juna balik dulu…Assalamualaikum…"

"Juna…."

Langkah Arjuna mati lalu memandang abahnya dengan kerutan di dahi.

"Jubah abah tu kamu nak bawak pergi mana?"tegur Dr Fadhil.

Arjuna tersengih sebaik menyedari jubah putih milik abahnya masih tersarung di tubuh. Cepat-cepat Arjuna menanggalkannya dan menyerahkan kepada Dr Fadhil. Melati yang geram memandang lelaki bernama Arjuna itu. Semakin bertambah geramnya tatkala Arjuna sempat lagi menjelirkan lidahnya ke arah Melati sebelum beredar. Eiiii, melampau betul!!!

Doktor Fadhil memeriksanya sama seperti doktor di hospital atau klinik lain sekiranya Melati pergi mendapatkan rawatan. Terasa sedikit sebal memandangkan dia perlu memandu jauh untuk ke hospital Ampang mengikut kehendak papanya sedangkan dia bisa pergi ke klinik berdekatan.

"Bila boleh dapat result darah tu doktor?"tanya Melati setelah Dr Fadhil selesai memeriksanya.

"Dalam 2 minggu. Pihak hospital akan inform Melati nanti. Bila dah dapat date Melati kena datang hospital dan kita akan tengok samada Melati perlu atau tidak untuk further check up. Setakat ni hasil pemeriksaan luaran Melati mengalami demam. Tapi memandangkan kita perlu berhati-hati kerana penyebaran pelbagai jenis virus sekarang ini so Melati perlu mendapatkan rawatan susulan untuk kepastian…"

Melati mengangguk. Risau juga apabila memikirkan pelbagai jenis penyakit yang muncul sekarang ni. Penyakit-penyakit yang pelik dan tak pernah berlaku sebelum ni telah menular dengan begitu cepat hingga ada yang meragut nyawa. Cuma apa yang membuatkan dia panas hati adalah dia terpaksa melayani kerenah lelaki gila di hospital itu. Berani dia main-mainkan aku! Jangan sampai aku jumpa mamat tu!

********************

"Majlis apa???" Melati memandang wajah Datuk Mazlan dengan riak terkejut.

"Bukan majlis tapi kenduri doa selamat. Kawan papa jemput kita sekeluarga ke sana malam esok. Ada makan-makan sikit…"jelas Datuk Mazlan.

"Papa kan tahu Mel esok ada reunion dengan kawan-kawan sekolah…"bentak Melati. Tidak suka rancangannya tergendala sebegitu.

Datuk Mazlan memandang Melati. "Reunion tu bila-bila masa boleh buat Mel. Niat kawan papa ajak kita sekeluarga tu tak patut dihampakan. Mel pun tau kan yang Uncle Fadhil pernah rawat Mel?"ujar Datuk Mazlan memujuk.

Melati merengus perlahan. Kenapa perlu dikaitkan dengan Doktor Fadhil yang telah merawatnya dua minggu lepas dengan kenduri doa selamat itu? Bukankah tugas seorang doktor merawat pesakit? Lagipun dia bukannya sakit kronik sehingga perlu menghargai jasa Doktor Fadhil sedemikian rupa. Melati mula memberontak di dalam hati.

Tidak boleh mengelak mahupun memberikan seribu alasan. Biar apa pun cara Melati lakukan sebagai tanda protes, dia  tetap menjejakkan kaki ke rumah banglo dua tingkat milik Doktor Fadhil. Wajahnya jelas cemberut menunjukkan tanda tidak puas hati. Sekadar memberi senyum tawar tatkala Doktor Fadhil dan isterinya Puan Aisyah menegurnya. Melati cuba bersikap sopan terhadap orang yang lebih tua biarpun di dalam hati berbulu dengan desakan dan paksaan papanya untuk hadir ke majlis itu.

Melati mengatur langkah menuju ke laman rumah tatkala papa dan mamanya begitu asyik berbual dengan tuan rumah. Hinggakan kewujudannya di antara mereka berempat seolah-olah tidak bermakna. Kelewatan hadir sebagai tetamu akhir juga membuatkan situasi sedikit janggal, Hanya tinggal berapa kerat sahaja hadirin ketika mereka masuk ke dalam banglo tersebut.

"Wah, awak nampak sihat je hari ni…Mesti awak mandi dengan air telaga kan?"

Melati pantas menoleh. Membulat matanya melihat lelaki yang sama yang telah menyamar sebagai doktor dua minggu lepas. Lelaki itu tersengih.

Melati mendengus kasar. Terlupa pula akan hakikat bahawa lelaki itu merupakan anak kepada Doktor Fadhil. Mengingatkan kejadian sebelum ini hati Melati mendongkol geram.

"Mana awak cari air telaga dekat KL ni?"usulnya lagi dengan niat mengusik.

Melati mengetap bibir menahan marah. "Ha..ha..so funny! Tak payah nak perli-perli saya…"

Arjuna tergelak. Wajah masam Melati menghiburkan hatinya. Membuatkan dia semakin galak ingin menyakat wanita yang begitu manis itu. Kali pertama berjumpa dia melihat penampilan ringkas Melati dengan blaus dan jeans. Namun pada malam ini dengan baju kurung moden berwarna biru lembut menyerlahkan kelembutan dan keayuan Melati.

“Saya minta maaf pasal hari tu,”ucap Arjuna ikhlas.

Melati memandang Arjuna di sisinya sekilas lalu mencebik. Walau kedengaran ikhlas namun entah kenapa Melati tidak mahu menerima ucapan maaf tersebut. Masih sakit hati dipermainkan lelaki itu. Seolah-olah dia begitu bodoh di mata lelaki itu. Memang pantang Melati diperbodohkan. Sampai mati dia akan ingat peristiwa tersebut.

Kening Arjuna terjungkit. “Kenapa? Besar sangat ke kesalahan saya sampai awak tak nak maafkan saya?”soal Arjuna apabila Melati sekadar membisu.

Melati menjeling tajam. “Saya tak suka dibodohkan!”

Arjuna ketawa perlahan. “Cik Melati, sila ambil tahu bahawa antara diperbodohkan dan gurauan. Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang ketara…Membawa maksud yang sama sekali berlainan. Yang paling berbeza adalah ejaan..kan lain ejaan diperbodohkan dengan gurauan.”

Melati mengetap bibir. “Tengok! Macam ni awak nak saya maafkan? Huh, jauh panggang dari api!”tingkah Melati geram.

Arjuna gelak lagi. “Cik Melati ni garang dan serius sangat. Tak salahkan kalau sesekali kita menikmati kehidupan ni dengan senyuman dan gelak tawa. Lagipun buat apa nak serius sampai kita tak dapat nak tersenyum senang…”

Melati memandang Arjuna tajam. “Eh awak tak payah nak bermadah bagai dengan saya. Geli tau tak? Ni bukannya cerita Hindustan yang awak perlu bercakap sentimental macam ni. Dan buat pengetahuan awak, saya gembira dengan hidup saya. I love the way I am now and I am happy…”bentak Melati. Tidak puas hati dengan Arjuna yang seolah-olah cuba menghakimi cara hidupnya.

Arjuna senyum. “Me too… I also love the way you are now…”

Melati terlopong, Dan sesaat dua kesunyian mengelilingi mereka berdua. Seolah-olah kedua-dua mereka tercampak ke dunia yang lain yang tiada sesiapa pun di situ melainkan Arjuna dan Melati. Dada Melati bertalu hebat tatkala panahan mata hitam Arjuna menikam wajahnya. Satu perasaan aneh mula menerjah masuk ke dalam ruang hatinya. Pelik!

“Arjuna!”

Lamunan keduanya mati tatkala suara Puan Aisyah masuk ke gegendang telinga. Melati menjarakkan dirinya. Tiba-tiba dia rasa malu. Arjuna memandang uminya. Puan Aisyah pelik melihat reaksi mereka berdua. Kenapa pulak ni?

“Mel, papa dan mama dah nak balik…”beritahu Puan Aisyah.

Melati mengangguk perlahan. Namun sedikit pun dia tidak memandang Arjuna yang berdiri di sisinya ketika itu. Entah kenapa Melati merasa malu sendiri.

“And you Arjuna. Pukul berapa ni?”sambung Puan Aisyah. Tegas suaranya.

Arjuna tersengih. “Sorry umi. Arjuna masuk sekarang….”

Puan Aisyah menggeleng perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah semula. Arjuna mengerling sekilas ke arah Melati yang membisu.

“Jom….”ajak Arjuna. Melati menurut tanpa suara. Arjuna menguntum senyum saat terfikir apa yang baru saja berlaku. Senyuman itu berlarutan biarpun Melati dan ibubapanya sudah pun pulang ke rumah. Malam itu Arjuna tidur dengan perasaan berbunga.

******************
“Cik Mel, Datuk panggil..”

Melati memanggung kepala memandang ke arah Suria di muka pintu. Melati mengangguk mengerti sebelum mengarahkan Suria beredar. Pelik pula apabila papanya tiba-tiba sahaja memanggilnya.
“Pa..kenapa papa suruh Mel maaa…..”

Terkaku terus tubuh Melati di muka pintu pejabat papanya. Lidah kelu untuk meneruskan bicara. Tetamu yang duduk di hadapan papanya ketika ini mengundang debaran maha hebat di hati Melati. Apatah lagi senyuman manis yang terukir di wajah tersebut yang memandangnya dengan seribu rasa.

“Apa awak buat dekat sini?”soal Melati sebaik mententeramkan jiwa kacaunya. Perlahan-lahan dia menghampiri mereka berdua lalu menarik kerusi di sebelah lelaki tersebut.

Arjuna sengih. “Saja datang nak kacau awak…”

Melati mencebik lantas mengundang tawa Arjuna.

“Mel tak baik layan Arjuna macam tu. Kebetulan dia lalu kat sini jadi dia singgah. Tak salahkan kalau dia jumpa papa dan Melati?”beritahu Datuk Mazlan. Tidak berapa suka dengan layanan Melati kepada Arjuna. Bukannya dia tidak tahu bahawa Melati melayan lelaki itu acuh tidak acuh. Entah sengketa apa yang berlaku di antara mereka berdua pun Datuk Mazlan tidak tahu.

“Mel lebih percaya dia datang nak kacau Mel dari datang semata-mata nak jumpa papa…”sindir Melati lagi.

“Melati!!”

“Saya setuju cakap Melati tu uncle. Memang niat nak kacau dia…”ujar Arjuna menyakat Melati.
Datuk Mazlan tergelak manakala Melati merengus kasar. Sakit hati mendengar kata-kata Arjuna.

“Hari ini papa nak Mel teman Arjuna makan. Papa ada meeting denga Tan Sri Wong pukul 2 jadi tak dapat nak join…”beritahu Datuk Mazlan.

“What??” Melati terkejut.

Tidak perlu mendengar penjelasan Datuk Mazlan lebih lama sebaliknya Melati memang wajib kena keluar makan dengan Arjuna. Datuk Mazlan terus sahaja beredar tanpa sempat Melati membantah. Arjuna yang tersenyum dipandang dengan rasa geram. Kenapalah nasib aku malang sangat ni???

“Mulut tu herot berot dari tadi lagi. Apa yang awak bebelkan sorang-sorang?” tegur Arjuna sambil memandang Melati yang sedari tadi menguis sahaja nasi di dalam pinggannya tanpa dijamah walau sedikit.

Melati mengangkat wajahnya. “Tak ada mood!”balas Melati malas.

“Kenapa? Teruk sangat ke lunch dengan saya?”usul Arjuna.

Melati memandang Arjuna. Wajah lelaki itu serius. Melati meletakkan sudu perlahan. “Bukan teruk cuma saya tak suka…”

Arjuna menguntum senyum. “Better than worst right?”

Kali ini Melati mengukir senyuman. Kata-kata lelaki di hadapannya itu tidak lagi menyakitkan hatinya seperti selalu. Kelembutan nada di sebalik intonasi Arjuna menyenangkan Melati.

“So awak pun kerja dekat hospital yang sama ke?”usul Melati tatkala perbualan mereka menjadi lebih santai dan mesra.

Arjuna menggeleng.

“Habis tu? Awak kerja apa?”

Arjuna menggeleng lagi.

Melati semakin pelik. “Asyik geleng saja…” gumam Melati.

Arjuna tergelak. “Dah tu nak saya angguk benda yang tak betul?”

Melati mencebik. “Habis tu apa yang betulnya?”

Arjuna sengih. “Yang betulnya saya tak kerja la…”

Kening Melati bertaut rapat. “Eh?”

Arjuna tergelak. “Apa yang eh eh nya?”

“Awak ni nak main-mainkan saya lagi ke?”usul Melati tidak percaya.

Arjuna ketawa. “Betul, saya memang tak kerja. Lagipun insan yang lemah macam saya ni manalah ada kekuatan nak berkerja kuat macam awak…”

Melati mengetap bibir. “Insan lemah bagai la pulak. Ni yang saya malas nak bercakap dengan awak tau tak? Ada saja idea nak main-mainkan saya…”

Arjuna tergelak. Membiarkan sahaja Melati menghamburkan ketidakpuasan hatinya. Melati mencebik apabila Arjuna masih galak ketawa biarpun dia menunjukkan reaksi tidak senang. Lelaki itu memang suka menyakat! Namun satu perkara yang Melati sedar tentang lelaki itu. Tidak terlalu susah untuk menerima lelaki itu menjadi salah seorang daripada senarai kawan lelaki Melati.

Dengan Arjuna dia cepat menerima malah mudah untuk memahami setiap kata dan gurauannya. Mungkin sebelum ini usikan Arjuna membuatkan Melati geram namun kini usikan dan gurauan Arjuna membuatkan Melati tidak kering gusi. Malah ada ketika Melati tersenyum sendiri mengingatkan telatah Arjuna.

Jika kata-kata lelaki itu sebelum ini senantiasa membuatkan Melati sakit hati namun kini tidak lagi. Tanpa usikan dan gurauan lelaki itu membuatkan Melati merasa tidak lengkap melalui hari-harinya. Bermula dengan salah faham akhirnya mereka berdua kini semakin rapat. Melati jadi senang berkawan dengan Arjuna. Dia tidak perlu untuk hipokrit dan Arjuna menjadi pendengar setia pada setiap masalahnya.

Aneh bukan? Mereka boleh berkawan secepat itu dalam sekelip mata. Orang tua mereka sendiri tidak percaya bahawa dia dan Arjuna begitu mudah menyesuaikan diri di antara satu sama lain.

Melati melabuhkan punggungnya ke kerusi batu berhampiran. Peluh yang membasahi wajahnya dilap dengan tuala kecil. Dia melemparkan senyuman apabila melihat Arjuna yang termengah-mengah berjalan menghampirinya.

“Mana stamina awak ni Juna?”usik Melati. Sepanjang mereka berdua berjoging di kawasan taman tersebut acapkali Arjuna ketinggalan ke belakang. Melati pula sengaja menunjukkan kekuatannya dengan meninggalkan Arjuna beberapa kali. Membiarkan sahaja lelaki itu melepaskan lelah sendirian tatkala gagal untuk menyainginya.

Arjuna melepaskan lelah di sisi Melati. Tubuhnya tersandar di kerusi keletihan. Melati mengekek ketawa. Gelihati melihat Arjuna yang seakan seluruh keringatnya terpaksa dikerah untuk mengejarnya.

“Apalah awak ni Juna. Tak malu ke kalah dengan orang perempuan?”usik Melati lagi. Dihulurkan air mineral ke arah Arjuna yang jelas kepenatan. Nafasnya masih belum menemui rentak perlahan. Melati menggeleng perlahan.

Arjuna meneguk rakus air mineral pemberian Melati. “Tak perlu malu kalau seseorang tu memang tak mampu menandingini seseorang. Tapi perlu malu sekiranya mengaku kalah sebelum berjuang…”ujar Arjuna.

Melati mencebik. “Kalau bab bermadah pujangga memang awak terer. Sesuai sangatlah dengan nama awak Arjuna tuh…”

Arjuna tersengih. “Paku dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih, Nama dia pun cam ala-ala cerita pendekar je…

Melati menolak bahu Arjuna keras. Ada tawa meletus di bibirnya. Sedikit pun tidak marah dengan usikan Arjuna apatah lagi dia sudah biasa diejek sebegitu semenjak sekolah lagi. Ada sahaja budak lelaki yang mempermainkan namanya yang begitu klasik itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa papa dan mama harus memilih nama Cempaka Melati buat dirinya. Namun Melati merasa bangga punya nama seunik itu. Lain daripada yang lain. Membuatkan dia antara yang istimewa di kalangan kawan-kawannya yang lain.

“Eleh…cakap orang. Dia pun nama macam cerita pendekar…”ujar Melati.

Arjuna tergelak. “Tapi kan Mel…saya pelik gak dengan parent kita ni. Masing-masing punya nama okay je tapi bila sampai bab nak letak nama kat anak-anak boleh pula diaorang fikir nama yang begitu klasik…”beritahu Arjuna.

Melati senyum. “Fikiran orang tua kita masa tu agaknya nak cari kelainan…”

Arjuna memandang sekilas ke arah Melati sebelum membuang pandang melihat kanak-kanak yang begitu gembira bermain di taman permainan. “Pelik betul letak nama Arjuna dan Cempaka Melati. Macam nak jodohkan kita saja…”

Melati lantas berpaling ke arah Arjuna yang kelihatan bersahaja menuturkan kata-kata. Selamba sungguh wajah lelaki di sebelahnya itu membuatkan Melati tertanya-tanya motif sebenar Arjuna memulakan topik sedemikian.

“Jodoh? Jodoh apa pulak?”soal Melati. Kalut intonasinya bertanyakan kepada Arjuna.

Arjuna tergelak. “Dah, tak payah nak buat kalut macam tu Cik Melati oii..Saya gurau je…Takkanlah awak nak insan selemah saya yang langsung tak ada stamina nih…”tingkah Arjuna.

Melati menjeling tajam sambil melepaskan keluhan. “Awak ni kan Arjuna, tak habis-habis dengan ayat insan lemah tuh. Menyampah tau tak saya dengar! Lemah la konon tapi kalau menyakat orang tenaga dia tu macam dipam-pam…”rungut Melati.

Arjuna ketawa. Wajah cemberut Melati mencuit hatinya. Ada sahaja ideanya untuk menyakat wanita yang duduk di sebelahnya itu. Arjuna suka melihat reaksi Melati sebegitu.

“Dahlah, malas saya nak layan lawak bodoh awak tu Arjuna…Jom kita pergi breakfast!”usul Melati lalu bingkas bangun.

“Yelah, dah tak ada idea nak lawan cakap orang memang itulah caranya kan? Terus tukar topik!”gumam Arjuna sambil ketawa.

Melati membetulkan urat-urat pinganggnya. Dia sengih melihat Arjuna yang turut bangun menghampirinya. Lelaki itu terbatuk kecil seraya menapak perlahan.

“Saya tahu satu tempat yang ada roti canai TERBAIK punya!”cadang Melati riang.

Arjuna melepaskan batuk entah ke berapa kali. Arjuna berhenti melangkah seketika. Batuknya masih tiada tanda mahu berhenti. Terbongkok tubuhnya menahan diri daripada terus-terusan batuk.

Melati menoleh ke belakang. Berkerut dahinya melihat Arjuna yang batuk agak teruk. Melati mendekati Arjuna yang terbongkok. “Awak okay tak ni?”

Arjuna mengangguk perlahan sementara tangan kirinya melekap di dada. “I’m okay…”

Melati mula risau. “Betul ke ni?”

Arjuna bangun sambil menarik nafas dalam. Sekali lagi dia mengangguk cuba menyedapkan hati Melati.

“Betul ke ni Arjuna? Saya tengok awak macam tak sihat je…”

“Betul…”

Melati memandang wajah Arjuna yang pucat lesi. Hatinya menjadi risau melihat perubahan lelaki itu. Arjuna memandangnya dengan pandangan redup. Senyuman yang diukir sedikit pun tidak dapat menghalau gundah di hati Melati ketika ini. Dada Melati tiba-tiba jadi tidak enak. Baru sahaja Melati mahu memapah tubuh lelaki itu ke kerusi berhampiran, Arjuna terus rebah tidak sedarkan diri. Melati terkejut.

“Arjuna!!” jerit Melati terkejut. Agak lama dia terpegun memandang Arjuna yang pengsan sebelum dia meminta tolong. Melati mula menangis.


Melati meramas kasar jari jemarinya. Penantian di luar bilik kecemasan begitu mendebarkan. Hampir sejam Arjuna dirawat namun tiada siapa pun yang mahu memberitahunya tentang keadaan Arjuna. Kenapa? Apakah lelaki itu sakit? Tapi sakit apa? Kenapa lelaki itu pengsan? Berbagai soalan bermain di benak fikiran Melati. Melati semakin kusut.

Melati tersentak apabila seseorang memaut kemas bahunya. Melati mendongak perlahan. Wajah abah Arjuna, Doktor Fadhil yang serius memenuhi ruang pandangannya. Melati dapat merasakan nafasnya mula sesak. Doktor Fadhil yang memahami keresahan anak gadis itu duduk perlahan di sisi Melati. Dia dapat melihat genangan airmata di dalam kelopak mata Melati.

“Arjuna okay…tak ada apa yang perlu dibimbangkan…”jelas Doktor Fadhil.

Melati mengetap bibir. Cuba menahan esakan.

“Melati okay tak ni?”tanya Doktor Fadhil setelah Melati sekadar membisu.

Melati angguk perlahan. “Kenapa dengan Arjuna uncle?”

Doktor Fadhil diam seketika. Wajah ingin tahu Melati membuatkan dia serba salah. Ada sesuatu yang perlu dirahsiakan. Namun Melati sendiri sudah boleh mengagak keadaan Arjuna setelah apa yang berlaku pada hari ini. Apakah perlu dia menjelaskan secara terperinci kepada Melati? Bagaimana pula perasaan Arjuna nanti? Bukankah Arjuna sendiri yang sepatutnya bercerita kepada Melati?

“Arjuna sakit apa uncle?”soal Melati mendesak. Semakin ingin tahu apabila Doktor Fadhil kelihatan sedang berfikir sesuatu. Terukkah keadaan Arjuna?

Melati mengukir senyum ke arah Arjuna yang sedang bersandar di kepala katil .Wajahnya masih pucat. Melati melihat ada tiub berwarna putih di sisi katil yang bersambung di tangan Arjuna. Melati duduk di atas kerusi perlahan seraya memandang wajah Arjuna. Senyuman yang terukir di wajah Arjuna tidak dapat menghapuskan kerisauannya.

“Awak okay?”tanya Melati.

Arjuna mengangguk perlahan. “Don’t worry. Mungkin cuaca panas sangat sebab tu saya pengsan…lepas habis drip ni okaylah nanti...”jelas Arjuna.

Melati melepaskan keluhan lega. “Nasib baik awak tak apa-apa. Cuak gila kot saya tadi…”gumam Melati.

Arjuna tergelak perlahan. Sejurus itu Doktor Fadhil masuk ke dalam wad. Arjuna mengetap bibir. Pasti abahnya akan memarahi dirinya kali ini. Arjuna memandang Melati di sisinya sekilas sebelum kembali memandang wajah serius abahnya.

“Arjuna, apa yang abah selalu cakap tentang excessive exercise?” tegas Doktor Fadhil.

Arjuna tersengih. “Sorry bah. Err Juna rasa mungkin sebab panas sangat tadi.. Sorry ya?”

“Err uncle Mel minta maaf sebab Mel yang ajak Juna jogging tadi. Mel tak tahu pulak yang Arjuna akan pengsan macam tadi…”sampuk Melati setelah merasakan bahawa apa yang berlaku pada Arjuna adalah kerana dirinya.

Doktor Fadhil mengeluh. “Bukan salah Mel tapi Juna ni memang degil!”

Melati memandang sekilas ke arah Arjuna dengan senyuman sinis. Seolah-olah mengiyakan kata-kata Doktor Fadhil tentang kedegilan Arjuna. Arjuna menjelir lidah kepada Melati. Doktor Fadhil menggeleng perlahan melihat telatah dua anak muda itu. Ada hati lagi mahu bermain-main!

Melati menyoroti langkah Doktor Fadhil yang beredar dari wad dengan hujung matanya. Kemudian berkalih pada Arjuna yang tersandar di kepala katil dengan wajah pucat.Mujurlah lelaki itu baik-baik sahaja.Doktor Fadhil ada memberitahunya bahawa Arjuna mengalami dehydration akibat cuaca yang panas.

“Memang betul apa yang awak cakap…”usul Melati perlahan.

Kening Arjuna bertaut. Dia membetulkan bantalnya yang mula menyenget. “Apa yang betul?”

Melati tersenyum. “Pasal awak ni insan yang lemah…”

Arjuna diam seketika seraya cuba menghadam kata-kata Melati yang berbaur usikan itu. Dipandang wajah Melati yang sedang mengulum senyuman. Mata Arjuna mencerun ke arah Melati yang seakan-akan tidak bisa untuk menahan tawanya lagi.

“Awak main-mainkan saya?”

Melati tergelak seraya menggeleng. “Saya cuma pulangkan paku buah keras saja…”

*****************

Melati merenung jam di pergelangan tangannya berulang kali. Pelbagai perasaan mula bertelingkah di dalam dirinya. Dua tiket wayang ditangan juga sudah hampir renyuk. Matanya melilau mencari kelibat Arjuna. Lelaki itu menyuruhnya membeli tiket untuk menonton Harry Potter namun hingga sekarang kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Wayang pula akan bermula dalam masa 15 minit lagi. Hish!!

Melati memandang skrin di laluan masuk. Panggung nombor 12 sudah berwarna hijau. Orang ramai mula berpusu-pusu masuk. Melati mula resah menanti. Mana Arjuna? Melati menanti dengan setia. Jam di tangan pukul 4.15 petang. Wayang sudah pun bermula 10 minit yang lepas. Melati semakin sebal.

Dari 10 minit menginjak ke setengah jam. Melati geram. Telefon Arjuna juga sekadar berbunyi nada namun tiada sambutan. SMS tidak berbalas. Biar berbakul-bakul Melati membebel namun Arjuna masih tidak membalas SMSnya. Melati benar-benar marah kali ini. Tiket di tangan dipandang dengan penuh rasa marah. Langkahnya laju menuju ke arah tong sampah.

“Lantak kaulah nak jadi apa!!”tukas Melati.

Melati tersentak tatkala tangannya diangkat untuk membuang tiket tersebut ada tangan yang menahan. Melati menoleh. Wajah Arjuna yang tersengih ditenung tajam. Bibirnya diketap.

“Sorry lambat. Ada hal sikit tadi. Handphone tertinggal kat rumah…”jelas Arjuna laju tanpa ditanya. Melihat wajah Melati yang kemerahan dia sedar pasti perang dunia akan meletus. Habislah aku!

Melati menarik kasar lengannya. Tidak mempedulikan kata-kata Arjuna, Melati mencampak tiket-tiket tersebut ke dalam tong sampah lalu beredar dengan perasaan marah yang menggila.

Arjuna tergamam. Dia memandang tong sampah dan Melati silih berganti. Teragak-agak samada mahu mengambil tiket tersebut atau terus sahaja mengejar Melati.

“Ish!!” Arjuna berlari anak menyaingi langkah laju Melati.

“I’m sorry Mel…Kita tengok time lain boleh? Malam ni ada kan?”pujuk Arjuna.

Melati diam seribu bahasa. Kakinya semakin laju mengatur langkah. Tidak mempedulikan Arjuna yang cuba memujuknya.

“Please Mel…Jangan marah…”

Melati tidak peduli.

Arjuna mengetap bibir. Ditarik keras lengan Melati memaksa wanita itu berhenti. Tidak berlengah walau sesaat Arjuna menarik tubuh Melati ke tepi, mencari tempat yang agak tersorok untuk bersemuka dengan kemarahan Melati.

“Lepaslah!”bentak Melati.

Arjuna merengus perlahan. Tidak faham sebenarnya mengapa Melati perlu marah sehingga ke tahap itu.

Please Mel…kenapa nak marah sangat ni? Pasal saya lambat? Atau pasal awak terlepas tengok wayang? Atau awak penat tunggu saya?”teka Arjuna.

Melati memeluk tubuhnya seraya memandang Arjuna dengan perasaan marah. “Which one of that you think?”

Arjuna mengeluh. “I don’t know Mel…”

First, I tak suka orang yang mungkir janji. Second, I tak suka orang yang datang lambat. Third I tak suka orang yang batalkan rancangan di saat-saat akhir. Fourth, I tak suka menunggu. Understand?

“Saya tau saya salah..Cuma tadi…”

“Cuma apa Arjuna? Bukan saya yang berjanji nak tengok wayang hari ni. Bukan saya yang tetapkan pukul berapa kita nak jumpa dekat sini…And as far as I know you are jobless Arjuna. So???”tingkah Melati.

Arjuna mengetap gigi. Dia tahu Melati berhak marah di atas kelewatannya tetapi Arjuna sudah jelas memberikan sebab-sebabnya. Hanya Melati yang begitu ego untuk menerima. Arjuna jadi sebal melayan kerenah Melati.

“Ok, fine!” ujar Arjuna lalu beredar.

Melati melopong memandang langkah Arjuna. Perasaan marah semakin membuak!


Datuk Mazlan memandang setiap gerak geri Melati dengan hujung matanya. Wajah cemberut Melati menimbulkan tanda tanya. Sudah hampir seminggu Melati berkeadaan sebegitu. Sudahlah ditanya hanya jawab endah tak endah, malah setiap barang yang dipegang juga dihempas sesuka hati menzahirkan kemarahannya.

Terangkat bahu Datuk Mazlan tatkala terdengar bunyi fail yang dihempas ke meja. Datuk Mazlan menggeleng perlahan.

“Kamu ni kenapa Mel? Apa yang kamu nak marah sangat ni? Dah seminggu papa tengok perangai kamu yang tak semenggah ni…”tegur Datuk Mazlan.

Melati menoleh. Wajah tenang papanya dipandang namun tidak lama sebelum dia merengus perlahan. Tangan dikilas lalu menghenyak punggung di hadapan papanya.

“Siapa yang buat kamu marah ni? Bukannya papa tak tahu kalau kamu macam ni keadaannya adalah yang tak kena…”ulas Datuk Mazlan. Faham benar dengan sikap anaknya itu.

“Tak ada apa-apa,”gumam Melati.

Datuk Mazlan memandang Melati. “Tak ada apa-apa tapi seminggu ni asyik diam saja. Pastu memberontak tak tentu pasal. Tuh muncung mulut tu sampai dah boleh ikat dengan tali!”kata Datuk Mazlan.

Melati pantas meraba bibir mulutnya. Datuk Mazlan tersengih melihat reaksi Melati. Gelihati dengan perangai keanak-anakan puteri tunggalnya itu.

“Benci betullah!”rungut Melati tiba-tiba.

Kening Datuk Mazlan terjungkit. “Aik benci pulak dah. Tadi kata tak ada apa-apa…”soal Datuk Mazlan.

“Tension Mel macam ni,”beritahu Melati pula.

“Apa ni Mel? Kejap benci kejap tension. Papa pun rasa tension tengok Mel mengarut depan papa ni. Tu tak apa lagi, tapi datang bilik papa tunjuk perangai yang pelik-pelik. Papa tanya cakap tak ada apa-apa. Dah tu pe motif datang bilik papa kalau tak nak cerita apa-apa?” beritahu Datuk Mazlan. Geram pula melihat anaknya itu.

“Papa tak faham!”tingkah Melati.

“Ish nak faham apanya cerita pun belum lagi,”beritahu Datuk Mazlan.

Melati merengus perlahan lalu bangkit. “Malaslah nak layan papa ni. Baik Mel pergi buat kerja…”

Datuk Mazlan menggeleng perlahan. Tidak memahami apa yang berada di dalam pemikiran Melati.

“Oh ya Mel…Arjuna ada bagitahu kamu bila dia balik?”

Soalan Datuk Mazlan mematikan tangan Melati yang baru sahaja memulas tombol pintu untuk keluar. Berkerut keningnya seraya menghadap papanya. Keliru.

“Yang kamu buat muka macam tu kenapa? Papa tanya Arjuna ada bagitahu tak bila dia balik?”soal Datuk Mazlan lagi.

“Balik? Balik dari mana? Dia pergi mana?”usul Melati bingung.

Kali ini giliran Datuk Mazlan pula kebingungan. Dipandang wajah Melati. “Eh takkan Arjuna tak bagitahu dia pergi UK seminggu uruskan kerja dia kat sana?”

Melati tersentak. Dipandang wajah papanya dengan kerutan seribu di dahi.

Datuk Mazlan melepaskan keluhan. Sudah mengerti disebalik reaksi Melati itu. “Arjuna ke UK seminggu uruskan resignation dia dekat sana. He’s going to stay here for good,”jelasnya.

Kerutan di dahi Melati semakin bertambah. “Resign? Stay for good? Mel tak faham. Bukan ke dia menganggur?”

Datuk Mazlan tergelak. “Ish kamu ni Mel. Apa pulak menganggurnya? Arjuna tu kan engineer. Dah lima tahun dia kerja kat UK. Uncle Fadhil yang suruh dia balik Malaysia dua bulan lepas sebab Aunty Aishah kamu tak sihat. Dia ambil cuti tanpa gaji 2 bulan. Masa kat sini baru Arjuna decide nak stay terus, tak nak balik sana dah…”

Melati mengetap bibir. “Jadi yang dia kata dia menganggur konon-konon dia tu insan yang lemah tu menipu jelah ya?”

Tawa Datuk Mazlan makin kuat. “Mel…Mel…Yang kamu percaya tu buat apa? Dah tahu yang si Arjuna tu suka bergurau…”

Melati merengus kasar. Nampaknya semakin banyak alasan untuk dia terus marah dan merajuk dengan Arjuna. Hampir dua bulan mereka berkawan namun Arjuna masih menipu dirinya. Kenapalah dia mudah sangat percaya dengan kata-kata lelaki itu? Melati menyalahkan dirinya sendiri kerana mudah terpedaya dengan pembohongan Arjuna. Apakah lelaki itu senang untuk memperbodohkannya? Melati semakin bengang!

*********************
Melati memandang wajah Arjuna yang bersahaja dengan penuh rasa marah. Lebih membara di hatinya apabila Arjuna langsung tidak mempedulikan amarahnya sebaliknya tanpa rasa bersalah membiarkan Melati melayan amarahnya sendirian.

“Apa lagi yang you sembunyikan dari I Arjuna?”tingkah Melati.

Arjuna tersengih seraya mengangkat bahu.

Melati bengang dengan reaksi Arjuna. “Please Arjuna. Jangan nak main-main dengan I okay!”

Arjuna membalas pandangan tajam Melati. “Well, apa yang you nak tahu Mel?”

“Semuanya,”balas Melati ringkas.

“Semuanya?”

Melati mengangguk laju.

“Okay fine. Lepas study dulu I terus kerja dekat Bristol sebagai engineer. After five years, I fed up and my mom pun sakit so I buat keputusan untuk balik Malaysia for good. And I memang tak tipu you pun pasal I menganggur sebab sejak I balik sini memang I tak bekerja pun…”jelas Arjuna.

“And?”

Terjungkit kening Arjuna mendengar pertanyaan Melati. “And? And what?”

“Anything else that I should know about you?”

Arjuna diam seketika. Memikirkan apa lagi tentang dirinya yang masih belum jelas pada pandangan Melati. Hidupnya tidaklah begitu kompleks hingga dia punya banyak rahsia. Semua tentang dirinya adalah jelas dan mudah dibaca oleh Melati.

“Takkan itu sahaja Arjuna? That sound so fishy!”

Arjuna memandang Melati yang masih tidak berpuas hati. Dia merenung Arjuna tajam. Memohon penjelasan yang lebih lagi daripada Arjuna.

Arjuna menggaru kepala yang tidak gatal. Susah benar berdepan dengan Melati! Ada sahaja yang dia tidak berpuas hati dengan penjelasannya. Cerita apa lagi yang mahu Melati dengar agar dia tidak terus mencurigai dirinya sebegitu? Arjuna jadi bingung seketika.

“I’m waiting Arjuna!”tukas Melati. Pandangannya masih melekap pada wajah Arjuna.

Arjuna melepaskan keluhan. “Dah tak ada apa-apa lagi Mel. Memang tu je…”

Mencerun mata Melati memandang Arjuna yang kebingungan. “Betul ni?”

Arjuna mengangguk laju.

Melati menarik nafas dalam. “Okay, fine…”

Arjuna mengukir senyuman.

“Tapi ingat Arjuna. Jangan sesekali cuba tipu saya lepas ni. You know how much I hate liars?”tegas  Melati pula.

Arjuna terdiam seketika. Dipandang wajah Melati yang mula ceria berbanding awal pertemuan mereka tadi.

“Kadang-kadang dalam hidup ni, kita perlu menipu untuk kebahagian orang lain kan?”

Melati mengerutkan kening mendengar kata-kata Arjuna. “Maksud you?”

“Yelah, kalau kita bercakap benar tapi telah melukakan hati orang lain bukankah lebih baik kalau kita menipu untuk membuat dia bahagia?”ulas Arjuna.

Melati menggeleng laju. “No I don’t agree with you Arjuna. It is hurt to tell the truth. But its hurt twice to lie to someone you love…”

Arjuna tersenyum. “You got the point Mel…”akur Arjuna perlahan.

***************************************

“Bila you nak start kerja?”

Arjuna memandang Melati sambil tersengih.

“Hah, yang sengih macam kerang busuk tu kenapa? Takkan awak nak jadi surirumah pulak!”sindir Melati.

Arjuna ketawa. “Kalau ada yang sudi nak tanggung makan pakai saya, well I don’t mind then,” canda Arjuna.

Melati mencebik. “Entah perempuan malang manalah yang jadi isteri awak tu…”

“Cempaka Melati…”

Melati tersentak. Terkebil-kebil matanya memandang Arjuna yang bersahaja. Degupan jantungnya tiba-tiba berdetak laju. Melati jadi cemas tidak semena-mena.

“Eh kenapa tengok saya macam tu? Kenapa? Cuak takut saya masuk meminang awak?”usul Arjuan seraya ketawa.

Melati mencebik menyedari lelaki itu bergurau. “Mengada!”

Arjuna memandang Melati. Lama. Melati yang menyedari pelik dengan tindakan Arjuna. Kenapa? Ada benda lekat kat muka aku ke? Melati meraba perlahan wajahnya.

“Muka saya kotor ke?”tanya Melati.

Arjuna tersenyum lalu menggeleng.

“Dah tu? Kenapa tengok macam tu?”

“Aik saya tak boleh tengok awak dah ke? Kalau macam tu saya nak tengok kat mana masa bercakap dengan awak?”gurau Arjuna.

Melati tersengih. “Awak tak nak kerja ke Juna?”usul Melati sekali lagi. Pelik juga dia melihat Arjuna yang langsung tidak berfikir tentang kerjayanya. Apakah lelaki ini mahu berehat sepuas-puasnya sebelum memulakan kerja? Atau Arjuna memang tiada niat untuk bekerja memandangkan dia dari keluarga yang berada?


“I’m taking a long break Mel…”

Berkerut dahi Melati mendengar jawapan Arjuna. “Long break? From what? Ni dah nak masuk empat bulan awak balik Malaysia. Sampai bila nak rehat?”

“Amboi Mel membebel lebih dari umi saya ni. Umi saya pun tak macam ni…Jaga-jaga Mel, nanti cepat tua,” usik Arjuna sambil ketawa kecil.

Melati merengus perlahan. “Ish awak ni! Orang serius dia main-main plak!”

Arjuna tergelak. “Merajuk? Buruk sangat mulut muncung macam tu,”usik Arjuna lagi.

“Arjuna!!”

Tawa Arjuna menjengkelkan Melati. Sikap acuh tidak acuh lelaki itu seringkali membuatkan Melati geram. Melati sendiri tidak tahu apakah Arjuna tidak pernah serius dalam hidupnya? Apakah kehidupan ini sesuatu yang boleh diambil  mudah? Melati tidak faham konsep Arjuna mengenai hidupnya.

“Okay jangan marah-marah…”pujuk Arjuna apabila menyedari Melati mula naik angin. Wanita itu memang tidak pandai mengawal amarahnya. Bimbang pula niat berguraunya menjadi bom yang meletup di dalam hati Melati.

“Emmm macam mana nak bagitahu ya? Untuk 2-3 bulan ni saya nak rehat dulu. Ada banyak benda yang perlu saya uruskan. Bila dah settle saya akan start kerja…lebih kurang macam tulah,”beritahu Arjuna.

“Urusan apa yang tak beres lagi Juna? Bukan semua dah settle kat UK?”soal Melati tidak berpuas hati.

Arjuna menggaru hujung keninggnya. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perancangannya pada wanita itu. Dia tahu mungkin sukar untuk Melati memahami. Malah mungkin juga Melati tidak akan tahu apa yang telah dirancangkannya. Arjuna jadi bingung untuk menjelaskan pada Melati.

“I don’t think it’s the right time to tell you Melati…”

Melati sedikit terkejut mendengar kata-kata Arjuna. “What do you mean by that?”

“Emm later…you’ll know everything..but not now..”

Melati diam. Arjuna yang mengunci ketat mulutnya untuk berkongsi perancangannya membuatkan Melati pelik. Sikap perahsia lelaki di hadapannya itu tidak sedikit pun membuatkannya rasa selesa. Arjuna yang dikenali setakat hari ini seorang yang terbuka dan mudah untuk difahami tetapi bukan hari ini. Apa yang dirahsiakan oleh lelaki itu sebenarnya? Melati mula memasang prasangka di dalam hati.

**********************************

Melati memandang keriuhan para tetamu yang hadir. Terasa janggal berada di dalam majlis sebegitu. Sememangnya Melati kurang gemar berada di tempat yang ramai orang. Biarpun dia ada beberapa kali menghadiri majlis anjuran syarikat papa namun dia tetap kekok berada di dalam suasana seperti itu. Mata Melati meliar melihat sekeliling. Mencari seseorang yang dikenali agar dia tidak merasa seperti kera sumbang di majlis tersebut.

“Cari siapa?”

Melati menoleh lalu mengukir senyuman.

“Juna mana aunty?”soalnya laju. Sedari tadi dia tidak nampak kelibat lelaki itu. Bukankah lelaki itu sepatutnya melayan tetamu? Majlis nikan di rumah dia! Rungut Melati.

“Ada kat atas dalam bilik dia…”

“Eh buat apa kat dalam bilik? Macam anak dara pulak,”ujar Melati.

Puan Aisyah tergelak. “Entahlah…tadi dia ada kat bawah ni. Baru je dia naik atas. Mel pergilah panggil dia turun…”

“Ok, nanti Mel tarik telinga dia on behalf ye,”gurau Melati.

Puan Aisyah ketawa perlahan sebelum mengangguk. Matanya memandang langkah Melati yang mendaki tangga menuju ke bilik Arjuna. Senang hatinya melihat keceriaan Melati. Kerana sikap riang Melati itulah membuatkan Arjuna juga menjadi gembira. Puan Aisyah suka melihat perhubungan mereka berdua. Ada harapan yang menggunung di hatinya namun dia tahu sukar untuk dilaksanakan. Hatinya jadi sayu tiba-tiba.

Melati mengetuk pintu perlahan. Nama Arjuna dipanggil beberapa kali namun tiada sahutan. Melati tidak menunggu lama sebelum memulas tombol pintu bilik lelaki itu. Beraninya tidak bertempat. Namun dia lebih teruja untuk meneroka bilik lelaki itu. Terjungkit kening Melati apabila melihat bilik Arjuna yang kemas tersusun rapi. Ada bauan lavender memenuhi ruang kamar tersebut. Tenang dan santai. Melati tidak tahu pula Arjuna punya citarasa seperti itu.

Melati melangkah perlahan-lahan. “Arjuna? Arjuna?”

Tiada sahutan. Melati pelik. Aik tadi aunty kata ada kat atas ni tapi tak nampak batang hidung pun! Melati bermonolog di dalam hatinya.

“Juna? Hey where are you? Buat apa menyorok macam anak dara ni? Takkan malu kot? Aunty suruh awak turun…”

Melati perlahan-lahan menapak ke bilik air apabila terdengar bunyi pili air yang terpasang. Pintu yang sedikit terbuka juga membuatkan Melati semakin pelik. Takkan buang air tak kunci pintu? Telah Melati sendiri.

“Juna? Awak kat dalam ke?”soal Melati.

Tiada jawapan.

Melati semakin pelik. Ditolak perlahan pintu bilik air. Terbuntang luas mata Melati apabila melihat Arjuna yang tidak berbaju dan hanya berseluar panjang. Melati terus memusingkan tubuhnya membelakangi Arjuna.

“Err sorry…saya dah panggil tadi tapi awak tak jawab. So saya terus masuk ingatkan awak tak ada…sorry…”ucap Melati cemas.

“Tak apa…”suara Arjuna yang perlahan di cuping telinganya membuatkan dada Melati berdebar. Dia melihat sahaja Arjuna yang selamba berjalan di sebelahnya menuju ke almari untuk mengambil baju. Berkelip-kelip mata Melati melihat Arjuna menyarung sehelai t-shirt ke tubuhnya yang agak sasa itu. Melati menelan payah airliurnya. Paluan di dadanya semakin rancak dan kencang. Melati terasa kebas seluruh tubuhnya.

“Err umi awak..err aunty…”

“Umi saya, aunty awak…okay…”

Melati mengetap bibir apabila Arjuna sengaja mempermainkan perasaannya ketika ini. Aku dah gelabah tengok dia half-naked lagi dia nak main-main? Gumam Melati di dalam hati. Dia memandang sahaja Arjuna yang melabuhkan punggungnya di atas katil.

“Awak…awak tak nak turun ke?”soal Melati.

Arjuna menggeleng perlahan. Sesekali dia terbatuk kecil.

“Kenapa? Tak elok biarkan tetamu macam tu…lagipun aunty suruh saya panggil awak turun…”

“Emmm boleh bagitahu umi tak yang saya tak berapa sihat?”

Melati memandang Arjuna. Baru dia perasan wajah lelaki itu agak pucat. Dia kelihatan lemah tidak seperti selalu. Melati menghampiri Arjuna.

“Awak tak sihat? Demam ke?”tanya Melati prihatin.

Arjuna mendongak memandang Melati di hadapannya. Terserlah kebimbangan wanita itu terhadapnya. Arjuna senyum senang.

“Saya…saya pening sikit. Boleh kan bagitahu umi?”

Melati angguk perlahan. “Dah makan ubat?”soalnya prihatin.

Arjuna menggeleng pantas.

“Eh mana boleh macam tu. Makan ubat dulu kemudian rest, okay?”tingkah Melati.

“Tak apa. Sikit je ni. Saya cuma nak tidur je,”tolak Arjuna.

Melati bercekak pinggang. “Tak boleh! Mana awak letak ubat? Biar saya ambilkan!”tegas Melati. Tidak peduli dengan keengganan Arjuna ketika itu. Melati melilau di sekitar bilik Arjuna mencari ubat.

“Tak apa Mel.. Nanti saya boleh makan…”
“No!”

Melati menarik laci meja yang terletak di sisi katil Arjuna. Terkejut Melati apabila melihat ada bermacam-macam pil yang berlainan bentuk dan warna. Ubat apa ni? Melati menoleh pada Arjuna yang berdiri di belakangnya serba salah.

“Banyaknya ubat. Ubat apa ni?”

Arjuna diam. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Melati.

“Ubat apa ni Juna? Awak sakit ke? Sakit apa?”soal Melati mendesak Arjuna untuk jawapan.

Arjuna menelan payah airliurnya. Tekaknya terasa perit. Kepalanya yang pening sedari tadi semakin teruk. Kesakitan yang ditahannya tidak mampu lagi disorokkan dari Melati. Arjuna terduduk di atas lantai. Melati terkejut lantas menerpa ke arah Arjuna.

“Juna!!”

Melati dapat melihat wajah Arjuna yang semakin pucat. Peluh membasahi dahi lelaki itu. Bibirnya yang kering menggigil.

“Juna, awak okay tak ni”soal Melati cemas.

Arjuna memandang Melati. “Panggil…panggil abah saya…abah…”

Melihat Arjuna yang kesakitan Melati semakin cemas. Secepat mungkin Melati berlari menuju ke tingkat bawah memanggil Doktor Fadhil. Doktor Fadhil yang terkejut melihat Melati yang datang secara tiba-tiba dengan pipi yang basah semakin kaget apabila Melati memberitahu tentang Arjuna. Dia berlari menuju ke bilik Arjuna. Puan Aisyah yang dapat mengesan sesuatu turut mengekori Melati dan suaminya.

Melati kaku di muka pintu Arjuna apabila melihat lelaki itu mengerekot di atas lantai menahan kesakitan. Dia memerhatikan sahaja apabila tubuh Arjuna dipapah naik ke atas katil oleh Doktor Fadhil. Semuanya begitu pantas. Melati tidak dapat menghadam apa yang sedang berlaku di hadapannya kini. Melihat Puan Aisyah yang cemas dan tindakan pantas Doktor Fadhil, Melati tahu keadaan Arjuna serius. Tapi sejauh mana?

Kesakitan Arjuna semakin berkurangan apabila menerima suntikan daripada Doktor Fadhil. Lelaki itu terbaring lemah di atas katil. Sebaik sahaja Puan Aisyah menyelimuti tubuh anak lelakinya itu, dia berpaling memandang Melati yang bingung di muka pintu. Keluhan berat dilepaskannya.

“Mel…ikut aunty…”arah Puan Aisyah seraya menarik perlahan lengan Melati yang kaku tidak bergerak dari tadi.

Melati menurut langkah Puan Aisyah menuju ke sebuah bilik yang lain. Bilik siapa dan untuk apa ke situ tidak langsung di dalam fikiran Melati. Fikirannya menerawang mengingatkan Arjuna. Apa yang dah berlaku? Kenapa Arjuna macam tu? Arjuna sakit ke? Soalan demi soalan muncul dalam benak fikirannya. Namun tiada satu pun punya jawapan yang pasti.

“Mel duduk…”arah Puan Aisyah.

Melati duduk. Dia masih kelihatan bingung.

“Mel listen to me…”

Melati diam. Langsung tidak memandang Puan Aisyah. Mulutnya terkumat kamit berkata sesuatu tanpa suara.

“Melati? Dengar tak ni?”

“Juna…juna…”

“Melati!”jerkah Puan Aisyah kuat membuatkan Melati terkejut. Terangkat bahunya mendengar suara Puan Aisyah. Dia memandang umi Arjuna dengan kerutan di dahi. Ada banyak soalan dan begitu banyak perkara yang memerlukan penjelasan namun Melati keliru yang mana satu harus diutamakan.

Puan Aisyah mengerti perasaan Melati ketika ini. Dia kasihan pada anak muda itu. Menghadapi perkara yang tidak pernah dilihat mahupun diketahuinya selama ini sudah pasti membuatkan Melati takut dan bingung. Dia sedar dia harus berterus terang pada Melati. Namun Puan Aisyah juga tahu dia tidak mempunyai hak tentang perkara itu. Seharusnya Arjuna sendiri yang menjelaskan perkara sebenar kepada Melati sebelum berlakunya perkara ini.

“Ke…kenapa dengan Juna Aunty?”soal Melati tersekat-sekat.

Puan Aisyah menarik nafas panjang. “Aunty percaya apa yang terjadi pada hari ni buatkan Mel takut, keliru…Aunty tahu Juna pun tak pernah cerita kat Mel…”

Melati menggeleng. Sememangnya Arjuna tidak pernah bagitahu apa-apa tentang ini. Tapi tentang apa? Apa yang sepatutnya dia tahu?

“Arjuna…dia sakit…”
“Umi!”

Melati dan Puan Aisyah terkejut mendengar suara keras Arjuna. Jelasnya lelaki itu masih lemah berdiri dengan memegang kemas birai pintu. Menahan dirinya daripada jatuh.

“Juna…”
“Umi let me…biar Juna yang bagitahu…”usul Arjuna perlahan dan lemah.

Puan Aisyah angguk perlahan. Dia bingkas bangun dan membiarkan Arjuna berterus terang dengan Melati. Itu adalah perkara yang terbaik harus dilakukan oleh Arjuna.

“If anything…umi dan abah ada kat bilik Juna…”pesan Puan Aisyah sebelum beredar.

Arjuna angguk. Perlahan-lahan dia menghampiri Melati dan duduk berhadapan dengan wanita itu. Melati memandang Arjuna yang bersusah payah ke situ semata-mata untuk memberitahu tentang dirinya. Wajahnya yang pucat mengundang rasa sebak di hati Melati. Kenapa Arjuna? Kenapa?

“Apa semua ni Juna? Saya tak faham!”

Arjuna diam seketika. Mencari kekuatan untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada Melati.

“Sorry tak bagitahu..saya tak nak awak risau…you know me..Sometimes I can be a jerk…tapi apa yang saya buat ni sebab saya care pada awak…”

“Jujur dengan saya Juna. Apa yang berlaku?”

“Well you know… emmm saya balik Malaysia bukan sebab umi dan abah nak saya balik tapi sebab sakit saya ni…it’s getting worst and I want to be here with my parent during my last breath…so…”

Terbuntang luas mata Melati tatkala mendengar penjelasan Arjuna. Biarpun dia dapat melihat riak Arjuna yang kelihatan teragak-agak untuk bercerita tetapi beberapa patah perkataan yang terluah dari bibir pucat Arjuna sudah cukup untuk buat Melati faham keseluruhan cerita yang ditulis oleh Arjuna selama ini.

Tatkala Arjuna masih mahu menjelaskan lebih lanjut, Melati cepat-cepat mengangkat tangan sebagai isyarat untuk Arjuna berhenti. Arjuna agak terkejut namun mengerti perasaan Melati. Redup matanya memandang wajah Melati yang terpamer pelbagai rasa. Marah, sedih, kecewa dan terluka. Arjuna merasa bersalah membuatkan wanita itu sedemikian.

“I know you still remember the day when I said I hate liars Juna…you know that right?”luah Melati sedih. Bibirnya diketap menahan rasa sedih. Airmatanya berlinangan perlahan. Menzahirkan kelukaan di dalam hatinya tentang pembohongan Arjuna.

Arjuna mengangguk lemah.

“But this…this beyond all those lies Arjuna. How could you? How dare you? I can’t even imagine how you pull out yourself to lie to me like this? This is totally absurd! I don’t deserve this Juna…I don’t ever have to accept all this kind of bullshit!!”tingkah Melati geram dan kesal.

Arjuna tersentak. “I’m sorry Mel… I didn’t mean to hurt you…”

“Enough Juna. Leave me alone from now! I don’t need you in my life!!!!”tempik Melati kuat lalu berlari keluar sekuat hati meninggalkan Arjuna yang terpelangah dengan reaksi mendadak Melati.

“Mel!” laung Arjuna. Dengan segala kudrat yang ada Arjuna cuba mengejar langkah Melati. Namun tubuhnya yang lemah ditambah pula dengan ubat yang mula memberi kesan, hayunan kakinya tidak sepantas Melati. Tubuhnya terjelopok hampir di anak tangga. Matanya yang semakin lama semakin kabur dapat melihat tubuh Melati yang semakin menjauh. Saat matanya terpejam rapat, tiada lagi bayangan Melati. Dunianya terus gelap tanpa sebarang cahaya.

***************************

Datuk Mazlan memerhatikan dari jauh wajah anaknya yang muram. Sudah hampir seminggu Melati berkeadaan seperti itu. Semenjak peristiwa di rumah sahabatnya, Melati lebih senang berada di rumah dan termenung. Pejabat langsung tidak dihiraukan. Makan minumnya juga tidak terjaga. Datuk Mazlan tahu apa yang merunsingkan anak perempuannya itu. Dia sendiri tidak betah melihat Melati yang termenung sepanjang masa.

Datuk Mazlan faham perasaan Melati ketika ini. Dia juga faham kedegilan Melati. Sifat yang diwarisi dari dirinya sendiri. Datuk Mazlan tidak tahu apakah dia patut bangga dengan perkara itu di dalam situasi seperti ini. Mahu memujuk Melati bukan senang. Melati bukan mudah menerima nasihat lebih-lebih lagi apabila dia ditipu seperti itu.

“Mel duduk. Papa nak cakap sikit…”arah Datuk Mazlan.

Melati yang asyik termenung terkejut mendengar suara Datuk Mazlan. Tegas! Nafas berat dilepaskan lalu dia menapak menuju ke ruang tamu menghadap Datuk Mazlan. Wajah papanya begitu serius. Melati tahu apa yang cuba disampaikan oleh Datuk Mazlan. Dia tidak mahu mendengar sebenarnya tetapi sekiranya suara papanya sudah kedengaran seperti Hitler dia tidak dapat lagi mengelak mahupun menolak.

“Sebenarnya papa malas nak masuk campur hal ni, tapi memandangkan Mel sendiri pun tak ada usaha untuk selesaikan, someone should take further step right?”

Mukaddimah Datuk Mazlan seperti sindiran tajam yang menusuk jauh ke dalam lubuk hati Melati. Kaki Melati menguis-nguis karpet. Pandangannya langsung tidak diangkat. Sekadar memasang telinga.

“Apa sebenarnya dalam fikiran Mel pasal Arjuna? Papa tak faham,”usul Datuk Mazlan pula.
Melati diam. Masih tunduk seperti tadi. Dia tidak punya jawapan untuk soalan itu. Melati sendiri masih mencari jawapan yang tepat.

“Mel marah pada Arjuna?”soal Datuk Mazlan.
Melati yang tunduk merenung lantai pantas menggeleng. Dia tidak marah. Tiada sekelumit pun perasaan marah terhadap lelaki itu.

“Dah tu? Mel benci Arjuna?”duga papanya lagi.
Melati menggeleng lagi. Tidak mungkin dia benci lelaki itu. Dia tidak berhak untuk membenci lelaki itu.

“Marah bukan…benci bukan..dah tu apadia? Mel geram? Sakit hati? Sedih?”teka Datuk Mazlan lagi. Geram pula dia melihat telatah Melati itu. Nak disekeh sudah besar. Gumam Datuk Mazlan.
Melati menggeleng dan terus menggeleng.

Datuk Mazlan merengus perlahan. “Hish kamu ni Melati. Buat papa peninglah. Kalau semua bukan apa dia? Cuba cakap. Kamu tak cakap tak adanya orang faham. Papa ni bukan psikik yang boleh dengar suara hati kamu tu. Ni bukan drama melayu yang ada monolog untuk penonton dengar apa kata hati kamu tu…”ujar Datuk Mazlan. Menyampah pula dengan perangai tak semenggah Melati itu. Nasib baik anak sendiri!

Melati memandang wajah cemberut papanya. Sedaya upaya dia menyembunyikan senyumannya. Time macam ni pun nak buat lawak! Desis Melati.

“Papa tahu pasal Juna?”soal Melati.
Datuk Mazlan angguk.
Melati terkejut. “Bila? Minggu lepas? Atau sebelum tu lagi?”
“Sebelum Juna balik Malaysia lagi…”

Melopong Melati memandang Datuk Mazlan. Selamba je cakap macam tu?
“Kenapa tak bagitahu Mel? Kenapa papa tipu Mel? Kenapa papa tak pernah cakap apa-apa?”
“Chempaka Melati.  Ingat sikit dengan siapa kamu bercakap!”tegas Datuk Mazlan.
Melati mengetap bibir menyedari keterlanjurannya sebentar tadi. “Sorry.”


“Kamu lupa Uncle Fadhil tu kawan baik papa? Masa kami jumpa kat Alumni UM dua tahun lepas dia dah cerita semua kat papa. Uncle Fadhil suruh Arjuna balik Malaysia, buat treatment kat sini. Kalau Juna kat sini senang uncle kamu tu nak monitor keadaan dia. Sebab tu Juna balik Malaysia…”jelas Datuk Mazlan.

Perjumpaan dengan bekas rakan university semasa alumni dua tahun lepas masih segar dalam ingatan Datuk Mazlan. Dia dan Fadhil dahulu bermain dalam pasukan bolasepak yang sama. Berlainan jurusan namun tidak menghalang mereka berdua menjadi sahabat yang baik. Cuma selepas graduasi Fadhil menyambung Master di UK dan hubungan mereka terus terputus. Apabila bertemu kembali semasa alumni, banyak cerita yang dikongsikan bersama termasuklah perihal Arjuna. Dia simpati terhadap Fadhil tetapi bangga kerana sahabatnya itu begitu tenang dan tabah.

“Kenapa sebelum ni Mel tak pernah dengar pun pasal ni? Pasal alumni ni semua?”soal Melati.
“Hal orang tua buat apa kamu nak tahu. Bukan ke selama ni Mel selalu lepak dengan Suria dan Wani ke? Mana nak ambil tahu hal lain…”sindir Datuk Mazlan.

Melati mencebik. Dan-dan sindir aku!

“Sebenarnya kami pun tak tahu yang Mel dan Arjuna boleh jadi rapat. Bila tengok Mel dan Arjuna happy je jadi papa serahkan pada Arjuna untuk berterus terang pada Mel. Uncle Fadhil pun ada bagitahu papa. Sejak Juna kenal Mel, kesihatan dia semakin baik. Atas sebab tu papa biarkan Mel dan Juna berkawan. Papa tengok Mel pun sejak berkawan dengan Juna dah pandai bergurau, dah tahu mana yang lebih penting. Dah pandai ambil tanggungjawab. Mel sendiri pun dah lama tak keluar lepak dengan kawan-kawan Mel kan?”ujar Datuk Mazlan.

Melati diam. Perkara yang dibangkitkan papanya ada kebenarannya. Selama ini dia tidak pernah serius dalam hidupnya. Melati lebih suka lepak dan menghabiskan masa bersama Suria dan Wani. Kerjanya di pejabat juga dibuat acuh tak acuh. Kononnya dia masih belum bersedia untuk mengambil alih syarikat papanya. Hidupnya hanya untuk berseronok walaupun tidak keterlaluan.

Tetapi mengenali Arjuna, Melati berubah. Dia lebih banyak berfikir tentang wawasan dan impiannya. Bagaimana dia mula mengambil secara serius tentang kerjanya di pejabat. Melati mula mengatur kehidupannya bersama kawan-kawan. Kebanyakan masanya dihabiskan bersama Arjuna. Arjuna mengajarnya menikmati kehidupan dengan cara yang betul. Lelaki itu selalu menegur jika dia melakukan kesalahan.

“Papa Cuma nak nasihatkan saja. Kadang-kadang dalam hidup ni kita perlu berkompromi Antara satu sama lain. Kita harus bersedia untuk menerima apa sahaja yang datang dalam hidup ni sebagai satu cabaran untuk kita menjadi lebih kuat dan yakin menempuh hari esok,”nasihat Datuk Mazlan.

Melati angguk perlahan sambil tersenyum simpul. “Papa dah macam cikgu sastera…”
Datuk Mazlan menjegil matanya ke arah Melati. “Hish budak ni. Bergurau pulak!”
Melati tersengih.
“Kalau papa Tanya Mel jangan marah ok?”
“Apadia pa?”
“Mel suka Juna ke?”

Melati terkejut mendengar pertanyaan Datuk Mazlan. Melihat wajah serius papanya itu, Melati tahu papanya benar-benar serius dan bukan bergurau. Tapi untuk apa ditanyakan soalan sebegitu? Melati tidak pernah memikirkannya sebelum ini. Tak pernah?

“Papa Tanya sebab Mel sendiri tahu keadaan Juna. Papa tak cakap papa nak halang Mel…tapi Mel kena tahu dan faham keadaan Arjuna yang sebenar supaya Mel boleh bersedia. Papa tak berhak nak halang Mel sebab Mel sendiri dah besar, dah bijak untuk menilai…”

“Apa papa cakap ni. Mel tak pernah cakap pun Mel suka Juna,”dalih Melati.
Berkerut dahi Datuk Mazlan mendengar jawapan Melati. “Tak suka? Dah tu yang Mel meroyan seminggu ni bila tahu Juna sakit tu kenapa? Bukan sebab Mel suka dia ke? Sebab Mel tak nak kehilangan dia?”teka Datuk Mazlan pula. Dia semakin pening dengan perangai Melati.

Eh papa aku ni. Sesuka hati je cakap aku meroyan! Rungut Melati sendiri di dalam hati. Pertanyaan papanya dibiarkan sepi. Jadi untuk apa dia merasa sedih jika dia tidak menyukai Arjuna? Bukankah dia bereaksi seperti itu kerana takut Arjuna akan meninggalkannya? Bukankah Melati sedih kerana Arjuna menyimpan penderitaannya sendiri? Melati bingung!

*******************************
Melati memerhatikan sahaja bilik serba putih di sekelilingnya ketika ini dengan debaran di dalam dada. Jari jemarinya sudah kemerahan diramas tanpa henti. Dia takut sebenarnya. Takut untuk mengetahui kebenaran dan sejauh mana dia boleh menerima perkara sebesar itu. Namun tanpa kebenaran tersebut dia tidak boleh membuat keputusan yang sewajarnya. Dia harus melakukan perkara ini.

“Lama tunggu?”

Susuk tubuh milik Doktor Fadhil yang baru sahaja sampai dipandang sekilas sebelum mengangguk. Melati semakin berdebar. Saat Doktor Fadhil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengannya Melati jadi tidak keruan. Dia tidak tahu bagaimana menghadapi situasi seperti ini. Janggal dan kekok.

“So kenapa Mel datang?”Tanya Doktor Fadhil. Dia tahu tujuan Melati namun sengaja bertanya.
Melati mengetap bibir. Cuba mencari dan menyusun kata sebagai mukaddimah kepada perbincangan mereka nanti. Dia harus berlapang dada. Dia harus bertenang.

Hepatocellular carcinoma which also known as malignant hepatoma…Salah satu jenis kanser hati yang biasa berlaku.”

Melati diam. Melati tidak faham apa-apa pun tentang nama penyakit lelaki itu. Apa yang dia tahu cuma kanser.

“Arjuna didiagnos masa dia kerja di UK. Semua treatment dia dah buat di UK dulu. Keadaan dia semakin okay cuma dalam 2 tahun lepas sel kanser tu mula merebak di kawasan hati dia…Uncle suruh Juna balik sini, buat treatment kat hospital ni sebab senang uncle nak tengok keadaan dia. Alhamdulillah, kondisi dia semakin hari semakin bagus, tak ada tanda-tanda sel kanser merebak ke bahagian lain,”jelas Doktor Fadhil.

“Mel tak faham uncle. Sebelum ni Mel tengok dia sihat je. Tak nampak pun macam dia sakit!”tingkah Melati. Masih tidak mahu mempercayai biarpun dijelaskan sendiri oleh abah Arjuna.

“Sejak Juna balik Malaysia setengah tahun ni berapa kali Mel jumpa Juna?”

Pertanyaan Doktor Fadhil membuatkan Melati terdiam. Fikirannya menerawang cuba membilang berapa kali dia bertemu dengan Arjuna. Melati melepaskan keluhan apabila menyedari tak sampai 15 kali pun dia berjumpa dengan Arjuna. Tetapi dalam tempoh sesingkat itu kenapa Melati merasakan telah lama mengenali lelaki itu? Kenapa dia merasakan beberapa pertemuan dengan Arjuna sudah mengikat di Antara dia dan Arjuna dengan begitu dekat?

Kenapa dia tidak pernah menyedari bahawa lelaki itu sakit? Selama ini tidak walau sekali pun dia dapat mengesan Arjuna sedang menanggung kesakitan dan penderitaan seperti ini. Setahunya Arjuna hanya pernah pengsan semasa mereka berjoging dulu. Hanya sekali dan selepas itu tidak pernah Arjuna jatuh sakit. Melati tidak pernah mengesyaki apa-apa pun ketika itu. Selepas Doktor Fadhil kata Arjuna ada masalah anemia atau kekurangan darah, Melati tidak pernah mahu bertanya lanjut.

“Sekarang ni keadaan Juna macam mana?”Tanya Melati.

Doktor Fadhil memandang anak gadis yang duduk dihadapannya itu. Dia mengerti apa yang terbuku di hati Melati. Seharusnya Melati mengetahui keadaan Arjuna.

“Masa dia mula-mula balik dulu keadaan dia baru stage 2. Lepas tu dalam tempoh dua bulan sel kanser dia mula berkurangan. Tiada perubahan yang ketara dan ubat-ubat yang Arjuna ambil berkesan dan baik untuk antibodinya. Cuma sesekali sahaja penyakit dia menyerang. Masa malam tu pun, uncle sendiri tak sangka Arjuna kena attack. Sebab kesihatan dia sebelum ni bertambah baik,”beritahu Doktor Fadhil.

“Will he be fine uncle?”soal Melati perlahan. Sayu kedengaran suaranya menzahirkan rasa sedih dan risau.

Doktor Fadhil tersenyum tawar. Dia memahami kerisauan Melati. Siapa yang tidak takut apabila mendengar perkataan “KANSER”? Sesiapa sahaja pasti akan panic dan bimbang. Dia dan isterinya sendiri pada awalnya sukar untuk menerima anak tunggal mereka menghidap penyakit merbahaya. Kerisauan mereka sebagai ibubapa pastinya melebihi daripada orang lain.

“Selagi Arjuna ambil ubat dengan betul, jalani rawatan on regular basis, InsyaAllah dia tidak apa-apa. Tapi uncle tak boleh jamin he will be perfectly fine Melati. Kanser ni macam bom. Keadaan akan jadi teramat tenang sebelum dia meletup. Tapi kalau kita tahu macam mana nak matikan suis masa tu, semuanya akan selamat.”

Melati angguk perlahan. “How is he now?”

“He’s fine. Cuma agak terganggu lepas Mel balik hari tu. Go see him and have a talk. I think both of you need it…”ujar Doktor Fadhil.

Melati melepaskan keluhan berat, Memang itu yang dia mahu lakukan. Cuma sebelum berdepan dengan Arjuna, Melati mahu memahami dulu tentang penyakit Arjuna supaya dia lebih bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu. Apakah dia punya kekuatan? Melati sendiri tidak tahu.

*********************
"Maafkan i Mel..."

Melati bungkam. Sudah acapkali dia mendengar perkataan maaf itu. Wajah pucat Arjuna sesekali dikerling. Susah untuk terus menatap seraut wajah itu tanpa merasa sedih dan sayu. Melati tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu. Dia harus kuat.

"Mel...say something!"desak Arjuna. tidak betah dengan kebisuan Melati. Wanita itu hanya mendiamkan diri tidak berkutik di hadapannya. Arjuna jadi resah. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perkara sebenar tentang dirinya. Sejak kejadian di rumahnya dua minggu lepas, Melati langsung tidak membalas setiap panggilan dan mesej daripadanya. Marah benar nampaknya Melati. 

Arjuna sedar dia sepatutnya berterus-terang dengan Melati lebih awal. Cuma dia tidak tahu bagaimana dan apakah Melati mampu untuk menerimanya? Arjuna bimbang Melati akan menjauhkan diri daripadanya selepas mengetahui tentang penyakitnya.

Melati mengangkat wajah memandang Arjuna di hadapannya. Ditarik nafas panjang mengumpul kekuatan sebelum bersuara.

"Kenapa tak berterus terang Juna?"soalnya perlahan tapi keras.
"Sorry Mel..I"

Melati mengangkat tangan menghalang Arjuna daripada terus bercakap. "I tak nak dengar maaf you Juna. Sekarang ni I cuma nak tahu kenapa you tipu I? Kalau bukan malam tu you sakit sampai bila you nak sorokkan dari I? You tak rasa ke I berhak tau? You anggap I ni siapa Juna?" bertali arus soalan daripada Melati. Menghambur kemarahan dan kekecewaanya.

Arjuna melepaskan keluhan berat. "I tak tahu macam mana nak bagitahu you tapi I memang nak bagitahu bila ada masa yang sesuai"

"Masa yang sesuai? Define "masa yang sesuai?" Arjuna! Ini bukan perkara biasa, ini soal hidup dan mati, tau tak? Just look at you! Oh my God! You really make me pissed off Juna!!"bentak Melati. Tidak mampu lagi untuk sabar dengan sikap Arjuna.

Arjuna tersentak seketika tapi dapat memahami perasaan Melati. Bukan senang untuk menerima tentang penyakitnya. Sedangkan dirinya sendiri pun masih bergelut dengan kanser, sikap positif kadangkala hilang apabila dia merasa lemah dan sakit.

"Please Mel, jangan marah okay. I'm really sorry," ucap Arjuna sayu. Dipaut jari jemari Melati yang terletak di atas meja.

Melati terkejut dengan tindakan spontan Arjuna. Walaupun begitu dia tidak pula membantah, membiarkan kehangatan tangan Arjuna membaluti jari jemarinya. Dadanya mula dipalu debaran. Kenapa dengan aku ni? Melati mula keliru.

"Masa doktor cakap saya ada kanser dulu, I was so in denial. I am perfectly fine before, i do not smoke, i didn't drink, i dont take drugs. I live my life very well Melati. It just that, Allah choose me to have this special test. Then I realized that I'm so lucky to have parent and friends that always support me in whatsoever condition..."

Melati memandang Arjuna, mendengar penjelasannya. Hati Melati dipagut rasa sedih. Betapa lelaki itu amat menderita dan sedikit pun dia tidak dapat meneka selama berkawan dengannya.

"Abah suruh I balik Malaysia bila dia dapat tahu pasal sakit I. I sebenarnya cuba nak sorok dan buat treatment dekat UK tapi doktor yang merawat I kat UK tu rupanya kawan abah. So I amek keputusan untuk balik Malaysia.Tinggalkan kerja dan semua kat sana,"sambung Arjuna.

"And now? What is your plan Juna? Abah you dah terangkan pada I pasal penyakit you."ujar Melati.
Arjuna diam. Dia tahu tentang perjumpaan Melati dan abahnya tiga hari lepas. Dia terkejut pada awalnya tapi rasa sedikit lega kerana Melati telah mengetahui hal sebenarnya daripada abahnya sendiri. Apa yang dibimbangkan adalah penerimaan Melati tentang dirinya.

Arjuna melekapkan tangannya ke dada. "You know Mel? Kanser ni macam perempuan. Unpredictable. Tak tahu bila mood dia okay, so i guess kanser tu tengah moody sekarang ni. Jadi I nak kena pujuk balik supaya dia baik balik. Mungkin akan makan masa sikit,"kata Arjuna seraya bergurau. Ada tawa kecil terletus dari bibirnya. Merasa kelakar mendengar kata-katanya sendiri.

"Benda macam ni pun you nak buat gurauan kan Juna!"marah Melati sambil menjegilkan matanya pada Arjuna.

Arjuna tergelak. "Mel, kalau I perlu bersedih, meratap dan mempersoalkan kenapa, bagaimana, untuk apa pasal sakit I ni, maknanya I tak redha dengan ujian Allah ni."

Mata Melati mula bergenang dengan airmata. Sedih. Kenapa lelaki itu masih boleh bersikap positif ketika ini? Kenapa dia merasa tidak adil untuk lelaki sebaik Arjuna diuji begitu? Melati seolah-olah tidak percaya dengan Qada dan Qadar Allah pula sekiranya dia terus mempersoalkan itu semua. Seharusnya dia bersikap lebih positif dan memberi semangat pada Arjuna. Arjuna memang istimewa. Desis Melati.

"Tapi Mel I harap you faham kenapa I tak bagitahu you awal-awal pasal sakit I ni. I tak mahu you risau dan I takut kalau..."

"Takut kalau I tak nak kawan dengan you? Macam tu?" tingkah Melati laju tanpa sempat Arjuna menghabiskan kata-katanya.

Arjuna terdiam. Dia terkejut apabila Melati menarik kasar tangannya yang masih berada dalam genggaman Arjuna.

"You selalu macam ni Juna. Buat apa yang you rasa betul, fikir apa yang you rasa betul tapi sikit pun you tak fikir apa perasan I. You rasa I macam tu ke Juna?"luah Melati agak marah bercampur kecewa.

Arjuna mula serba salah. Tidak berniat untuk menuduh Melati begitu cuma dia risau seandainya Melati menjauhkan diri sebab penyakitnya itu. Macam-macam andaian yang ada dalam fikirannya dan dia tidak sanggup memikirkan sekiranya Melati tidak lagi mahu berkawan dengannya. Melati adalah orang yang selalu menceriakannya. Melati membawa aura positif pada dirinya sehingga dia merasakan sel-sel kanser di dalam tubuhnya mula menghilang.

"Sepatutnya you bagitahu I awal-awal Juna. I rasa macam orang yang tak ada hati perut tau tak? You sakit tapi I hidup macam biasa, tak fikir pun pasal penderitaan you. I rasa I ni selfish sangat!"beritahu Melati sedih.

"Mel please don't say like that. You tau tak, bila tengok you senyum, gelak, marah, merajuk I rasa tenang sangat. You make my life so meaningful. I tak nak bila you tahu pasal I, you asyik sedih dan menangis. Macam sekarang ni...you buat I rasa sedih..."

Airmata yang sekian lama bertakung mula berlinang di pipi putih Melati. Melati mengesat laju dan memalingkan wajahnya. Dia sedar dia telah membuatkan lelaki itu semakin sedih. Kenapa dia perlu menambahkan lagi derita Arjuna? Melati dihambat rasa bersalah yang menggunung.

"Mel...." Arjuna terpaku melihat Melati menangis di hadapannya. Selama ini dia hanya mengenali Melati yang ceria dan sekali sekali menunjukkan rajuk yang tidak berpanjangan. Tidak pernah dia melihat Melati menangis. Apatah lagi kali ini wanita itu menangis kerananya.

"Mel?"sekali lagi nama Melati diseru. Tiada kata dapat diluahkan untuk memujuk hati Melati.
"Juna...I care for you.."
"I know.."

“Kenapa nak berahsia? You anggap I siapa dalam hidup you Juna?”luah Melati sedih. Airmata yang sedari tadi mengalir di pipinya dibiarkan sahaja membasahi wajahnya. Tiada lagi rasa malu menzahirkan apa yang dia rasa di dalam hatinya.

“Mel you pun tahu kan you orang yang penting dalam hidup I? Sebab tu I tak berani nak bagitahu you pasal ni…”

Melati memandang wajah Arjuna. "Do you love me?” soalnya berani.

Arjuna terpempan. Kelu lidahnya mendengar pertanyaan Melati. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab.

“I..I love you Juna..."
*********************

Doktor Fadhil dan Puan Aisyah memandang Arjuna yang diam tidak berkutik. Selepas menerangkan agenda mereka berdua pada Arjuna sebentar tadi anak mereka itu langsung tidak berkata apa. Tiada jawapan mahupun pertanyaan. Hanya diam membisu. Entah apa di dalam fikiran Arjuna juga tidak dapat diteka oleh mereka berdua.

"Apa pendapat kamu Juna?"

Arjuna memandang Doktor Fadhil tanpa suara. Keluuhan berat dilepaskan.

"Kami nak tahu apa pandangan Juna,"celah uminya pula.

"Tapi umi dan abah tahu kan keadaan Juna? Kenapa benda ni boleh timbul? Tak munasabah langsung!"tingkah Arjuna.

Doktor Fadhil dan Puan Aisyah menarik nafas panjang. Sudah dapat mengagak reaksi Arjuna apabila menyuarakan perkara tersebut. Jangan kata Arjuna, mereka berdua sendiri agak terkejut pada awalnya. Mereka berdua sebenarnya tidak mempunyai halangan namun pendapat Arjuna lebih penting. Apatah lagi dengan penyakitnya itu pasti Arjuna akan berfikir dua kali. Malah mungkin menolak.

"Semua orang tahu pasal tu Juna."ujar Doktor Fadhil.

"Kalau dah tahu kenapa buat macam ni? Juna tak bersedia untuk semua ni. Umi dan abah pun tahu kan?"

Doktor Fadhil memandang ke arah isterinya. Serba salah.

"Juna tak setuju!"tegas Arjuna.

Doktor Fadhil melepaskan keluhan berat. "Ini permintaan Melati sendiri,"beritahunya.

Arjuna terkejut mendengar nama Melati disebut. "Melati??"

Puan Aisyah mengangguk mengiyakan. "Melati yang suruh papa dia bincang dengan umi dan abah. Kami pun tak setuju Juna tapi lepas dengar apa yang Melati cakap kami tak ada alasan untuk menolak. Niat Melati ikhlas,"jelasnya.

Arjuna diam. Otaknya ligat memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh Melati sebenarnya. Dia teringatkan pengakuan berani mati Melati dua hari lepas. Begitu mudah bibir itu mengucap I Love You tanpa rasa segan dan silu. Pengakuan Melati dibiarkan tanpa balasan mahupun jawapan. Malah Melati sendiri tidak meminta Arjuna memberikan jawapan pada ketika itu.

Apa yang Melati cuba buat ni? Apakah dia tidak tahu kesan dan kesudahan bagi pesakit kanser seperti dia? Melati tidak mungkin dapat bertahan dengan semua itu. Tidak mungkin!

"Sepatutnya umi dan abah explain dekat Mel pasal sakit Juna. Semua possibilities yang akan berlaku nanti. Tak mungkin Melati dapat terima semua tu.."tingkah Arjuna.

"Apa kata Juna sendiri tanya pada Mel..."usul Puan Aisyah pula.

Arjuna memandang wajah uminya. Melihat isyarat mata Puan Aisyah,Arjuna berpaling ke belakang. Dia bertambah terkejut melihat Melati sedang berdiri di muka pintu dengan senyuman yang begitu indah sekali. Arjuna terpana. Wanita itu nampak begitu anggun dengan baju kurung moden berwarna pink dan bercorak bunga kecil berwarna biru laut. Cantik!

Doktor Fadhil dan Puan Aisyah berlalu ke tingkat atas, memberi ruang pada Arjuna dan Melati untuk berbincang. Perkara seserius itu lebih baik diputuskan oleh mereka berdua sendiri.

"Kenapa?"soal Arjuna sebaik sahaja Melati duduk berhadapan dengannya.

"Kan I dah cakap hari tu yang I love you. That's why..."jelas Melati tanpa teragak-agak.Berani dan tekad.

Arjuna merengus kasar. Rambutnya dikuak ke belakang. Matanya mencerun memandang Melati tidak berpuas hati.

"Apa yang you cuba buat ni Mel? You kesian kat I ke? You simpati?"tuduh Arjuna. Sememangnya itu yang bermain di dalam fikirannya. Tidak mungkin Melati sanggup buat keputusan sebesar itu semata kerana cinta.

"Simpati? Kesian? You rasa I simpati ke? You rasa I kesian kat you? You ingat kalau I simpati atau kesian kat you I akan buat keputusan macam ni ke? You ingat I ni bodoh ke nak korbankan hidup I sebab you? You ingat I sanggup lepaskan semuanya sebab you?"tingkah Melati geram.
Arjuna diam.

"You takut I susah? You takut I tak tahan? You takut benda ni sekerat jalan je? Macam tu? Itu ke yang you fikir Arjuna?"soal Melati pula.

Arjuna mengeluh perlahan. "Mel, this is not easy as you think. With all the obstacles and hardship I dont think that..."

"Please Juna. Let me explain to you. I tahu apa yang ada dalam fikiran you sekarang ni. You takut I cuma simpati dan you takut kalau I tak tahan dan tinggalkan you. Tapi Juna, sebelum I buat keputusan ni I dah fikir semua tu masak-masak. I bincang dengan mama dan papa. Mereka berdua sokong I. Apa yang I nak sekarang ni adalah bersama dengan you untuk sama-sama berjuang menentang kanser tu. Bukannya I tak boleh buat sekarang ni tapi masih ada batasan antara kita. Tapi kalau kita kahwin I boleh jaga you betul-betul tanpa perlu fikir had dan batasan kita. I will always be by your side when you need me."

Arjuna diam seribu bahasa. Penjelasan Melati sangat tidak masuk akal! Kenapa perlu berkorban seperti itu? Dia tidak perlukan Melati untuk menjadi isterinya di saat dia berperang dengan penyakitnya. Apakah Melati tidak takut kalau dia tewas di pertengahan jalan? Apakah Melati boleh menerima kematiannya nanti? Tidak! Arjuna tidak mahu Melati hidup menderita kerananya.

"Juna, I tak pernah takut untuk kehilangan you tapi I takut I akan menyesal sebab tak pernah menjadi sebahagian daripada hidup you. I tak nak menyesal kerana tak pernah hidup bahagia dengan you. Mati ni pasti Juna.Semua akan merasai kematian. I pun akan mati Juna. Hari ini, esok atau lusa. Tak ada siapa pun tahu antara kita siapa yang akan pergi dulu. Sebab tu...sebab tu I nak kita hargai peluang yang kita ada ni untuk sama-sama berusaha dan hidup bahagia. I perlukan you Juna. You adalah lelaki pertama yang I fikirkan sebagai suami dan ayah untuk anak-anak I. I want you to be part of my life.."jelas Melati panjang lebar. Menzahirkan kemahuan dan perasaannya yang sebenar.

Melati membuang rasa malunya. Dia perlu yakinkan Arjuna sepertimana dia meyakinkan mama dan papa serta ibubapa Arjuna. Dia mahu berada bersama Arjuna ketika Arjuna perlukan dia. Melati tidak mahu membuang masa lagi. Waktu yang masih ada harus dihargai sepenuhnya.

Arjuna memandang lama Melati yang begitu nekad. Kata-kata Melati ada benarnya. Semua manusia akan merasai kematian. Tiada siapa yang dapat mengetahui waktu sebenar kematian mereka. Semuanya ditentukan oleh Allah swt. Jodoh pertemuan ajal dan maut adalah rahsiaNya. Bukan pada manusia.

"Juna I faham kalau you tak sukakan I, tak cintakan I. I boleh terima kalau you menolak sebab tu..Mungkin selama ni I cuma bertepuk sebelah tangan saja. Mungkin you tak pernah sayangkan I lebih daripada seorang kawan. Mungkin I yang silap meneka hati you,"kata Melati, mula berputus asa.

Arjuna bingkas bangun dan melutut di hadapan Melati. Melati terkejut dengan tindakan Arjuna secara tiba-tiba. Arjuna memaut kedua belah tangan Melati. Digenggam erat tangan kecil milik Melati.

"You're the best thing that happen in my life Melati. Terima kasih. Terima kasih untuk cinta dan kasih sayang you. Terima kasih sebab sedarkan I yang hidup ni terlalu singkat untuk I ketepikan kebahagian hanya kerana sedikit penderitaan. I do love you Mel...a lot!"luah Arjuna. Matanya mula merah menahan airmata.

Melati mengetap bibir. Luahan Arjuna membuatkan dia sedih. "Arjuna, will you be my husband?"
Arjuna tergelak mendengar lamaran Melati. Sepatutnya dia yang melamar Melati. Sekarang ni terbalik pula. Arjuna mengangguk pantas.

"Yes i do!"ucap Arjuna.

Melati dan Arjuna sama-sama ketawa. Tanpa mengambil kira apa yang akan berlaku di masa hadapan, baik Melati mahupun Arjuna tidak mahu terlalu memikirkannya lagi. Bukankah ada pepatah mengatakan, hari ini akan menjadi semalam, esok akan menjadi hari ini. Setiap hari akan berlalu meninggalkan kita. Tidak mahu ada kekesalan dalam kehidupan pada hari semalam, seharusnya kita berani untuk mengejar kebahagian sendiri. Sesungguhnya rahmat dan nikmat Allah hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. 

Terima kasih Allah kerana hadirkan dia dalam hidup aku. Aku percaya apa yang telah Engkau takdirkan untukku adalah yang terbaik. Soal jodoh, ajal maut hanya Engkau yang mempunyai kuasa untuk menentukan semuanya. Tidak ada siapa pun yang boleh meneka siapa di antara aku dan dia akan pergi dahulu menemui diriMu. Mungkin juga aku, mungkin juga dia dan mungkin juga sesiapa sahaja. Kerana itu, aku tidak mahu melepaskan kebahagian yang ada di hadapan aku. Tidak mahu aku mempunyai kesalan kerana tidak pernah mahu mencuba. 

Takut? Ya aku memang takut kehilangannya, tapi kenapa perlu aku memikirkan tentang perkara yang belum berlaku? Dia masih ada di hadapanku, masih bernafas, masih tersenyum dan masih mencintaiku. Itu sudah cukup untuk membahagiakan aku pada hari ini. Terima kasih untuk percaturan indahMu Ya Allah.