Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Wednesday, 30 April 2014

MHC : BAB 25



Bukan mudah bagi Ammar Afi untuk mendapatkan jawapan Arianna. Semenjak dia meluahkan isihatinya pada malam ulangtahun Enigma minggu lepas, Arianna masih membisu. Ammar Afi sendiri tidak dapat membaca apa yang berada di dalam hati Arianna. Sejak malam itu, Arianna seperti biasa melakukan tugasnya di pejabat. Hanya berbicara tentang urusan pejabat. Perbualan mereka berdua hanya menjurus kepada urusan rasmi sahaja.
                “Afi…”
                Suara Datin Marlia mengejutkan Ammar Afi yang mengelamun. Ammar Afi menoleh ke arah mamanya yang sudah pun berada di dalam biliknya. Ammar Afi mengemaskan fail-fail dan kertas yang berselerakan di atas meja kerjanya. Datin Marlia melabuhkan punggung berhadapan dengan Ammar Afi.
                “Banyak sangat ke kerja sampai bawa balik kat rumah ni?”soal Datin Marlia lembut. Seringkali dia melihat anak lelakinya itu membawa pulang kerja-kerja yang tidak sempat disiapkan di pejabat.
                “Biasalah mama. Sekarang ni banyak projek yang nak kena siapkan jadi terpaksalah Afi settlekan cepat-cepat,”jawab Ammar Afi.
                Wajah lesu Ammar Afi ditatap dengan penuh kasih sayang. “Macam mana dengan appointment Afi hari tu? Uncle Zahir ada cakap apa-apa?”tanya Datin Marlia.
Sudah lama dia ingin bertanyakan hal itu kepada Ammar Afi namun kesibukan Ammar Afi membataskan waktunya untuk berada di rumah. Apabila pulang hari sudah pun menjengah ke tengah malam. Ketika itu Datin Marlia sudah pun terlena. Kemudian mereka sibuk menguruskan majlis ulangtahun Enigma yang ke-15 pada minggu lalu. Hanya pada hari ini Ammar Afi pulang awal dan Datin Marlia berkesempatan untuk berbual dengan Ammar Afi. Malah ada sesuatu yang mahu ditanyakan tentang peristiwa di hotel minggu lepas.
“Okay saja. Kitaorang cuma borak-borak biasa saja…”
“Borak biasa? Selain daripada tu?”
Ammar Afi memandang Datin Marlia. Riak wajah yang terpamer menunjukkan rasa ingin tahu mamanya. Ammar Afi tahu Datin Marlia risaukan dirinya. Pastinya sejak kepulangannya ke Malaysia menimbulkan kebimbangan di hati mamanya.
“Ma, don’t worry too much okay? I’m fine and I’m gonna be fine also. Mama risau-risau macam ni nanti mama pula yang sakit. Afi okay, sihat, happy….”pujuk Ammar Afi.
Datin Marlia mengeluh. “Mama tak mahu…”
“Afi faham. Mama takut Afi jadi macam dulu. Tapi mama jangan risau, Afi takkan biarkan apa yang pernah terjadi dulu berulang lagi. Afi sekarang dah lebih tenang dan boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara. Mama rileks okay?”celah Ammar Afi.
Wajah anak lelakinya itu ditenung lama. Sememangnya Ammar Afi sudah banyak berubah jika dibandingkan ketika arwah Arissa baru meninggal. Tekanan perasaan yang dialami oleh Ammar Afi menjadikan lelaki itu sekadar terperuk di dalam biliknya sepanjang hari. Ammar Afi langsung tidak mempedulikan makan dan minum, sekadar duduk di penjuru biliknya sambil memegang gambar Arissa. Manakala, setiap malam Ammar Afi diganggu mimpi-mimpi ngeri tentang Arissa.
Zahir ketika itu mengatakan Ammar Afi menyalahkan dirinya sendiri di atas kematian Arissa. Ammar Afi merasakan dia mampu menghalang kejadian itu daripada berlaku. Ammar Afi sedar akan niat jahat Fikri dan Hazri yang sering mengacau Arissa di kuliah namun Ammar Afi tidak pernah terfikir mereka berdua akan sanggup melakukan itu semua.
“Macam mana dengan Arianna? Afi suka dia ke?”soal Datin Marlia tiba-tiba membuatkan Ammar Afi terkejut. Tidak senang duduk dirinya ketika ini. Pastinya Datin Marlia dapat menghidu perasaannya terhadap wanita itu. Selama ini pun Datin Marlia amat memahaminya.
“Kenapa mama tanya Afi macam tu?”tanya Ammar Afi pula cuba untuk berdalih.
“Mama dapat rasa yang Afi suka dia….”luah Datin Marlia.
Amar Afi tersenyum malu. “Apa pendapat mama?”
“Arianna baik orangnya. Papa dan mama memang sukakan dia selama ni. Tapi mama cuma nak tahu. Afi sukakan dia sebab dia mirip Arissa ke?”
Ammar Afi diam seketika. Dia dapat mengagak mamanya pasti akan menanyakan hal itu. Pada dasarnya Ammar Afi tertarik dengan Arianna yang mempunyai raut seakan-akan Arissa. Arianna mengingatkan Ammar Afi tentang Arissa yang menawan. Namun, itu bukanlah sebab utama kerana Ammar Afi menyukai Arianna kerana diri Arianna sendiri. Dalam sedar tak sedar sikap Arianna menarik minat Ammar Afi. Arianna membuatkan Ammar Afi lupa tentang kisah hitamnya. Arianna menyinari hidupnya yang suram. Arianna yang sentiasa serius itu perlahan-lahan menawan hati Ammar Afi.
“Mama harap Afi fikir betul-betul. Mama tak kisah siapa pun pilihan Afi, tapi kalau ianya berkaitan dengan kisah silam Afi, mama dan papa tak akan izinkan. Lagipun mama tak mahu Afi lukakan hati Arianna….”sambung Datin Marlia setelah Ammar Afi sekadar membisu.
Ammar Afi melepaskan keluhan seraya bangun dari kerusinya lalu duduk di birai meja mendekatkan jaraknya dengan Datin Marlia. Ammar Afi memegang kedua-dua belah tangan Datin Marlia. Ditatap wajah mamanya dengan penuh rasa sayang yang menggunung.
“Afi dapat lupakan kisah silam bila dengan Arianna. Afi suka Arianna kerana Arianna adalah Arianna. Mama dan papa jangan risau. Afi janji yang selepas ni Afi akan hidup bahagia….”ucap Ammar Afi lalu mengucup manja pipi Datin Marlia. Datin Marlia membalas dengan pelukan erat.
“So lagu yang ditujukan pada someone minggu lepas tu untuk Arianna lah ya?”teka Datin Marlia. Senyuman mekar menghiasi wajahnya.
Ammar Afi tersengih. Tiada apa yang dapat disorokkan dari pengetahuan Datin Marlia. Mamanya memang dapat membaca hatinya dengan mudah. Tiada niat untuk mengelak mahu pun berbohong, Ammar Afi mengangguk perlahan. Mengiyakan tekaan mamanya dengan rasa sedikit segan. Datin Marlia senyum senang. Sebelum beredar dikucup perlahan di kepala Ammar Afi dengan penuh rasa kasih dan sayang. Ya Allah, biarkanlah Afi bahagia kali ini!
Ammar Afi memerhatikan langkah Arianna yang meninggalkan ruangan pejabatnya selepas menyerahkan beberapa fail kepadanya untuk diperiksa dan ditandatangani. Ammar Afi sedikit kecewa kerana setelah sebulan Arianna masih tidak memberikannya jawapan.
Ammar Afi sendiri tidak tahu samada Arianna mahu menerimanya atau tidak. Tiada sebarang petanda daripada tingkah laku Arianna yang dapat Ammar Afi rumuskan apa yang terpendam di hati wanita itu. Dari dahulu hingga kini, Arianna suka bersikap misteri.
Ammar Afi menyelak fail di hadapannya malas. Mata Ammar Afi tertancap pada sekeping nota “post it” berwarna kuning yang dilekatkan di atas surat yang perlu ditandatanganinya. Anak mata Ammar Afi bergerak-gerak membaca setiap bait dan patah kata yang tertulis.
“Andai cinta itu memerlukan usaha dan keyakinan, saya mahu mencuba”
-Arianna-
Ammar Afi membaca beberapa kali tulisan tangan milik Arianna dengan seribu rasa. Ammar Afi seakan tidak percaya Arianna akan memberikan jawapannya menggunakan cara tersebut. Rasa terkejut saat pertama kali membaca jawapan Arianna bertukar perlahan-lahan menjadi gembira. Senyuman lebar menghiasi wajah Ammar Afi saat ini. Ammar Afi mengangkat gagang telefon di sisinya dan menekan nombor 1.
“Ya encik Ammar?”suara Arianna kedengaran di corong telefon.
“Terima kasih untuk jawapan Arianna,”ucap Ammar Afi.
“Dan terima kasih kerana sudi menunggu lama…”sambut Arianna.
“I will make you happy Arianna,”tutur Ammar Afi, mula mengatur janji.
“Samalah. Saya harap encik Ammar dapat terima saya seadanya…”
“I love you for what you are Arianna. And please, throw away the formality and from now on just Afi. Okay?” usul Ammar Afi yang mahu Arianna memanggilnya dengan  nama ‘Afi’, nama yang menjadi panggilan manjanya.
“Emm, tapi di pejabat encik masih bos saya.”
Ammar Afi tergelak perlahan. “Okay Arianna…let’s make it formal at the office…”
Arianna meletakkan gagang telefon. Terukir senyuman sumbing di bibirnya. Dia tahu Ammar Afi sudah pun masuk ke dalam jeratnya. Mulai saat ini, dia harus berpura-pura menyukai lelaki itu. Bila tiba masa yang sesuai Arianna akan menghancurkan hidup lelaki bernama Ammar Afi itu. Ketika itu nanti, dendam yang membara di dalam hatinya selama ini akan terlunas.
Tidak sukar bagi Arianna untuk menawan hati Ammar Afi, lebih-lebih lagi pastiya Ammar Afi akan tertarik dengan wajahnya yang seiras wajah arwah kakaknya. Apa yang penting baginya kini adalah memenangi kepercayaan lelaki itu seratus peratus terhadap dirinya. Arianna mahu Ammar Afi tidak mampu hidup tanpanya. Arianna mahu Ammar Afi menggilai dirinya sehebat mungkin. Arianna mahu Ammar Afi tidak akan sesekali berpaling tadah mahupun mencurigai niatnya selama ini.
Wajah ahli keluarganya terbayang satu persatu. Arianna merasakan rancangannya kini hampir berjaya. Adik akan pastikan dia merana Along! Adik akan pastikan kematian Along akan terbela. Adik takkan biarkan lelaki itu bahagia setelah apa yang dia lakukan pada Along! Ini janji Adik!

                Arianna membuka matanya dengan perasaan malas. Rasa mengantuk masih menghantui namun bunyi loceng pintu yang bertalu-talu memaksanya untuk bangun. Terkulat-kulat Arianna di atas katil. Arianna menggeliat dengan sepenuh hati sebelum melepaskan keluhan malas. Ish, siapa la yang datang pagi-pagi macam ni? Rungut Arianna. Jam loceng di atas meja yang terletak di sisi katil dikerling. Baru pukul 9.30 pagi.
                Usai membasuh muka dan menggosok giginya, Arianna segera menuju ke pintu dengan pajama yang masih tersarung di tubuhnya. Sesekali dia menguap menandakan tidurnya masih belum cukup. Dengan rasa malas Arianna membuka pintu seraya menguap.
                “Amboi anak dara menguap….”
                Teguran suara yang garau membuatkan Arianna terkejut. Terundur selangkah ke belakang dengan mata yang terkebil-kebil memandang lelaki yang berdiri di sebalik grill pintu apartmentnya. Arianna terkedu seketika melihat Ammar Afi yang tersenyum lebar dengan tangan yang tersilang ke belakang.
                Arianna berdehem perlahan dengan rasa malu apabila Ammar Afi terlihat nguapannya sebentar tadi. Ish!
 “Kenapa pagi-pagi kat sini?”soal Arianna.
                Ammar Afi melebarkan lagi senyumannya. Tangan yang tersilang dikalihkan menghulur jambangan bunga mawar merah pada Arianna. Arianna terkejut sebelum menghadiahkan senyuman yang dibuat-buat. Buatlah apa saja Ammar Afi, aku takkan sesekali jatuh ke dalam permainan cinta kau!
                Arianna membuka pintu grill lalu menyambut jambangan mawar tersebut. Ammar Afi yang masih berdiri tegak di muka pintu dipandang. “Maaf saya tak boleh ajak masuk sebab saya duduk sorang saja dalam rumah ni. Tak elok kalau jiran nampak…”beritahu Arianna.
                Ammar Afi mengangguk mengerti. Dia faham kerana dia sendiri juga tidak betah untuk masuk ke dalam rumah seorang wanita tanpa sebarang ikatan. Iman di dada masih teguh biarpun dia bukanlah sebaik imannya seorang Imam. Ammar Afi masih menjaga tatasusila sebagai orang Islam biarpun bertahun duduk di luar Negara. Segala ajaran dan ilmu yang diajar oleh mama dan papanya sentiasa disematkan dan menjadi pegangan.
                “It’s okay…I datang ni nak ajak Ari keluar jalan-jalan…”
                Arianna mengerutkan kening. “Jalan-jalan? Ke mana?”
                “Ke mana saja…Jomlah…”
                Arianna angguk setuju.
                “I tunggu dalam kereta….”
               
                Arianna menutup pintu. Derapan langkah Ammar Afi masih jelas kedengaran sebelum lama kelamaan hilang. Arianna tunduk memandang bunga mawar di tangan. Merah, cantik dan segar. Dibawa mawar itu ke hidung. Lama kelopak bunga tersebut menyentuh lembut hidungnya menyebarkan bau yang sangat manis dan segar. Arianna dibaluti satu perasaan indah.
                Mata yang terpejam menghayati bunga pemberian Ammar Afi dibuka perlahan sebelum Arianna mengukir senyuman sinis. Bunga di tangan pantas dicampak ke dalam tong sampah yang terletak berhampiran dengan pintu. Membiarkan sahaja bunga tersebut menghuni tempat yang paling tidak layak. Sepatutnya bunga itu di situ! Apa sahaja pemberian lelaki itu ibarat sampah pada Arianna.
                Arianna sengaja mengambil masa hingga hampir sejam untuk bersiap. Sengaja melambatkan setiap tingkah laku untuk membuatkan Ammar Afi menunggu lama. Biarpun lelaki itu langsung tidak menggesa namun Arianna tahu pastinya lelaki itu tidak senang duduk menantinya turun. Arianna menilik tubuhnya yang tersarung blaus berwarna putih dan jeans. Lebih ringkas dan santai berbanding pakaiannya ke pejabat.
                Arianna merapati RX300 milik Ammar Afi. Enjin kereta yang sudah dihidupkan itu kedengaran jelas. Arianna mengecilkan matanya menyorot di sebalik tingkap di bahagian pemandu. Sebaik sahaja mendekati kereta Ammar Afi, Arianna menjengah melihat tubuh Ammar Afi. Mengintai sesusuk tubuh lelaki itu yang terlena. Pasti lama menanti hinggakan lelaki itu tertidur.
                Asyik Arianna memerhatikan wajah tenang Ammar Afi. Lama dia merenung setiap inci wajah Ammar Afi. Dari rambut berkalih pada kening lebat milik Ammar Afi. Mata yang terpejam rapat itu memperlihatkan alis matanya yang panjang dan lentik. Kemudian anak mata Arianna berkalih pula pada bibir Ammar Afi yang agak kemerahan. Arianna dapat merasakan dadanya yang berdebar. Tangannya dilekapkan ke dada, merasai denyutan jantungnya yang semakin cepat. Kenapa? Perasaan apakah ini? Kenapa rasa macam ni?
                Ammar Afi terpisat-pisat bangun apabila terdengar ketukan di cermin kereta. Menggenyeh mata yang masih layu sebelum tersengih melihat Arianna. Ammar Afi memberi isyarat kepada Arianna supaya masuk ke dalam kereta. Arianna menurut tanpa banyak soal.
`               “Maaf I tertidur…”ucap Ammar Afi ketika Arianna sudah pun berada di dalam perut kereta. RX300 milik Ammar Afi terus meluncur laju di atas jalan raya.
                “It’s okay…”Arianna mengerling Ammar Afi di sisinya. Tiada tanda-tanda lelaki itu akan menanyakan tentang kelewatannya. Apakah lelaki itu langsung tidak kisah? Apakah lelaki itu tidak marah kerana dia mengambil masa yang lama untuk bersiap hingga lelaki itu tertidur di dalam kereta? Arianna memberontak sendirian.
                “Ari tak kisah ke keluar dengan I hari ni? Yelah, mana tahu time weekend macam ni Ari nak berehat kat rumah je,”usul Ammar Afi.
                Arianna diam seketika. “Kalau saya kisah saya takkan ikut awak sekarang ni…”balas Arianna. Kedengaran tawa halus Ammar Afi menerjah ke gegendang telinganya. Selepas itu lelaki itu terus menumpukan pada pemanduannya. Membiarkan suasana di dalam kereta hanya ditemani dengan celoteh DJ radio di saluran SuriaFM. Arianna sendiri tidak tahu topik apa yang hendak dibualkan. Sedikit sebanyak hubungan yang baru sahaja ingin memekar itu kelihatan sedikit canggung.

MHC : BAB 24



‘Ulangtahun Enigma Corporation ke 15’.
 Arianna membaca setiap baris perkataan yang di susun atur di dinding ballroom hotel tersebut. Suasana yang dihiasi lampu neon yang malap menjadikan suasana majlis tersebut begitu eksklusif di tambah dengan hiasan yang menggunakan bunga ros merah dan putih yang segar. Para tetamu yang hadir turut berpakaian elegan, sesuai dengan majlis yang bertemakan elegan dan klasik.
                Arianna membetulkan selendang yang membalut bahunya daripada terjatuh. Gaun malam berwarna pink yang mendedahkan bahunya yang lebar itu dibeli khas untuk majlis tersebut. Sengaja memilih gaun yang ringkas agar gayanya tidak keterlaluan dan menonjol. Ramai pekerja-pekerja Enigma yang turut hadir pada malam itu memakai pakaian yang agak bergaya dan menarik. Pastinya mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melaram pada majlis sebegitu. Apatah lagi bukan selalu syarikat mengadakan majlis besar seperti ini yang turut melibatkan para pekerja.
                “Cantik malam ni!”
                Teguran seseorang membuatkan Arianna terkejut. Diurut dadanya yang tidak sakit sambil menoleh ke arah empunya suara yang sudah pun mengambil posisi di sisinya.
                “Kenapa dekat sini sorang-sorang?”tanya Ammar Afi pula apabila Arianna sekadar berdiri di sudut yang agak terlindung di dalam ballroom itu. Lama juga dia memerhatikan Arianna yang bersendirian di situ dengan gelas minuman di tangan. Air di dalam gelas juga baru separuh diminum. Sengaja dia mengambil masa memerhatikan tingkah laku Arianna dari kejauhan sebelum datang menegur.
Apatah lagi sejak kejadian dia dikacau Zakuan minggu lepas, hubungan mereka berdua juga berubah semakin dingin. Arianna tidak banyak bercakap dan dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan.
                Arianna berdehem. “Saja. Lagipun majlis macam ni tak sesuai dengan saya.”
                Ammar Afi memandang Arianna di sisinya. “Tak sesuai?”
                “Maksud saya kalau ramai orang macam ni saya tak selesa,”jelas Arianna.
                “Oh…habis tu nanti kalau you kahwin tentu orang ramai datang kan?”duga Ammar Afi pula.
                “Siapa kata saya nak kahwin?”tingkah Arianna pantas.
                Terangkat kening melihat reaksi pantas Arianna. Ammar Afi ketawa kecil. “So you tak nak kahwin la ni? You ni anti-perkahwinan ke? Atau anti lelaki?”usul Ammar Afi. Masih terngiang-ngiang tangisan Arianna yang membentak mengatakan dia membenci lelaki.
                Arianna diam. Anti-lelaki? Persoalan itu berlegar di dalam mindanya kini. Apakah dia boleh dikategorikan sebagai anti-lelaki? Selama ini Arianna tidak pernah berdampingan dengan mana-mana lelaki. Arianna seakan-akan fobia setelah apa yang menimpa arwah Arissa. Arianna enggan untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki. Bagi Arianna hidupnya punya satu misi. Dan misinya melibatkan lelaki yang berdiri di sebelahnya itu. Arianna sedar ketika ini hanya dengan mendekati Ammar Afi sahaja menjadikan rancangannya mudah untuk dilaksanakan.
                “Kenapa diam?  Betul ke apa yang I cakap tu?”tanya Ammar Afi setelah Arianna sekadar membisu dan tidak menyangkal tuduhannya tadi.
                Arianna memandang Ammar Afi. “Samada betul atau tidak, saya fikir itu masalah peribadi saya encik Ammar. Walaupun encik ni bos saya, tak semua perkara tentang diri saya encik kena ambil tahu!”bidas Arianna.
                Ammar Afi tersenyum sinis. “I pun tak tanya you sebagai seorang bos.”
                Arianna menghadiahkan jelingan tajam pada Ammar Afi membuatkan lelaki itu tertawa. Suasana yang hingar bingar berubah menjadi sepi dan alunan lagu berentak perlahan memenuhi ruangan ballroom. Beberapa pasangan mula melangkah ke tengah ballroom dan menari mengikut lagu.
                Arianna terpana saat Ammar Afi menghulurkan tangannya seraya membongkokkan badannya sedikit. Arianna jadi serba salah samada untuk menerima pelawaan Ammar Afi yang mahu menari dengannya. Namun kata hati dan tubuh badannya tidak seiring tatkala tangannya menyambut huluran Ammar Afi. Ammar Afi tersenyum senang dengan tindakan Arianna. Pada mulanya bimbang juga seandainya wanita itu akan menolak ajakannya.
                Seiring dengan lagu yang berentak perlahan, tiap langkah diatur kemas dan teratur mengikut melodi. Biarpun Arianna tidak begitu pandai dalam tarian namun Ammar Afi bijak mengawal keadaan dan tidak sedikit pun pergerakan mereka berdua nampak kekok. Malah Ammar Afi begitu professional merencana gerak tari agar langkahnya tidak kelihatan sumbang.
                “I thought you will refuse to dance with me,”kata Ammar Afi sambil matanya tepat memandang wajah Arianna yang kelihatan menawan malam itu.
                Arianna senyum. “I thought so too!”
                Ammar Afi ketawa kecil. “You never failed to make me laugh Arianna…”
                “Saya ni kelakar sangat ke sampai encik selalu ketawakan saya?”soal Arianna pula. Jelik dengan tawa Ammar Afi yang seakan mengejeknya.
                Ammar Afi menggeleng. “You always captured my heart.”
                Arianna tergamam. Pandangannya bersatu dengan Ammar Afi. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Dada Arianna berdebar-debar. Perasaan yang sama hadir lagi buat lelaki itu. Entah mengapa debaran di dada pastinya melantun tatkala Ammar Afi melakukan sesuatu yang berjaya menarik perhatiannya.
 Dan Arianna sedar Ammar Afi juga mengalami perasaan yang sama. Renungan mata lelaki itu menjelaskan segalanya. Di saat ini Arianna sedar Ammar Afi semakin hampir di dalam genggamannya. Diusir jauh debaran yang datang bertandang. Biar apa pun rasa hatinya ketika ini berdetik, namun Ammar Afi tidak betah untuk dicintai. Arianna punya rencana sendiri untuk lelaki itu.
                “And you never failed to tease me Encik Ammar,”balas Arianna pula seraya menyembunyikan getaran di hati.
                Ammar Afi ketawa perlahan. Entah mengapa di saat ini dia merasakan begitu dekat dengan Arianna. Ammar Afi sedar bahawa dia tidak patut lagi menunggu lama untuk memikat Arianna. Jika sebelum ini dia merasa runsing dengan kehadiran Zakuan namun setelah apa yang berlaku sebelum ini membuatkan harapan Ammar Afi menyala kembali. Ammar Afi tidak mahu terus membuang masa lagi. Pada Arianna harus dikhabarkan rahsia hatinya. Namun apakah Arianna akan mengerti dan mampu menerima? Atau cintanya juga ditolak mentah-mentah seperti Zakuan? Ammar Afi mula berlagu bimbang.
                “Would it sound too hasty or will it freak you out if I just say that I like you Arianna?”luah Ammar Afi tanpa rasa malu.
                Arianna terkedu seketika hinggakan langkah tarinya jadi sumbang sebelum Ammar Afi membetulkan kembali kedudukan mereka. Arianna jadi malu sendiri kerana reaksi terlebihnya. Wajah Ammar Afi yang tenang dipandang lama. Debaran di dada semakin bertalu.
                “I’m..I’m pleased that you like me Encik Ammar. Jadi tak adalah masalah dengan kerja nanti kan?”dalih Arianna pula, sengaja mahu bermain tarik tali dengan Ammar Afi. Bukannnya dia terlalu bodoh untuk memahami apa yang dimaksudkan Ammar Afi tadi.
                Ammar Afi tersenyum, mengerti kegelisahan Arianna ketika itu. “Well I know that you do know what I intended just now Arianna…”
                Arianna membalas senyuman Ammar Afi. “So kalau saya faham apa yang encik maksudkan tadi apa yang encik nak buat? Suka ni banyak cabangnya Encik Ammar. Suka sebagai rakan sekerja, suka sebagai orang bawahan, suka sebagai kawan dan suka lebih dari seorang kawan. Jadi, encik Ammar dalam kategori yang mana satu?”duga Arianna pula. Masih bermain dengan gejolak perasaan Ammar Afi.
                Terukir senyuman di bibir Ammar Afi. “Arianna, I bukanlah lelaki yang sentiasa bermain dengan kata-kata. Tapi I ikhlas bila I kata yang you sebenarnya sudah pun menawan hati I,”luah Ammar Afi. Keberanian yang entah dari mana datangnya, Ammar Afi juga tidak tahu. Apa yang Ammar Afi tahu, ketika dan saat yang begitu romantik itu membuatkan Ammar Afi ingin meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
                Arianna ketawa kecil. “Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang lebih cantik dan elegan malam ni. Encik Ammar masih ada banyak pilihan. Saya takut nanti encik rambang mata pula…”
                Serentak dengan itu muzik yang berkumandang habis dimainkan. Langkah Ammar Afi dan Arianna mati. Arianna senyum sebelum mengambil peluang itu untuk beredar. Sengaja dia cuba mendera perasaan lelaki itu. Arianna mahu menduga sejauh mana lelaki itu mahu memerangkapnya dalam mainan cintanya.
                “I betul-betul ikhlas Arianna…”beritahu Ammar Afi lantas mematikan langkah Arianna. Arianna memusingkan badannya menghadap Ammar Afi yang sudah pun hampir dengannya. Wajah lelaki itu kelihatan serius. Arianna dapat membaca kesungguhan lelaki itu.
                “Kenapa saya encik Ammar?”soal Arianna pula.
                “Dan kenapa bukan you Arianna?”tukas Ammar Afi, sengaja bermain tarik tali dengan Arianna.
                “Jangan main-main encik Ammar…”
                “Saya tak main-main!”tegas Ammar Afi.
                Arianna mengeluh. Perbualan di antara mereka yang meleret tanpa hala tuju membuatkan Arianna sebal. Ammar Afi memandang Arianna yang menarik muka apabila dipermainkan sebegitu. Senyuman manis diukir untuk memujuk Arianna.
                “Perlu ke you tahu?”tanya Ammar Afi.
                “Saya nak tahu!”
                Ammar Afi menarik nafas panjang. Wajah Arianna direnung lama sebelum Ammar Afi mengambil keputusan meninggalkan Arianna. Arianna tercengang dengan tindakan lelaki itu. Baru sahaja lelaki itu meluahkan perasaannya namun sekarang berlalu begitu saja. Apakah Ammar Afi sekadar mahu mempermainkan perasaannya? Apakah niat Ammar Afi sebenarnya hanya mahu mengusik sepertimana yang sering dilakukannya sebelum ini? Arianna jadi sebal.
                Geram memikirkan sikap Ammar Afi yang sengaja mahu menaikkan kemarahannya, Arianna mencapai tas tangannya dan mahu beredar meninggalkan majlis tersebut. Tidak lagi mempedulikan hiruk pikuk di dalam dewan tersebut sebaliknya mahu terus pulang ke rumah. Ammar Afi memang sengaja mahu menyakiti hatinya. Argh! Dia sepatutnya tahu permainan lelaki itu terhadapnya. Bukankah lelaki itu juga pernah memerangkap Arissa hingga Arissa hilang nyawa?
                Suasana yang bising bertukar menjadi senyap. Namun Arianna tiada hati untuk berada lebih lama di situ. Kakinya diatur untuk meninggalkan dewan tari menari itu dengan perasaan sebal dan geram.
                “This song is an answer for a question for someone asked me earlier and I really wish that “someone” will understand my heart through this song…”
                Langkah Arianna mati. Dia kenal suara itu, cukup kenal. Badannya yang sudah berada di pintu dewan segera menoleh ke belakang. Mencerun mata Arianna ke arah pentas yang dihiasi dengan piano. Lampu dewan juga sudah bertukar malap malah terdapat satu spotlight terarah ke piano. Arianna melangkah perlahan-lahan cuba mengamati sesusuk tubuh yang duduk di hadapan piano hitam tersebut. Membulat mata Arianna tatkala mengenali seraut wajah itu.
                “Hopefully, after this there is no doubt in the heart for what I feel…This song especially to someone who had captured my heart for so long…”
                Arianna terkesima. Apatah lagi mata lelaki itu terarah ke arahnya bersama senyuman manis. Jari jemari lelaki itu menari-nari di papan kekunci piano dengan penuh kelembutan. Bergema di dalam dewan tersebut dengan petikan piano yang dimainkan oleh Ammar Afi. Arianna jadi tertanya-tanya. Lagu apakah yang dimainkan lelaki itu? Apakah Ammar Afi punya suara yang merdu untuk menyanyi?
If I got down on my knees and I pleaded with you
If I crossed a million oceans just to be with you
Would you ever let me down?

If I climbed the highest mountain just to hold you tight
If I said that I would love you every single night
Would you ever let me down?

Well I'm sorry if it sounds kinda sad, it's just that
Worried, so worried
that you let me down

Because I love you, love you
Love you, so don't let me down

If I swam the longest river just to call your name
If I said the way I feel for you would never change
Would you ever fool around

Well I'm sorry if it sounds kinda bad, just that
Worried, cuz' I'm so worried
that you let me down


                Lagu Because I Love You yang dinyanyikan Ammar Afi menusuk ke jiwa Arianna. Terkesima Arianna mendengar suara Ammar Afi yang merdu mengalunkan lagu Shakin Steven itu yang menerpa ke gegendang telinga. Dan tatkala ini Arianna merasakan dirinya berada di awang-awangan, kakinya tidak memijak ke bumi. Alunan piano yang mengiringi nyanyian Ammar Afi benar-benar memberi seribu getaran di dalam dada Arianna. Arianna tidak ubah seperti dilamun cinta!
                Tepukan gemuruh di dalam dewan mematikan khayalan Arianna. Ammar Afi bangkit dari kerusi dan menundukkan tubuhnya tanda penghargaan di atas penerimaan para tetamu terhadap persembahannya sebentar tadi. Namun mata Ammar Afi hanya tertumpu pada Arianna yang berada tidak jauh dari pentas. Jelas di wajah cantik itu yang terkejut dengan luahan hatinya melalui lagu tersebut. Apakah Arianna dapat merasakan keikhlasannya ketika ini? Ammar Afi bertanya sendiri.
Arianna senyum sebelum mengambil peluang itu untuk beredar. Sengaja dia cuba mendera perasaan lelaki itu. Arianna mahu menduga sejauh mana lelaki itu mahu memerangkapnya dalam mainan cintanya. Ammar Afi mengekori Arianna sehingga ke lobi hotel.
                “I betul-betul ikhlas Arianna…”beritahu Ammar Afi lantas mematikan langkah Arianna. Arianna memusingkan badannya menghadap Ammar Afi yang sudah pun hampir dengannya. Wajah lelaki itu kelihatan serius. Arianna dapat membaca kesungguhan lelaki itu.
                “Kenapa saya encik Ammar?”soal Arianna pula.
                “Perlu ke I bagitahu sebabnya?”persoalan yang sama masih lagi bermain di bibir mereka berdua.
                “Atau Encik Ammar nak saya balas balik budi Encik Ammar yang dah dua kali tolong saya sebelum ni? Saya perlu balas dengan cara ni ke?”provok Arianna pula.
                Ammar Afi terkejut lalu menarik nafas panjang. Wajah Arianna direnung lama. “I ikhlas Arianna. Semenjak kenal dengan you, tahu hati budi you, I mula terpikat. You cheered me up Arianna. I’m happy with you. You make me feel alive once again…”
                Arianna diam. Menerima cinta Ammar Afi bermakna dia selangkah ke hadapan dalam misinya. Namun Arianna tidak mahu semudah itu menerima Ammar Afi. Arianna tidak mahu Ammar Afi memperolok-olokkannya. Jauh di sudut hati Arianna bimbang seandainya lelaki itu sekadar ingin menduganya sahaja. Apatah lagi lelaki itu sering mempermainkannya sebelum ini.
Arianna harus melihat sejauh mana lelaki itu benar-benar mencintainya. Apakah mungkin lelaki itu ada agenda yang tersembunyi? Mungkinkah Ammar Afi mahu memerangkapnya sepertimana yang dilakukannya pada Arissa? Arianna harus berhati-hati apabila memikirkan kesemua kemungkinan itu.
                “Give me time to consider about this encik Ammar.”putus Arianna akhirnya. Sengaja mahu mendera perasaan lelaki itu untuk beberapa hari lagi. Dia mahu lihat sejauh mana lelaki itu akan memburunya. Arianna mahu tahu bagaimana Ammar Afi mahu memerangkapnya. Lelaki itu memang bodoh. Dia tidak sedar bahawa perangkap yang dipasang akan menjerat dirinya sendiri. Arianna mula merasakan kemenangan berada di pihaknya. Along, adik hampir berjaya!