Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Tuesday, 13 May 2014

MHC : BAB 29



Suasana di Enigma kecoh pagi itu tatkala Arianna menyerahkan kad undangan perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja semua staf menerima khabar tentang pernikahan Arianna dan Ammar Afi.Apa yang membuatkan mereka terkejut adalah langsung tidak diketahui sejak bila Arianna dan Ammar Afi bercinta. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan mereka berdua bercinta. Di pejabat Arianna dan Ammar Afi tak ubah seperti pekerja dan majikan sama seperti staf yang lain.
                Zarin menjeling tajam ke arah Arianna yang tersengih. Sedikit berkecil hati kerana dia  tidak pernah tahu bahawa Arianna menyukai Ammar Afi. Selama ini wanita itu langsung tidak bercerita tentang hubungannya dengan Ammar Afi. Zarin sendiri tidak dapat mengagak apa yang ada di dalam hati Arianna.
                “Sorrylah Rin. Bukan niat aku nak sorok dari kau, cuma aku tak suka nak heboh benda yang tak confirm lagi. Kalau bercerita tapi tak jadi malu la plak nanti…Aku harap kau faham,”jelas Arianna.Matanya memandang wajah suram Zarin.Dia mengerti kekecewaan Zarin ketika ini.
                Zarin mencebik. “Ala, cakap jelah yang kau tak pernah percayakan aku selama ni. Sebab tu kau rahsiakan semua ni dari aku kan?”tukas Zarin geram.
                Arianna memeluk bahu Zarin erat.“Ish, jangan cakap macam tu Rin. Aku bukan sengaja nak rahsiakan tapi aku pun kena jaga perasaan keluarga Datuk Rashid kan? Aku sendiri tak selesa sebenarnya….Please Rin, try to understand…”pujuk Arianna.
                Zarin merengus perlahan sebelum mengukir senyuman.“Yelah, yelah…Aku faham. Kau ni memang jenis yang tak suka kecoh-kecohkan? Tahniah dari aku!”
                Arianna turut tersenyum dengan penerimaan baik daripada Zarin yang begitu memahami dirinya. “Thanks Rin. Kaulah sahabat aku dunia akhirat…”
                “Amin….”
                “Nanti jangan lupa datang dan bawak sekali Zaidi tu…”usul Arianna.
                Zarin angguk. “Insya-Allah…”
                Zarin merenung lama kad undangan di tangannya lama.Memikirkan sesuatu yang semakin lama semakin menimbulkan kemuyskilan di dalam hatinya. Arianna yang seakan menyedari reaksi Zarin turut tertanya-tanya apa yang difikirkan oleh sahabatnya itu.
                “Kenapa?”
                Zarin memandang Arianna di sisinya.“Tak adalah, cuma aku hairan. Sepanjang kau kerja dengan Encik Ammar tu, aku tak perasan la pulak yang korang ni dok main mata sesama sendiri. Aku tengok kau dengan dia macam professional je kat office.Tak ada tanda pun yang kau orang ni bercinta…”gumam Zarin dengan kerutan di muka.
Arianna tergelak perlahan.Membiarkan sahaja Zarin seperti itu.
“Cuma yang nampak pelik sikit masa malam anniversary Enigma tu je. Masa kau menari dengan Encik Ammar malam tu aku rasa lain macam dah. Malam tu Encik Ammar main piano…..”kata-kata Zarin mati di situ. Pantas saja dia menoleh ke arah Arianna di sisinya dengan mata yang membulat.Jari telunjuk diacu ke arah Arianna dengan mulut yang sedikit melopong.
Arianna terpinga-pinga. “Eh kau ni kenapa pulak?”
“Jadi lagu yang Encik Ammar nyanyi tu untuk kaulah ya? Lagu untuk proposed kau? Macam tu?”
Arianna diam seketika.Ditenung wajah Zarin yang menantikan jawapannya.Arianna mengukir senyuman seraya mengangguk.
Mulut Zarin ternganga.Serentak itu kedengaran jeritan halus Zarin.“Aaaaaaghhh!!!”
Arianna terkejut. “Kenapa ni Rin?Apasal menjerit ni?”
Zarin menutup mulutnya sambil memerhatikan sekeliling pejabat. Ada beberapa mata memandang ke arah mereka berdua sebelum Zarin tersengih cuba menutup malu. Ditoleh kembali pada Arianna yang ada di sisinya.Zarin mengecilkan matanya mencerun ke arah Arianna.Arianna semakin pelik dengan reaksi Zarin.
“So sweet…so romantic! Aku tak pernah sangka Encik Ammar seromantik tu. Bertuahnya kau Ari…Macam drama Korea pulak!”ujar Zarin teruja.
Arianna ketawa. Ekspresi berlebihan Zarin mencuit hatinya.Mungkin bagi wanita itu Ammar Afi seorang lelaki yang romantik.Namun bagi Arianna itu semua tidak ubah satu perangkap untuk lelaki itu menjerat dirinya.Mungkin pada pandangan Ammar Afi, Arianna telah masuk ke dalam perangkapnya namun Ammar Afi tidak tahu bahawa dia sengaja membiarkan dirinya diperangkap lelaki itu.Barulah Arianna dapat memasang jeratnya pula.
Perbualan mereka berdua terganggu apabila Hanum datang menghampiri dengan muka yang mendung.Kad ditangan pula dikibarkan ke kiri dan ke kanan dengan rasa sebal.Melihat wajah ceria Arianna membuatkan Hanum makin meluat.Kegembiraan Arianna sedikit pun tidak berbekas di hati Hanum malah rasa sakit hati.Giginya diketap menahan rasa geram.
Zarin menyiku perlahan tangan Arianna seraya member isyarat mata ke arah Hanum.Arianna sekadar tersenyum tawar.Apalagi yang mahu digaduhkan oleh Hanum pula kali ini?Pasal Ammar Afikah?Arianna membuat telahan sendiri.
“Apa semua ni?”soal Hanum dengan nada tegang. Tangannya menyuakan kad tersebut.
Arianna memandang sepintas lalu kad berwarna merah hitam itu.“Kad kahwinlah. Dijemput hadir ya…”
Hanum ketawa sinis.Tajam matanya menikam ke wajah Arianna. “Jadi selama ni dalam diam kau pasang perangkap untuk Encik Ammar ya? Pura-pura tak berminat, pura-pura jual mahal tapi sebenarnya tu taktik kau untuk tarik perhatian dia. Betul tak?”tuduh Hanum.
Berkerut dahi Arianna memndengar tohmahan Hanum.Zarin yang mendengar merasa geram.Sedari dulu dia memang tidak sebulu dengan Hanum yang cengeng itu.Ada saja yang tidak kena di matanya pasal Arianna.Apa yang dicemburui sangat pun Zarin tidak mengerti. Arianna tidak pernah pula menyakitkan hati Hanum malah Arianna adalah jenis yang tidak suka ambil tahu hal orang lain.
“Apa yang kau cakap ni Hanum? Aku dan Afi selama ni bersikap professional dalam pejabat. Tak pernah pun kami berdua campur adukkan hal peribadi dalam kerja.Soal hati dan perasaan pun kami tak pernah bincang di dalam pejabat…”sangkal Arianna.
“Afi? Wow….panggilan nama pun dah berubah sebab kau dah nak kahwin dengan dia…Jangan ingat kau dah berjaya Arianna. Kau bukannya hebat mana pun.Satu hari nanti aku akan pastikan aku akan dapat apa yang aku nak…”tukas Hanum dengan nada bongkak.
“Maafkan aku Hanum. Soal kejayaan dalam memikat ni bukan kepakaran aku. Aku percaya apa yang berlaku sekarang sebab Allah memang dah tentukan jodoh aku dengan dia. Kalau dia bercinta dengan kau sekali pun kalau Allah memang dah tetapkan sejak azali lagi dia jodoh aku, dia tetap akan kahwin dengan aku juga. Aku terima semua ni dengan lapang dada, dan aku harap kau pun terima dengan hati yang redha. Nanti kau menidakkan qada’ dan qadar Tuhan pulak…”kata Arianna sinis.Sengaja menyakitkan hati wanita itu kerana tidak tega untuk terus-terusan disindir oleh Hanum. Sesekali wanita itu harus juga diberi pengajaran!
“Kau….”
“Sudahlah Hanum. Jangan banyak bunyi lagi kat sini…Encik Ammar takkan suka perempuan yang tak sedar diri macam kau ni. Kalau dia senang tergoda, dah lama dah kau berjaya…”sampuk Zarin pula.
Hanum yang merasa terperangkap segera meninggalkan Zarin dan Arianna dengan rasa marah.Hentakan kaki sengaja dikuatkan menunjukkan dia memberontak.Zarin ketawa melihat reaksi Hanum.Gembira kerana berjaya menyakitkan hati Hanum yang sentiasa berlagak cantik itu.Arianna di sisinya ditoleh dengan tawa yang masih bersisa.Arianna membalas dengan senyuman puas.
 “You dah berterus-terang dengan Ari pasal ni?”
                Ammar Afi mengangkat wajah. Samira yang memandang tepat ke arahnya hanya mampu ditatap sesaat dua sebelum membuang pandangannya ke luar dinding kaca Starbucks. Iced Latte yang dipesannya lima belas minit lalu sekadar dikacau-kacau dengan straw. Tidak langsung disedut minuman yang mula mencair itu.
                “Bila you nak bagitahu dia Afi? She has right to knowAt least the real story from you…”provok Samira, menzahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap Ammar Afi yang terlalu berahsia.
                Ammar Afi melepaskan keluhan. “Will she able to understand Sam?”usul Ammar Afi pula.
                Samira memandang Ammar Afi yang kelihatan sedikit tertekan.“You’ll never know until you tell her about this. I pasti dia mesti tahu pasal ni cuma I nak you bagitahu dia cerita yang sebenar. Bukannya gosip-gosip dan khabar angin yang ditokok tambah tu…”kata Samira.Dia tidak mahu Ammar Afi ambil secara lewa isu berkaitan Arissa.Arianna berhak tahu sejarah hitam Ammar Afi.Arianna perlu faham situasi Ammar Afi.Harus mengerti penderitaan yang pernah dilalui oleh lelaki itu.
                “I don’t know Sam….”
                Ammar Afi membuang pandangannya ke luar.Matanya memerhatikan orang yang lalu lalang biarpun fikirannya tidak berada di situ.Jauh lamunannya mengusik jiwa tentang sejarah silam hidupnya hampir lapan tahun lepas.Kisah yang sebolehnya tidak mahu diingati mahupun diungkit biarpun sebagai satu cerita untuk menzahirkan kebenaran yang sebenar.
                “Kalau boleh I tak nak ungkit lagi pasal tu Sam…”ucapnya perlahan.
                Samira memandang Ammar Afi yang muram.Dia faham perasaan Ammar Afi.Susah untuk melupakan peristiwa pahit itu.Kematian Arissa telah memberi tamparan yang hebat kepada lelaki itu.Seluruh semangat dan jiwa Ammar Afi bagaikan direnggut pergi bersama-sama Arissa.Hampir tiga tahun lelaki itu sasau dalam mencari arah dalam hidupnya.Samira sendiri tidak betah melihat keadaan Ammar Afi ketika itu.
                “At least say something to her…Tell her the truth about you and Arissa. Let her know who you are before she met you…how much Arissa meant to you..how much love that you had for her…”
                Samira merenung Ammar Afi yang masih dalam dilema.
“Samada dia faham atau tak itu tak penting Afi.Apa yang penting adalah tiada rahsia dalam perhubungan. Kejujuran tu sangat penting dalam menjamin hubungan cinta untuk berkekalan. Tengok macam I dan Jef, sebab kami berdua ada sifat curiga dan berahsia kami jadi macam ni…”sambung Samira.
                Samira cuba mengaitkan dirinya dalam situasi Ammar Afi. Perhubungan yang dibina bukan atas kepercayaan dan kejujuran tidak dapat menjamin kehidupan cinta yang kekal.Dalam satu-satu hubungan mestilah ada sikap saling percaya dan berkongsi segala cerita baik sedih mahupun gembira. Samira tidak mahu cinta sahabat baiknya itu akan terkandas seperti dirnya dan Jefry. Bukan kerana tiada cinta dihati tetapi kerana ketidakjujuran menjadi punca perpisahan mereka berdua.

“Kita nak ke mana ni?”soal Arianna bingung. Kehadiran Ammar Afi pagi-pagi lagi di hadapan apartmennya mengejutkan Arianna.Ammar Afi datang bagaikan ribut tanpa sebarang petanda.Buka pintu sahaja sesusuk tubuh milik Ammar Afi sedang berdiri di muka pintu dengan senyuman lebar.Arianna bertambah bingung apabila Ammar Afi menyuruhnya bersiap-siap.
Biarpun kereta milik Ammar Afi sudah pun meluncur laju di atas jalan Arianna masih tidak tahu hala tuju mereka yang sebenarnya.Ammar Afi sekadar mendiamkan diri apabila dia menanyakan hal itu.Arianna jadi bingung dengan sikap Ammar Afi yang agak pelik ketika itu.Arianna memandang ke arah Ammar Afi yang khusyuk memandu.
“Mana awak nak bawa saya ni? Susah sangat ke nak bagitahu?Saya ada hak Ammar Afi…”tegas Arianna.Bosan dengan kebisuan Ammar Afi setelah ditanya acapkali. Geram juga memikirkan lelaki itu yang cuba berahsia dengannya.Apatah lagi lelaki itu lengkap berbaju melayu satin berona biru gelap. Nak kahwin lari ke apa ni? Desis Arianna di dalam hati.
Ammar Afi menoleh sekilas.“You’ll know …”balas Ammar Afi yang masih berteka-teki.
Arianna merengus kasar.Marah dengan jawapan Ammar Afi yang masih tidak menjawab persoalan yang sebenar.Arianna membuang pandang ke luar tingkap menunjukkan tanda protes.Ammar Afi yang perasan dengan reaksi Arianna tersenyum sendiri.Sengaja dia menyembunyikan hala tuju mereka pada pagi Ahad itu.Tidak mahu keadaan menjadi keruh sebelum mereka tiba ke destinasi. Di dalam hati Ammar Afi, jantungnya berdebar-debar. Takut memikirkan apakah reaksi Arianna apabila mereka berdua sampai nanti.Akan mengertikah wanita itu?Ammar Afi tertanya sendiri.
Saat kereta mereka berdua membelok ke kanan, Arianna tersentap.Dikalih pandangannya pada Ammar Afi yang kelihatan tenang. Arianna berdebar-debar. Kenapa ke sini?Saat matanya menangkap bait-bait perkataan yang tertera di papan tanda, Arianna tidak senang duduk.Ammar Afi memarkir keretanya di bawah pokok yang agak rendang.
Ammar Afi menoleh pada Arianna yang membisu.Jelas kelihatan di riak wajah wanita itu yang tegang. “Ari…”
Arianna memejam matanya lama.Nafasnya ditarik dan dihela dengan rasa tersekat-sekat.Wajah Ammar Afi langsung tidak dipandang.Saat Ammar Afi keluar dari perut kereta bersama sejag air mawar dan sebidang tikar, Arianna masih kaku di tempat duduknya.Ammar Afi membiarkan sahaja Arianna di dalam kereta.
Hampir setengah jam Ammar Afi berteleku di hadapan pusara Arissa, membacakan Surah Yasin dan doa-doa untuk ketenangan dan kesejahteraan arwah Arissa yang sudah hilang dari dunia nyata dan berdepan dengan alam barzakh. Sesudah doa terakhir diaminkan, Ammar Afi bangkit kembali dan menuju ke keretanya. Arianna masih di tempat duduknya.
Terangkat bahu Arianna apabila Ammar Afi mengetuk pintu tingkap kereta.Wajah tenang Ammar Afi dipandang lama sebelum membuka pintu kereta.Ammar Afi menyandarkan tubuhnya ke badan kereta.Songkok di kepala dibetulkan beberapa kali. Gelisah memikirkan apa yag harus diungkapkan sebagai pemula bicara.
“Untuk apa?”soal Arianna tegas tanpa sempat Ammar Afi memulakan perbincangan.
Ammar Afi melepaskan keluhan.“Supaya antara kita tiada rahsia…”balas Ammar Afi perlahan.
Arianna memandang Ammar Afi yang berdiri di sisinya. “Rahsia apa yang awak maksudkan ni?”soal Arianna sedikit gugup. Apakah mungkin Ammar Afi sudah mengetahui siapa dirinya yang sebenar?
“Perkahwinan kita lagi tiga hari Ari. Saya tak nak antara kita ada rahsia yang akan mengganggu perhubungan kita sebagai suami isteri. Dan saya rasa awak pun tahu perkara ni akan menjadi penghalang bagi kita…”ujar Ammar Afi.
“Jadi apa yang cuba awak nak sampaikan sekarang ni?”tukas Arianna. Dadanya bergetar hebat memikirkan Ammar Afi yang mahu membongkar perancangan jahatnya selama ini.
Ammar Afi memeluk tubuhnya.Matanya merenung ke arah kawasan perkuburan. Tertumpu pada batu nisan milik Arissa. Hatinya dipagut rasa sayu.Wajah Arissa bermain di tubir matanya.Arianna yang berdiri di sisinya dipandang dengan hujung mata.Dalam hati mengatur ayat untuk memulakan bicara.Rahsia yang tersimpan kemas di dalam lipatan hidupnya selama ini.Arianna harus tahu perkara yang sebenar.
“Ari tentu tahu tentang kisah saya semasa saya belajar di UIA dulu kan?”usul Ammar Afi.
Arianna terdiam seketika.Tercengang seketika mendengar pertanyaan Ammar Afi.Apa yang cuba disampaikan oleh Ammar Afi sebenarnya? Dalam tertanya-tanya motif lelaki itu Arianna mengangguk.
“Tapi Ari masih tak tahu cerita yang sebenarnya….Cerita di sebalik semua khabar angin dan gossip yang tersebar di Enigma.Masih banyak lagi rahsia yang belum terungkap…”jelas Ammar Afi.
Arianna terkedu.Jadi Ammar Afi masih tidak mengetahui siapa dia yang sebenarnya?Ammar Afi masih tidak tahu bahawa dirinya adalah adik kepada Arissa? Arianna menarik nafas lega. Pada fikirannya rancangan yang diatur selama ini hancur kerana sudah dapat dihidu oleh Ammar Afi.Rupa-rupanya lelaki itu hanya mahu memberitahu kisah dia dan Arissa.Kononnya mahu berterus terang agar dia tidak tersalah anggap tentang lelaki itu.
“Jadi apa sebenarnya yang berlaku?” tanya Arianna. Menunjukkan minat untuk mendengar cerita dongeng Ammar Afi. Katalah apa saja Ammar Afi! Aku takkan sesekali percaya!
“Saya dan Arissa kenal semasa kami sama-sama belajar di UIA.Saya akui yang saya agak nakal masa tu, mengacau dan mengusik Arissa. Tapi tujuan saya bukanlah berniat jahat tetapi saya ikhlas nak berkawan dengan dia. Dan saya sama sekali tak sangka Arissa sudi berkawan dengan orang macam saya….”
Arianna diam mendengar permulaan cerita Ammar Afi.Memandang lelaki itu yang masih merenung jauh ke kawasan perkuburan. Tidak sedikit pun di dalam hatinya kini percaya dengan apa yang dikatakan oleh Ammar Afi. Bagi Arianna itu semua kisah palsu yang sengaja direka untuk meraih simpatinya.
“Jadi macam mana awak boleh terlibat dalam pembunuhan Arissa?”usul Arianna pula. Tidak sabar untuk mendengar apa lagi cereka dari mulut Ammar Afi.
Ammar Afi mengeluh perlahan. “My biggest mistake ever Ari….kesalahan yang terpaksa saya tanggung sepanjang hayat saya….”
Jantung Arianna berdegup kencang.Pengakuan berani mati Ammar Afi menyesakkan nafasnya. Apakah lelaki itu mengaku bersalah atas kematian Arissa? Apakah Ammar Afi sememangnya yang menjadi dalang pada kematian tragis Arissa? Arianna mengepal kedua belah tangannya sekuat hati.Cuba menahan amarah yang mula berapi.  Arianna sedar bahawa dia tidak akan bisa lagi dapat menahan kemarahan dan dendam yang terpendam selama ini. Arianna nekad!

MHC : BAB 28

  Arianna memerhatikan setiap pergerakan Datin Marlia yang sibuk menyediakan masakan untuk malam nanti. Arianna kagum dengan Datin Marlia yang masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri tanpa perlu menyerahkan segala tugasan kepada pembantu rumah. Datin Marlia pernah memberitahunya bahawa biar sesibuk mana pun seorang wanita itu, namun dalam rumahtangga tanggungjawab menjaga makan minum suami tidak harus diabaikan. Kata Datin Marlia, kalau ingin mengikat suami mestilah melalui perutnya.
Ketawa Arianna mendengarnya namun Arianna sedar apa yang diberitahu Datin Marlia ada benarnya. Serba sedikit Arianna belajar tentang kesukaan Ammar Afi dan apa yang paling dibencinya. Mendengar celoteh Datin Marlia di dapur menghiburkan hati Arianna. Sememangnya sedari dulu lagi dia menyenangi sikap mesra dan peramah Datin Marlia.
“Setakat mana hubungan Ari dengan Afi?”soal Datin Marlia. Tangannya mengacau-ngacau masak lemak cili api yang sedang mendidih di atas dapur.
Tersentap Arianna seketika. Dia tidak menyangka Datin Marlia akan menanyakan tentang perkara itu. Biarpun Arianna dapat mengagak tujuan Datin Marlia mengajaknya makan tengahari bersama namun Arianna belum bersedia untuk bercerita soal itu pada ketika ini. Hubungan mereka berdua masih di peringkat awal. Arianna sendiri masih cuba menyesuaikan diri dan memahami Ammar Afi sedalamnya.
Datin Marlia memandang Arianna di sisinya. Terangkat keningnya memberi tanda dia mahukan jawapan Arianna.
“Err..okay saja Datin. Macam biasalah…”balas Arianna acuh tak acuh.
Datin Marlia meletakkan senduk yang dipegang di atas piring yang tersedia di tepi dapur memasak. Badannnya diiringkan sedikit menghadap Arianna. Lembut tangannya menjamah jemari Arianna. Terserlah sifat keibuannya.
“Ari, berapa kali nak bagitahu? Panggil aunty saja. Tak perlu berdatin-datin. Ari kan kekasih Afi…”tegur Datin Marlia akan keterlanjuran Arianna yang masih memanggilnya Datin.
Arianna senyum. “Maaf aunty… Dah terbiasa…”
“Atau Ari nak panggil mama? Lagi bagus kalau macam tu. Lambat laun Ari akan jadi sebahagian daripda keluarga ini juga,kan?”ujar Datin Marlia dengan senyum simpul. Wajah Arianna yang mula merona merah ditatap.
“Macam mana? Ari panggil mama saja…”usul Datin Marlia sekali lagi apabila Arianna terdiam menahan rasa malu.
Baru sahaja Arianna mahu membuka mulut, suara Ammar Afi mengejutkannya. “Elok juga kalau Ari start panggil mama. Nanti bila dah kahwin taklah kekok sangat…”
Arianna memandang langkah Ammar Afi yang merapati Datin Marlia. Kerlingan tajam dihadiahkan untuk lelaki itu. Bibirnya dicebikkan. “Siapa cakap saya nak kahwin dengan awak?”getus Arianna, sengaja mengusik Ammar Afi. Datin Marlia ketawa perlahan.
Membulat mata Ammar Afi memandang Arianna. Dia tahu Arianna sengaja mempermainkannya di hadapan mamanya. Arianna seolah-olah mengambil peluang untuk mengusiknya tiap kali Datin Marlia bersama dengan mereka. Sengaja  mengambil peluang untuk mengenakannya. Pandai betul Arianna mencari kesempatan! Rungut Ammar Afi di dalam hati.
“Habis tu Ari tak nak kahwinlah?”usul Ammar Afi pula, cuba menyelami dasar hati Arianna. Sengaja mahu menduga, untuk mengetahui apa yang terbuku di dalam diri Arianna. Selama perhubungan mereka juga Arianna lebih banyak membisu tentang hala tuju perhubungan tersebut.
Arianna memandang Ammar Afi yang berdiri di sisi Datin Marlia. Datin Marlia tersenyum simpul melihat keletah anak lelakinya yang cuba merisik isihati Arianna. “Siapa cakap saya tak nak kahwin?”soalan Ammar Afi dibalas dengan soalan juga.
“Tadi bukan ke Ari cakap tak nak kahwin?”
Arianna tersengih. “Saya cakap saya tak nak kahwin dengan awak, bukannya saya tak nak kahwin…Faham?”
Ammar Afi menarik muka masam. Wajah Arianna yang galak ketawa bersama mamanya dipandang dengan rasa berbuku di dalam dada. “Yelah, orang tak sudi takkan nak paksa!”bentak Ammar Afi lalu meninggalkan dapur. Berpura-pura merajuk. Tercengang Arianna melihat perubahan sikap Ammar Afi. Datin Marlia tergelak.
“Hmm…merajuklah tu…Ari pergilah tengok Afi kat luar…Biar aunty yang bereskan kerja-kerja kat dapur ni…”ujar Datin Marlia.
Arianna sedikit keberatan meninggalkan Datin Marlia sendiri di dapur menyediakan segala hidangan. Apatah lagi pembantu rumah bercuti pada hari ini kerana melawat saudaranya yang sakit di kampung.
“Tak apa Ari. Aunty boleh handle…Pergilah borak dengan Afi sana,”sambung Datin Marlia apabila menyedari Arianna teragak-agak untuk beredar.Arianna mengangguk perlahan lalu meminta diri untuk keluar. Huh! Nak pujuk-pujuk la pulak! Mengada betullah! Bentak Arianna di dalam hati.
                Arianna menjengah ke ruang tamu. Kelibat Ammar Afi tiada di situ. Ke mana pula lelaki itu membawa rajuknya? Arianna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Langkahnya diatur menuju ke laman rumah. Arianna menarik nafas panjang apabila melihat Ammar Afi sedang bersantai di laman rumah. Dihampiri Ammar Afi dengan langkah perlahan.
                “Awak merokok?”soal Arianna dengan nada terkejut apabila melihat Ammar Afi mengepit sepuntung rokok yang masih menyala di jarinya. Ini adalah kali pertama dia melihat lelaki itu merokok selama mengenalinya.
                Ammar Afi terkejut dengan kehadiran Arianna secara tiba-tiba dan ternampak akan satu tabiatnya yang tidak pernah diperlihatkan selama ini. Ammar Afi menenyeh rokok yang belum sampai separuh dihisapnya ke dalam bekas abu rokok. Tidak mahu meneruskan di hadapan Arianna yang nyata terkejut. Wajah Arianna dipandang sekilas.
                “Selama ni saya tak pernah tahu pun awak merokok….”ujar Arianna. Jelas di dalam nadanya rasa terkejut.
                Ammar Afi senyum. “Once in a time…kalau saya stress ke tension ke saya hisaplah. Kalau tak memang jaranglah saya nak merokok…”beritahu Ammar Afi.
                “Stress? Tension? Pasal apa pula pula? Pasal apa yang saya cakap kat dapur tu ke? Kalau pasal tu saya cuma…”
                “Bukan pasal tu Ari.”pintas Ammar Afi laju.
                “Habis tu?”soal Arianna tidak mengerti. Wajah keruh Ammar Afi ditatap. Masalah apa pula yang melanda lelaki itu? Jikalau soal pejabat setahu Arianna, semuanya berjalan lancar. Apa yang merunsingkan lelaki itu?
                Mata Ammar Afi jatuh pada wajah Arianna. Jiwanya rasa tenang hanya dengan memandang wajah Arianna. Ammar Afi selesa ketika bersama wanita itu. “Kalau saya cakap sesuatu Ari jangan terkejut dan marah okay?”
                Arianna tercengang. “Marah? Marah pasal apa pulak ni Afi? Cuba cerita kat saya apa sebenarnya yang menganggu pemikiran awak ni?”
                “Well…ingat tak yang saya dan Samira pergi Habib Jewels di KLCC? Yang Ari tanya kenapa dan untuk apa saya kat situ dengan dia?”
                Arianna mengerutkan keningnya cuba mengingati peristiwa bulan lepas itu. Kepalanya mengangguk perlahan tanda masih mengingati peristiwa itu di mana dia mencurigai lelaki itu. “Kenapa?”tanyanya. Dada Arianna berdebar-debar. Apakah lelaki itu mahu memutuskan perhubungan mereka dan memilih Samira? Arianna jadi risau. Dia tidak mahu rancangannya untuk membalas dendam tidak kesampaian.
                “Sebenarnya saya pergi beli cincin….”
                “Awak nak kahwin?”soal Arianna laju.
                Ammar Afi mengangguk.
                “Dengan Samira?”teka Arianna tanpa sempat Ammar Afi berkata apa.
                “Hah? Apa yang awak mengarut nih?”tukas Ammar Afi terkejut.
                “Habis tu awak pergi beli cincin tu dengan Samira. Jadi awak nak kahwin dengan dialah…Kalau tak dengan siapa pulak?”
                Ammar Afi melepaskan keluhan. Arianna nampaknya masih belum memahami apa yang dia cuba sampaikan. Samada Arianna sememangnya tidak mengerti atau berpura-pura sahaja, Ammar Afi tidak mampu meneka. Ammar Afi menyeluk poket seluarnya, mengeluarkan kotak baldu berwarna hitam. Ditayangkan di hadapan Arianna dan dibuka penutupnya. Cincin bertatahkan berlian itu berkilauan.
                Arianna tercengang. Wajah Ammar Afi dipandang. Dadanya semakin berdebar kini. Dia dapat membaca apa yang cuba Ammar Afi ingin sampaikan melalui cincin berlian itu. Namun Arianna tidak mahu terlalu teruja, bimbang andaiannya tersalah pula.
                “Untuk apa ni?”soal Arianna.
                “Tujuan saya ajak Ari datang rumah hari ni sebab saya nak bersaksikan kedua orang tua saya yang saya memang serius dalam hal ni. Cincin ni sebagai tanda kasih dan sayang saya pada Ari dan mahu cincin ini mengikat hati Ari untuk diri saya. Sudi tak Ari mengahwini Afi? Apakah Arianna Sofea mahu menjadi isteri kepada Ammar Afi?”
                Arianna tergamam. Dia tidak menyangka Ammar Afi akan melamarnya di dalam waktu terdekat ini. Apatah lagi perhubungan mereka masih di peringkat awal. Arianna tidak menjangkakan secepat ini Ammar Afi mahu memilikinya. Semuanya berjalan begitu lancar mengikut apa yang dirancangkan. Arianna jadi takut. Tidak mungkin apa yang diatur selama ini begitu mudah untuk dilaksanakan. Apakah Tuhan juga mahu menolongnya?
                “Ari, saya bukanlah seromantik watak-watak dalam drama atau filem yang menggunakan kata-kata pujangga untuk melamar wanita pujaan hati. Saya pun bukan sesempurna watak hero di dalam buku-buku novel. Tapi saya sememangnya ikhlas nak memperisterikan Ari. Biarpun pengenalan kita singkat dan mungkin Ari anggap ini keputusan yang terburu-buru tapi saya tahu saat saya kenal dengan Ari, saya tau yang saya nak Ari jadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya.”
                Wajah Arianna ditatap lama. Ammar Afi dapat melihat dengan jelas tangannya sendiri menggigil tatkala mengucapkan kata-kata itu. Kebisuan Arianna menambahkan lagi rasa gementar di dalam diri Ammar Afi. Apakah  mungkin Arianna akan menolak lamarannya? Ammar Afi jadi runsing. Apatah lagi Arianna memang sukar dijangka dan ditelah sifatnya.
                “Ari, saya tak boleh janjikan yang kita akan bahagia selamanya, tapi saya akan berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik dan sempurna untuk Ari. Ari tidak perlu menjadi isteri yang sempurna kerana bagi saya Ari sudah cukup sempurna di mata saya. Cuma biarlah cinta Ari adalah untuk  saya sebagai suami satu-satunya…”sambung Ammar Afi.
                “Afi, saya tak pernah minta awak menjadi sempurna untuk saya. Saya juga tak mengharapkan awak berjanji untuk membahagiakan saya. Apa yang saya nak biarlah keikhlasan dan kejujuran awak mencintai saya apa adanya….”balas Arianna.
                Ammar Afi tersenyum. “Jadi Ari setuju?”
                      Arianna diam seketika. Memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan. Wajah gelisah Ammar Afi yang menanti dipandang lama. Ari, kini kau semakin hampir. Lelaki itu benar-benar berada di dalam genggaman kau! Inilah masanya untuk kau menapak ke hadapan dan menjayakan rancangan kau selama ini!
                      Perlahan-lahan Arianna mengangguk mengundang rasa gembira Ammar Afi. Melihat Ammar Afi yang melompat kegembiraan, Arianna mengukir senyuman sinis. Dia semakin yakin misinya untuk membalas dendam hampir berjaya. Aku akan pastikan kau menderita Afi!

Monday, 12 May 2014

MHC : BAB 27



                Ammar Afi memerhatikan wajah serius Arianna yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya. Pandangan mata wanita itu langsung tidak pada dirinya. Arianna sekadar menunduk melihat ke arah fail-fail yang bertambun di meja Ammar Afi. Ammar Afi jadi pelik dengan sikap Arianna. Sudah tiga hari wanita itu melancarkan perang dingin dengannya. Puncanya? Ammar Afi sendiri kurang pasti.
                “Ini laporan meeting dua hari lepas. Encik Ammar boleh semak dan tandatangan. Nanti saya kena serahkan pada board of directors yang lain. Lepas encik sign report tu, encik boleh interkom saya.”
                Sebaik sahaja selesai menjelaskan tujuannya Arianna segera beredar, tidak mahu berlama-lamaan di dalam bilik Ammar Afi.
                “Arianna!”
                Langkah Arianna mati. Badannya dipusingkan kembali menghadap Ammar Afi. Wajah lelaki itu jelas menunjukkan kekeliruannya ketika ini.
                “What’s wrong? Apa yang buatkan awak dingin macam ni?”tanya Ammar Afi ingin tahu. Kedinginan Arianna tidak lagi betah untuk dilayan.
                Senyuman sinis bermain di bibir Arianna. Pertanyaan yang tidak perlu sebenarnya. Ammar Afi seharusnya sedar untuk apa dan mengapa dia bersikap sebegitu. Apakah Ammar Afi terlalu bodoh untuk tidak memahami punca kemarahannya?
                “I ada buat salah apa-apa ke Ari?”soal Ammar Afi lagi. Dia mahukan jawapan.
                Arianna melepaskan keluhan. “Maaf, saya tak mahu bincang hal peribadi di pejabat. Harap encik Ammar faham,”balas Arianna. Sengaja mahu mendera perasaan Ammar Afi.
                Arianna mengatur langkah. Ammar Afi cepat-cepat bangun dari kerusinya dan berlari-lari anak menghampiri Arianna. Dipaut lengan Arianna, menghalang wanita itu dari beredar. Ariana tersentap dengan tindakan Ammar Afi. Tajam matanya memandang ke arah Ammar Afi, menzahirkan rasa tidak senang dengan perbuatan lelaki itu.
                Ammar Afi tidak mempedulikan wajah amarah Arianna yang memprotes tindakannya. Dia cuma mahukan penjelasan daripada Arianna. “Kenapa Ari marah-marah macam ni? Kalau Ari tak cakap I tak tahu puncanya!”bidas Ammar Afi.
                Arianna mengecilkan matanya. “Betul ke awak tak tahu atau pura-pura tak tahu?”provok Arianna.
                “I memang tak faham Ari. Cuba cerita apa yang buatkan Ari marah sangat ni? Dah tiga hari Ari macam ni. Saya pun bingung tahu tak?”tingkah Ammar Afi. Dia mahu tahu apa yang membuatkan wanita itu marah benar padanya. Tiga hari perang dingin dilancarkan Arianna dan selama itulah Ammar Afi tidak senang duduk.
                “Baik. Kalau macam tu cuba awak bagitahu mana awak pergi hari Ahad hari tu?”soal Arianna.
                Ammar Afi diam seketika. Hari Ahad dia ada bersama Samira di KLCC untuk membeli cincin buat Arianna. Ammar Afi memandang wajah Arianna yang ingin tahu. Ammar Afi tidak mahu perancangannya untuk melamar Arianna terbongkar. Itu adalah kejutan yang mahu dilakukannya pada harijadi Arianna minggu depan. Ammar Afi tahu dia harus berbohong kali ini.
                “Err…hari tu saya ada kat rumahlah. Kenapa Ari tanya?”
                Mencerlang mata Arianna mendengar jawapan Ammar Afi yang diketahuinya adalah satu pembohongan yang nyata. Kenapa perlu menipunya? Apakah Ammar Afi cuba mempermainkan perasaannya dengan Samira? Apakah yang cuba dirancang lelaki itu?
                “Rumah?”
                Ammar Afi mengangguk mengiyakan kembali pertanyaan Arianna yang seolah-olah curiga dengan jawapannya. Hatinya berdebar-debar bimbang Arianna akan tersalah sangka akan perkara sebenar.
                “Kenapa Ari tanya pasal tu?”tanya Ammar Afi pula, agak pelik apabila Arianna tiba-tiba menanyakan keberadaannya pada hujung minggu lepas sedangkan Arianna tidak pernah mengambil tahu tentang hal itu selama mereka berdua bercinta.
                “Awak tak tipu? Betul awak ada kat rumah?”duga Arianna lagi. Cuba memprovok Ammar Afi supaya memberitahu hal yang sebenar.
                “Betullah... Kenapa ni?”
                Arianna diam. Matanya tunak memandang wajah Ammar Afi yang langsung tiada riak bersalah kerana menipunya. Biarpun Arianna tahu Ammar Afi membohonginya namun Arianna sengaja berpura-pura tidak tahu untuk menguji sejauh mana keikhlasan Ammar Afi terhadap dirinya. Arianna merasakan Ammar Afi mempermainkan dirinya.
Mungkin juga Ammar Afi ada melakukan perkara yang sama terhadap arwah Arissa dahulu. Memerangkap Arissa dengan janji dan kata-kata manis supaya Arissa jatuh ke dalam genggamannya. Namun bukan semudah itu untuk memerangkap diri Arianna. Arianna tahu siapa Ammar Afi sebenarnya maka Arianna tidak akan membiarkan Ammar Afi memperkotak-katikkan dirinya.
                “Are you sure you are at home on that day Afi?”soal Arianna sekali lagi dengan lebih tegas.
                Ammar Afi semakin hairan dengan sikap Arianna yang seakan-akan mempersoalkan kata-katanya. Masakan Arianna tahu tentang lamarannya? Tapi itu adalah mustahil kerana hanya dia, mama, papa dan Samira sahaja yang tahu. Jadi kenapa Arianna tidak mempercayai jawapannya? Ammar Afi mula keliru.
                “Okay petang tu I memang ada keluar tapi temankan mama beli barang-barang dapur. Itu sahaja…”
                Arianna mengetap gigi menahan rasa amarah. “Saya dah bagi peluang supaya awak berterus terang tapi awak tetap pilih untuk terus bohong saya. Kalau itu yang awak nak baiklah. Saya tak mahu bersama dengan orang yang tak jujur!”bidas Arianna lalu merentap pegangan Ammar Afi di lengannya dengan kasar. Terpelangah seketika Ammar Afi apabila Arianna berkasar sebegitu.
                Ammar Afi memaut sekali lagi lengan Arianna, menghalang Arianna daripada keluar. “Ari..I….”
Belum sempat Ammar Afi meneruskan kata-katanya, mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran Haikal secara tiba-tiba. Tiba-tiba sahaja suasana menjadi sunyi dan janggal. Haikal tidak berkelip memandang ke arah Ammar Afi yang memegang lengan Arianna. Ammar Afi yang menyedari perbuatannya segera melepaskan pegangannya. Arianna turut malu dengan situasi tersebut. Tanpa berlengah Arianna segera menggunakan peluang tersebut untuk keluar. Ammar Afi tidak dapat berkata apa-apa memandangkan Haikal berada di situ.
                “Maaf saya tak tahu yang encik…”
                “It’s okay Haikal…”pintas Ammar Afi lalu kembali ke kerusinya. Haikal yang kelihatan serba salah dengan apa yang berlaku di antara bosnya dengan Arianna menghampiri meja Ammar Afi. Wajah bosnya kelihatan tegang. Dengan teragak-agak Haikal menyerahkan laporan yang diminta Ammar Afi semalam. Tanpa memandang Haikal, Ammar Afi mengambil fail tersebut dan membacanya sepintas lalu. Fikirannya berkecamuk dengan perubahan sikap Arianna.

                Arianna terkejut apabila melihat sekujur tubuh milik Ammar Afi sedang bersandar di keretanya sambil memeluk tubuh. Beria-ia dia ingin pulang awal hari ini kerana mahu mengelakkan diri daripada Ammar Afi namun lelaki itu telah pun mendahuluinya. Tidak pula dia perasan kelibat Ammar Afi keluar dari pejabat tadi. Dengan langkah terpaksa Arianna berjalan menuju ke kereta miliknya. Arianna sedar ketika itu mata Ammar Afi tepat ke arahnya memandang setiap pergerakannya. Biarpun rasa kurang selesa namun Arianna cuba berlagak biasa.
                “Don’t you have something to say Ari?”soal Ammar Afi serius apabila Arianna menekan alarm keretanya. Arianna mengangkat wajah memandang Ammar Afi.
                “Do I?”soal Arianna pula. Sengaja mahu menyakitkan hati Rifqi sedangkan Arianna tahu apa yang Rifqi mahukan darinya.
                “Come on Ari. Jangan berteka-teki macam ni. I betul-betul bingung dan tak tahu apa yang buatkan Ari marah sangat. Kan lagi senang kalau Ari terus terang saja apa masalah sebenar…”
                Arianna mencampakkan begnya ke dalam perut kereta dengan rasa marah yang membuak. Pintu kereta dihempas kuat, menzahirkan amarah. “Awak tu yang patut bagitahu saya apa sebenarnya yang berlaku!”bentak Arianna.
                Ammar Afi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bingung memikirkan punca dan musabab mengapa Arianna marah sebegitu rupa. Pertama kali wanita itu merajuk dengannya dan untuk itu juga Ammar Afi tidak tahu di mana silap dan salahnya. Dipandang wajah Arianna yang tegang.
                “Please Ari…kalau Ari asyik cakap macam ni macam mana I nak faham? I betul-betul tak tahu ni!”
                “Listen here Afi. Selama ni saya bina tembok di dalam hati saya untuk cinta dan lelaki. Bagi saya itu semua hanya akan menyebabkan saya terluka. Dan awaklah yang berjaya meyakinkan saya bahawa percintaan itu tidaklah seteruk tu. Awak yang buatkan saya percaya semua kata-kata manis awak. Tapi sekarang ni baru saya tau yang awak cuma nak main-mainkan hati dan perasaan saya macam yang pernah awak buat pada perempuan lain!”tegas Arianna. Melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap Ammar Afi yang cuba mempermainkan dirinya. Dan untuk apa dia merasa begitu kecewa Arianna sendiri tidak dapat menafsirkan perasaan yang bergejolak di dalam hatinya kini.
                “Ya Allah, Ari! Apa yang Ari cakap ni? I memang tak fahamlah. Bila masa pulak I main-mainkan Ari? Perasaaan I selama ni memang ikhlas Ari. Dah lama I tak rasakan bahagia macam ni. Ari adalah perempuan yang paling I sayang. Percayalah,”kata Ammar Afi menyangkal dakwaan Arianna. Ammar Afi jadi bingung memikirkan kenapa Arianna tiba-tiba sahaja mempertikaikan perasaannya. Siapa pula yang menghasut? Duga Ammar Afi.
                Arianna merengus kasar. Ammar Afi boleh berkata apa sahaja ketika ini. Sedangkan matanya sendiri menjadi saksi akan kecurangan dan penipuan Ammar Afi. Lelaki itu benar-benar licik dalam memperdayanya. Seketika Arianna merasakan kejujuran Ammar Afi pada dirinya sebelum ini biarpun hatinya kuat untuk menolak daripada bercambahnya rasa terhadap lelaki itu. Tatkala dendam yang menjadi penghalang di antara perasaannya terhadap Ammar Afi, Arianna bagaikan tersedar dari mimpi. Ammar Afi benar-benar lelaki yang tidak boleh dipercayai. Itu telah menguatkan lagi andaiannya selama ini.
                “Ikhlas? Awak tak jujur Afi!”bidas Arianna geram.
                Ammar Afi terkejut. “Tak jujur apanya Ari?”soal Ammar Afi.
                “Saya tanya sekali lagi Afi. Baik awak berterus terang dengan saya kalau tak sampai sini sajalah hubungan kita!”ugut Arianna.
                Ammar Afi tersentak. “Apa yang Ari nak tahu sangat ni? Pernah ke I bohong you Ari?”
                Arianna menarik nafas sedalam-dalamnya. “Ke mana awak hari Ahad hari tu? Dengan siapa? Untuk apa? Be frank Afi…”
                Ammar Afi diam seketika. Mengapa Arianna perlu bersungguh-sungguh untuk mengetahui ke mana dia hujung minggu yang lalu? Apakah Arianna tahu tentang dia dan Samira di Habib Jewel KLCC? Itukah yang mnjadi punca kemarahan Arianna? Apakah Arianna telah menyalahertikan pertemuannya dengan Samira? Cemburukah Arianna?
                Ammar Afi merenung wajah Arianna. Di anak mata wanita itu jelas mempamerkan rasa ingin tahu. Dan di wajah cantik itu Ammar Afi dapat mengesan riak cemburu Arianna. Mungkin juga Arianna cemburukan Samira. Sebelum ini pun Arianna pernah berkias dengannya tentang perhubungannya dengan Samira. Ammar Afi pasti bahawa Arianna sebenarnya mencemburui persahabatannya dengan Samira. Dalam sedar tidak sedar Ammar Afi menguntumkan senyum. Gembira kerana dia tahu sekurang-kurangnya Arianna punya rasa cemburu di dalam dirinya biarpun wanita itu tidak pernah menyuarakannya.
                Memandang sahaja senyuman yang terukir di bibir Ammar Afi mengundang rasa hairan di hati Arianna. Mengapa pula Ammar Afi tersenyum? Tidak nampakkah yang dia sedang marah ketika ini? Bukannya Ammar Afi mahu menerangkan perkara sebenar sebaliknya tersenyum sendiri. Ini menambahkan lagi rasa bengang Arianna.
                “Yang awak ni senyum-senyum kenapa? Saya buat lawak ke kat sini Afi?”marah Arianna.
                Ammar Afi ketawa perlahan. “Okay, sorry. Tapi I musykillah Ari. Yang buatkan you marah sangat ni pasal I dengan Samira ke?”duga Ammar Afi.
                Tersentap Arianna mendengar dakwaan Ammar Afi yang memang kena pada tempatnya. Arianna cuba menyembunyikan rasa gelisahnya. Tidak mahu Ammar Afi dapat membaca isihatinya. “Kenapa pulak saya nak marah? Dia kan kawan awak…”bohong Arianna.
                Senyuman di bibir Ammar Afi semakin mekar tatkala Arianna tidak memandang wajahnya saat menafikan tuduhannya. Anak mata wanita itu bergerak ke kiri dan ke kanan, menyembunyikan perasaannya.
                “Kalau bukan kenapa Ari nak tahu sangat Ike mana Ahad hari tu? I rasa Ari pun tahu yang I keluar dengan Samira kan? Kalau tak, takkanlah Ari melenting macam ni. Betul tak apa yang I cakap?”duga Ammar Afi lagi.
                Arianna menggelabah. Hish, kenapalah aku perlu tanya pada dia tentang tu? Tak pasal-pasal dia tahu aku marah dan cemburu! Bodoh betullah kau ni Arianna! Getus Arianna di dalam hati. Wajahnya mula merona merah menahan rasa malu. Matanya tunduk merenung lantai, malu untuk menatap Ammar Afi yang sedang galak memandangnya.
                 “Ari nampak I dengan Samira kat KLCC kan?”
                Arianna mengetap bibir. Malu yang menyelubunginya membuatkan Arianna tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Ammar Afi.  Ammar Afi meraih kedua-dua jemari Arianna, diramas lembut.
                “Ari, rasanya saya pun pernah cakap sebelum ni tapi saya ulang lagi sekali supaya awak takkan salah faham lagi. Antara saya dengan Samira memang sekadar kawan sahaja. Lagipun kami kenal dah lama so tak hairanlah kalau kami rapat. Samira sendiri pun gembira bila dia tahu yang saya bersama dengan awak. Kalaulah betul Samira mempunyai perasaan terhadap saya dah lama dia berterus terang tapi tidak. Samira yang saya  kenal tak pernah cuba selindung apa-apa. Awak tak payahlah nak fikir yang bukan-bukan…”jelas Ammar Afi. Ammar Afi mahu Arianna memahami dirinya dan erti persahabatan di antara dia dan Samira.
                Arianna memandang tepat ke wajah Ammar Afi. Ada kejujuran yang terpancar di anak mata lelaki itu. Arianna tahu Ammar Afi bercakap benar. Selama ini pun Ammar Afi memang suka berterus-terang dalam semua perkara. Arianna percaya apa yang Ammar Afi terangkan, hanya cemburu yang terbit di sanubari membuatkan Arianna hilang pertimbangan seketika. Apatah lagi Ammar Afi pada mulanya tidak menceritakan tentang pertemuannya dengan Samira di KLCC.
                “Okay saya faham awak dan dia berkawan. Tapi untuk apa awak berjumpa dia di KLCC? Dekat Habib pulak tu?”soal Arianna, menekankan perkataan HABIB agar Ammar Afi mengerti dia benar-benar musykil tentang hal tersebut. Ammar Afi tergelak. Dicuit manja hidung Arianna. Arianna menepis perlahan. Dia mahu mendengar penjelasan Ammar Afi.
“Yang tu rahsia. Saya tak boleh cakap buat masa ni…”kata Ammar Afi cuba menyembunyikan agendanya.
                Arianna mencebik. ‘Rahsia konon. Kalau betullah awak…”
                “Itu rancangan saya dan Samira cuma menolong. Jangan salah faham okay?”pintas Ammar Afi cuba mematikan perasaan curiga Arianna. Arianna memandang ke arah Ammar Afi. Arianna malas untuk terus berbahas dengan Ammar Afi soal Samira. Itu semua tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya dalam menjalankan misinya. Apa yang penting baginya sekarang adalah perasaan Ammar Afi terhadapnya. Arianna mahu menggunakan perasaan lelaki itu untuk membalas dendam. Seandainya Ammar Afi beria benar menafikan maka Arianna antara percaya atau tidak harus menerimanya.