Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Saturday, 8 February 2014

MHC : BAB 19



                
    “Ari!”
                Suara kuat Zarin menyebabkan ketukan jari jemari di papan kekunci computer Arianna terhenti. Kepalanya dipanggungkan melihat ke arah Zarin yang menghampirinya dengan senyuman manis. Biarpun tertanya-tanya dengan sikap Zarin namun Arianna tetap membalas senyuman itu seikhlas mungkin. Pelik juga kerana di waktu kerja sebegini Zarin jarang ke tempatnya melainkan ada perkara mustahak.
                “Flowers for you…”ucap Zarin seraya meletakkan sejambak bunga ros di atas meja Arianna.
                Arianna tercengang. “Eh, bunga? Biar betul ni Zarin? Siapa pula nak bagi bunga kat aku ni? Macam tak logik je,”gumam Arianna dengan nada terkejut. Tiba-tiba sahaja dia mendapat jambangan bunga hari ini. Ros pula tu!
                “Memang untuk kaulah Ari. Dah terang-terang tulis kat kad tu “Dearest Arianna Sofea”. Dalam office ni cuma kau seorang saja nama Arianna Sofea,”balas Zarin seraya ketawa.
                Arianna tersengih. Betul jugak tu. Siapa lagi nama Arianna Sofea kat dalam office ni?
                “Okaylah, aku tak nak kacau kau menikmati keindahan bunga ros ni…tapi let me know the details later.”
                Arianna memandang langkah Zarin yang semakin menjauh seketika sebelum berkalih pada jambangan ros yang berada di atas mejanya. Berkerut dahinya memikirkan kemungkinan siapakah pengirim bunga itu. Arianna mengambil sekeping kad yang terselit di sebalik bunga ros itu.
With lots of love and passionate memory together
-Zakuan-
`               Sebaik membaca sebaris nama milik Zakuan , Arianna mula menarik muka. Bunga ros itu ditolak kasar dengan keluhan di bibir. Memikirkan tentang Zakuan sahaja sudah menaikkan kemarahannya apatah lagi untuk menerima bunga daripada lelaki itu. Arianna semakin rimas dengan kerenah Zakuan.
                Semenjak pertemuannya dengan Zakuan dua bulan lepas di majlis anjuran Kejora Holdings atas jemputan Tan Sri Jazli, lelaki itu sering mengganggunya. Biarpun sudah diberitahu tentang perasaannya terhadap lelaki itu namun entah mengapa lelaki bernama Zakuan Idris itu masih lagi tidak mahu memahami atau lebih tepat lagi berpura-pura tidak faham! Bentak Arianna.
                Buat masa ini Arianna tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya dan mungkin juga dia tidak akan pernah membiarkan mana-mana lelaki masuk ke dalam hatinya. Di dalam hatinya kini hanya penuh dengan perasaan dendam hinggakan tiada ruang sebesar hama sekalipun untuk cinta. Sejak dari dahulu lagi impiannya hanya satu. Kemusnahan hidup Ammar Afi!
                “Nice flowers!”
                Arianna terkejut. Kad yang dipegangnya sedari tadi turut terjatuh ke lantai. Matanya berkalih pada empunya suara yang menegurnya. Ammar Afi sedang tegak berdiri berhampiran dengannya. Baru sahaja dia menunduk ingin mengutip kad yang terjatuh, tindakan refleks Ammar Afi lebih pantas darinya.
                “Hmm… ‘With lots of love and passionate memory together’. Zakuan…”
                Arianna diam. Wajah Ammar Afi ditatap lama. Ingin membaca apakah Ammar Afi merasa cemburu dengan kata-kata yang tertulis di dalam kad itu.
                “Zakuan?” berkerut dahi Ammar Afi cuba memikirkan wajah lelaki yang bernama Zakuan. Seperti pernah mendengar nama itu sebelum ini.
“Zakuan Idris? Arkitek KHSB?”usul Ammar Afi dengan nada terkejut.
                Arianna mengiyakan dengan anggukan perlahan. Masih cuba membaca apa yang terpamer di wajah lelaki itu. Tenang dan bersahaja. Apakah lelaki itu langsung tidak cemburu dengan kad tersebut? Atau sememangnya Ammar Afi tidak pernah menyukainya? Arianna membuat telahan sendiri.
                Kepala Ammar Afi terangguk-angguk perlahan. “Well, I never thought that he had interest on you Arianna..”
                Arianna ketawa sinis dengan kata-kata Ammar Afi. “Encik Ammar ingat saya ni tak laku ke? Apa hodoh sangat ke saya ni sampai tak ada orang nak mengorat saya?”bidas Arianna geram. Lelaki itu seolah-olah memperkecilkan dirinya.
                Ammar Afi menarik nafas panjang. Nampak benar wanita itu terasa dengan kata-katanya sebentar tadi sedangkan bukan itu yang dimaksudkan olehnya. “It’s not what I mean Arianna. Cuma sebelum ni I ada berjumpa dengan dia beberapa kali dan tak pernah pula dia cerita pasal you…”jelas Ammar Afi.
                Arianna memeluk tubuhnya. “So? Perlu ke dia bercerita pada semua orang yang dia nak pikat saya? Dan apa relevannya untuk dia bagitahu Encik Ammar yang dia suka kat saya?”provok Arianna.
                “Err....”Ammar Afi kehilangan kata-kata. Apa yang disampaikan oleh wanita itu ada benarnya. Untuk apa Zakuan mahu memberitahu tentang niatnya yang mahu memikat Arianna? Siapa dia untuk diberitahu terlebih dahulu? Ammar Afi menggaru perlahan hujung keningnya. Tabiat yang sukar dikikis seandainya dia kehilangan kata-kata.
                Arianna memandang Ammar Afi yang tidak keruan. “Are you jealous Encik Ammar?”soal Arianna berani sambil menatap wajah Ammar Afi yang terkejut dengan pertanyaannya itu. Ammar Afi membalas renungan Arianna. Dia tahu wanita itu cuba mengorek rahsia hatinya. Ammar Afi mengukir senyuman lalu badannya dibongkokkan mendekatkan bibirnya ke telinga Arianna.
                “Of course I am Arianna. Sepatutnya bunga tu I yang bagi dulu dekat you tapi Zakuan mendahului I…Tapi I sukakan cabaran ni!”bisik Ammar Afi.
                Arianna terkebil-kebil mendengar luahan Ammar Afi. Saat Ammar Afi beredar menuju ke pejabatnya Arianna dapat menangkap dengan jelas suara Ammar Afi yang ketawa selepas melihat reaksi terkejutnya. Dalam pada niatnya yang mahu memprovok Ammar Afi akhirnya Arianna pula yang berada dalam keadaan gelisah di kerusi.
                Agak lama Arianna seolah-olah tenggelam dalam perasaannya sebelum menyedari niatnya yang sebenar mendekati Ammar Afi. Arianna memejamkan matanya rapat dan cuba mengingatkan dirinya agar tidak terpedaya dengan kata-kata manis Ammar Afi. Namun di dalam hatinya Arianna tetap gembira kerana rancangannya mula membuahkan hasil. Ammar Afi mula menyukai dirinya. Untuk itu Arianna harus bersiap sedia dalam menjayakan fasa seterusnya dalam misi membalas dendam yang diatur selama ini.

                “Hai Ari!”
                Arianna yang baru sahaja melangkah keluar dari bangunan pejabat untuk ke restoren berhampiran tersentak. Ditoleh ke arah empunya suara yang menegur. Membulat mata Arianna memandang Zakuan yang berdiri di sebalik tiang dengan senyuman lebar. Arianna melepaskan keluhan. Tidak senang melihat kehadiran Zakuan di Enigma Corporation secara tiba-tiba itu.
                Zakuan mengatur langkah menghampiri Arianna seraya membuang kaca mata hitam yang melekat di wajahnya. “Hai Ari…”
                “Hai…” Arianna membalas acuh tidak acuh. Matanya meliar mencari kelibat Zarin yang masih belum nampak batang hidung. Rimas dibiarkan berduaan dengan Zakuan di situ. Apatah lagi Arianna tidak pernah menyenangi lelaki bernama Zakuan Idris itu.
                “Dapat tak bunga I?”tanya Zakuan. Matanya memandang Arianna dengan renungan menggoda.
                Arianna mengangguk malas.
                “Suka tak?”
                Arianna angguk lagi. Hadir sekilas di mindanya jambangan bunga ros itu yang sudah pun dicampak di dalam tong sampah.
                “Well, I ingat nak ajak you lunch sama-sama…”usul Zakuan.
                Arianna serba salah dengan pelawaan Zakuan. Dia berharap Zarin segera datang agar dia punya alasan untuk menolak ajakan Zakuan. Lelaki itu memang tidak pernah jemu untuk menganggunya. Apakah lelaki itu tidak tahu atau sengaja berpura-pura tidak tahu bahawa dia tidak pernah menyukai lelaki itu? Bebal ke apa mamat nih? Rungut Arianna di dalam hati dengan perasaan sebal.
                “Jomlah Ari. I saja datang sini nak ajak you makan sama-sama. I don’t think that you will let me down right?”desak Zakuan.
                “Err..I…” Arianna serba salah untuk menjawab. Terukir senyuman di bibir Arianna apabila ternampak kelibat Zarin. Zarin menghampiri Arianna dengan kerutan di dahi. Pelik melihat Arianna dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
                Arianna memaut erat lengan Zarin merapati dirinya membuatkan Zarin semakin kehairanan. “Maaf ye Encik Zakuan. Saya dah janji dengan kawan saya ni…Lain kali sajalah ya?”tolak Arianna.
                Zarin memandang Arianna terpinga-pinga. Masih tidak memahami apa yang berlaku di antara Arianna dan lelaki bernama Zakuan itu. Zarin terdiam sejenak. Zakuan? Berkerut dahi Zarin memikirkan di mana dia pernah mendengar nama itu sebelum kerutan tersebut hilang apabila mengingati lelaki bernama Zakuan itulah yang menghantar sejambak bunga untuk Arianna pagi tadi. Zarin memandang Zakuan dari atas hingga ke bawah cuba menganalisa lelaki itu. Hmm, boleh tahan!
                “Betul tak Rin?” Arianna menolak perlahan tubuh Zarin dengan sikunya memaksa Zarin untuk mengiyakan sahaja kata-katanya.
                “Eh tak apa Ari. Kalau kau nak keluar dengan encik ni aku tak kisah. Lagipun aku boleh makan dengan Mala je…”dalih Zarin. Sengaja mempermainkan Arianna biarpun dia tahu Arianna mahu mengelak daripada Zakuan.
                Melopong Arianna mendengar kata-kata Zarin. Dipandang sekilas pada Zakuan yang sudah pun tersengih memandangnya. Gembira barangkali mendengar kata-kata Zarin. Di dalam hati Arianna mengutuk Zarin yang sanggup berbuat sedemikian. Siap kau Zarin nanti!
                “Kalau macam tu aku pergi dululah ya. Enjoy your lunch!”ujar Zarin lalu beredar.
                Arianna mengetap bibir menahan geram apabila Zarin terus sahaja meninggalkannya tanpa sempat dia berkata apa-apa. Hish! Zarin ni memang nak kena! Bentak Arianna di dalam hati.
                Shall we Arianna?”
                Antara mahu tidak mahu Arianna terpaksa akur dengan pelawaan Zakuan. Langkah di atur mengekori Zakuan menuju ke kereta miliknya yang diparkir berhampiran bangunan Enigma. Dengan perasaan sebal Arianna masuk ke dalam Honda Civic milik Zakuan. Tidak sedikit pun dia bersuara sepanjang perjalanan cuba menunjukkan tanda protesnya. Apatah lagi Zakuan sendiri tidak memulakan berbicara. Hanya lagu yang diputarkan melalui radio Hitz.fm sahaja yang menemani perjalanan menuju ke restoren yang langsung tidak Arianna ketahui di mana lokasinya malah tidak juga dia punya hati untuk bertanya.
                Zakuan memandang wajah Arianna. Sedari tadi wanita itu tidak banyak berbual-bual. Hanya menjawab bila perlu sahaja. Mahal sungguh suara milik Arianna Sofea itu hinggakan Zakuan terpaksa mendesak beberapa kali barulah Arianna mahu menjawab pertanyaannya. Selebihnya Arianna sekadar membisu. Apakah Arianna tidak menyukai dirinya?
                “Ari…kalau I tanya something boleh?”usul Zakuan perlahan. Masih ragu-ragu untuk bertanya sebenarnya.
                Arianna mendongak. “Tanya jelah, tak payah minta izin. Serius sangat ke?”ujar Arianna acuh tidak acuh. Malas mahu melayan kehendak Zakuan.
                “Jangan marah pulak nanti ya?”
                Arianna merengus perlahan. “Awak tak tanya macam mana nak tahu saya marah ke tak?”
                “Okay, baiklah. Ari dah ada boyfriend?”
                Arianna diam seketika. Dipandang wajah Zakuan dengan rasa sebal. “Perlu ke awak tahu?”balas Arianna.
                Zakuan tersengih. “Entahlah, perlu mungkin. I nak tahu samada you dah berpunya ke belum…”
                Arianna melepaskan keluhan. Sudu di tangan diletakkan ke dalam pinggan. “Kalau ya kenapa? Kalau belum kenapa? Dan kenapa tanya soalan tu?”
                Zakuan ketawa perlahan. “Banyak la pulak kenapa you ni Arianna…”
                Arianna menjungkit keningnya memandang Zakuan yang masih ketawa. Dia tidak merasakan pun kata-katanya sebentar tadi kelakar.
                Zakuan yang menyedari reaksi wajah Arianna segera menghabiskan sisa tawanya lalu menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara yang lebih serius supaya Arianna tahu bahawa dia tidak berniat untuk mempermainkan perasaan Arianna.
                “Kalau ya I tak naklah kacau hak orang. Tapi kalau belum I harap sangat kalau you boleh bagi I peluang untuk isi kekosongan dalam hati you…”luah Zakuan. Nadanya serius. Ditatap wajah Arianna dengan penuh keikhlasan.
                Arianna menyebak rambutnya yang panjang ke belakang bersama helaan nafas yang berat. Keikhlasan Zakuan memang dapat dirasai namun sedikit pun tiada ruang di hatinya untuk lelaki itu. Bukan kerana Zakuan seorang lelaki yang tidak baik mahu pun ada kekurangan pada pandangan matanya tetapi dalam hati Arianna ruang untuk cinta sama sekali tiada. Lantaran itu perasaan Zakuan tidak dapat diterimanya.
                “You dah ada boyfriend ke Ari?”duga Zakuan pula setelah Arianna sekadar membisu selepas mendengar luahan hatinya. Atau Arianna marah kerana secara tiba-tiba sahaja dia meluahkan rasa cintanya biarpun mereka baru sahaja mengenali?
                “You tak sukakan I ke Ari? Atau I terlalu terburu-buru?”sambung Zakuan lagi.
                “Bukan macam tu Zakuan. Cuma, buat masa ni saya belum bersedia untuk terikat dengan sesiapa. Saya…err…”Arianna gugup seketika. Tidak tahu alasan apa yang harus diberikan agar Zakuan tidak berkecil hati.
                “I don’t mind Ari. I can give you some time…I can wait…”
                “No, it’s not like that. Saya…macam mana nak cakap ya supaya awak faham? Bukan soal masa tapi soal hati dan perasaan saya…”
                Zakuan mengerutkan dahi. “Maksud Ari?”
                “Macam ni lah Zakuan. Saya harap kita boleh berkawan, soal cinta ni saya tak nak fikir lagi. Belum masanya lagi untuk saya bercinta dengan sesiapa pun. Bukan sebab saya tak suka awak tapi saya sendiri yang tak boleh. Awak faham kan maksud saya?”
                Zakuan terdiam mendengar kata-kata Arianna. Entah mengapa seakan sukar untuk menerima penjelasan wanita itu. Arianna cuba menolak perasaannya dengan cara yang lebih berhemah. Namun Zakuan tahu bukan kerana Arianna belum bersedia tetapi mungkin sudah ada orang lain yang singgah di hati wanita itu. Apakah lelaki yang bertakhta di hati Arianna lebih hebat darinya hinggakan sukar untuk Arianna menerima dirinya?
                Zakuan menatap wajah Arianna yang begitu tenang. Zakuan tidak mahu menyerah begitu sahaja. Zakuan mahu Arianna tahu bahawa dia benar-benar serius dengan perasaannya. Zakuan mahu Arianna dapat merasai betapa dalamnya cinta di dalam hati milik Zakuan. Zakuan tidak mahu berhenti setakat ini. Biar apa pun alasan Arianna, Zakuan tetap mahu buktikan bahawa dia benar-benar mencintai hingga satu hari nanti Arianna pasti akan terharu dengan kesungguhan dan keikhlasannya.
                It’s okay Arianna. I do understand…”
                Arianna menarik nafas lega mendengar kata-kata Zakuan. Fikirnya Zakuan dapat menerima pendiriannya. Tak sangka begitu mudah untuk membuatkan Zakuan faham dan mengaku kalah dalam memburu dirinya.
                “I’ll wait until you’re ready…Saya akan buktikan yang saya ikhlas…”sambung Zakuan lagi, tetap dengan pendiriannya untuk terus mencintai Arianna.
                Berkerut dahi Arianna mendengar bicara Zakuan. Menyampah pula dengan keengganan lelaki itu untuk mengundur diri. Puas diberi alasan namun satu pun tidak berjaya membuatkan Zakuan mengalah. Apa lagi alasan yang harus diberikan? Arianna jadi sebal memikirkan Zakuan yang entah dari mana wujudnya sekadar menyerabutkan kepala otaknya saja. Argghh! Arianna menjerit sekuat hati di dalam hatinya.
                “Zakuan, I’m trying not to be rude here but let me explain to you something, okay? Saya harap awak tak kecil hati atau marah sebab dah banyak kali sebenarnya saya bagitahu tapi awak masih lagi tak faham. Senang cerita saya tak berminat untuk bercinta dengan awak mahupun sesiapa saja. Dalam hati saya ni tak ada langsung ruang untuk mencintai sesiapa pun. Awak nak tunggu itu hak awak tapi saya nak tekankan kat sini, mustahil untuk saya terima cinta awak. Saya dah ada perancangan dalam hidup saya dan saya tak mahu awak atau siapa pun jadi penghalang. Faham?”
                Zakuan melopong di tempat duduknya. Terkebil-kebil memandang kerusi yang sudah pun kosong di hadapannya. Keberanian dan kejujuran Arianna jauh dari apa yang disangkakannya. Sama sekali tidak terlintas bahawa Arianna akan bertindak senekad itu dalam menyatakan apa yang terdapat di dalam hatinya. Zakuan melepaskan keluhan yang sarat dengan kekecewaan. Kecewa kerana cintanya ditolak mentah-mentah oleh Arianna. Aduh! Kenapalah aku perlu jatuh cinta pada perempuan bernama Arianna Sofea tu? Gumam Zakuan sendirian.

Thursday, 6 February 2014

MHC : Bab 18



Ammar Afi memberhentikan kereta RX300 miliknya betul-betul di hadapan Arianna yang berdiri di perhentian bas. Arianna agak terkejut apabila cermin kereta diturunkan dan kepala Ammar Afi terjengul memandangnya dengan senyuman. Berkerut kening Arianna dengan tingkah Ammar Afi.
                “What are you doing here Arianna?”soal Ammar Afi.
                Arianna memandang Ammar Afi dengan rasa sebal. “Berenang Encik Ammar,”jawab Arianna sinis.
                Ammar Afi ketawa. “You’re so funny!”
                Arianna mencebik. Aku atau dia yang kelakar? Sudah tahu aku berdiri kat bus-stop takkan la aku buat kuak lentang kat sini? Dah tentulah aku tunggu bas! Gerutu Arianna di dalam hati.
                “Let me send you off,”pelawa Ammar Afi pula. Menyedari reaksi kurang senang gadis itu apabila dia ketawa sebentar tadi.
                Arianna menggeleng perlahan, menolak pelawaan Ammar Afi. Tidak senang dengan kebaikan yang cuba ditunjukkan bosnya itu. Sejak dia menemani Ammar Afi ke Kelantan bulan lepas, lelaki itu seolah-olah cuba mendekatinya lebih rapat. Biarpun Arianna gembira dengan perubahan itu kerana ianya memudahkan rancangannya namun dia sendiri tidak betah dengan sikap Ammar Afi yang suka mendesak.
                Ammar Afi mengerutkan keningnya. “Oh come on Ari! Macamlah you tak biasa naik kereta I…And…Don’t worry,  tak ada lintah dalam kereta I,”usul Ammar Afi bersama tawa yang agak kuat.
                Arianna jadi meluat mendengar tawa Ammar Afi. Tiada yang kelakar pun pada kata-kata lelaki itu. Hanya menjengkelkan perasaan Arianna. Seringkali isu lintah itu dijadikan bahan oleh lelaki tersebut untuk mengusiknya. Geram pula Arianna dengan sikap kebudak-budakkan Ammar Afi yang sudah tidak berapa muda itu!
Arianna tidak tahu bagaimana mahu menolak lagi apabila Ammar Afi membuka pintu keretanya dari dalam. Apatah lagi ada beberapa mata yang memandang adegan di antaranya dan Ammar Afi. Tak ubah seperti menonton drama Melayu lagak mereka. Sibuk betul!
                Ammar Afi tersenyum menang apabila tubuh Arianna memasuki badan keretanya. Rx300 milik Ammar Afi mula meluncur laju di atas jalanraya. Arianna sekadar membuang pandang melalui tingkap, langsung tidak memandang Ammar Afi di sisinya. Tiada juga niat untuk memulakan bicara kerana bagi Arianna dia tiada kata yang mahu diungkapkan. Membiarkan sahaja kesunyian menjadi penghias perjalanan pulang ke rumah.
                Ammar Afi mengerling Arianna dari ekor matanya. Bibirnya mengulum senyuman. Kebisuan Arianna sedikit pun tidak berbekas di hati. Pastinya ada yang sedang bermain di dalam fikiran wanita itu ketika ini. Arianna bukanlah seorang yang begitu mudah untuk didekati. Seolah-olah ada aura misteri yang menyelubungi Arianna. Kerana misteri itulah yang membuatkan Ammar Afi semakin tertarik kepada Arianna. Misteri Nusantara! Ammar Afi ketawa dalam hati.
                “Hmm, susah juga ya kalau PA I ni jenis yang payah nak bukak mulut…”kata Ammar Afi, cuba memancing Arianna untuk berbual dengannya. Dikerling sekilas ke arah Arianna.
                Arianna diam. Mengunci kemas bibirnya. Malas mahu membalas kata-kata Ammar Afi. Lebih malas lagi untuk melayan kerenah Ammar Afi.
                “Ada emas ke dalam mulut you Ari?”usul Ammar Afi, masih tidak berputus asa.
                Arianna masih mendiamkan diri. Membiarkan sahaja Ammar Afi berbicara sendiri. Tidak berminat untuk menyambung perbualan itu.
                “I rasa emas dalam mulut you tu mesti mahal gila sebab you sayang sangat sampai tak berani nak buka mulut,”usik Ammar Afi seraya menjeling pada Arianna. Masih tiada riak yang terpamer di wajah manis itu. Sekadar matanya yang melilau ke arah luar tingkap kereta. Ammar Afi jadi bingung bagaimana mahu membuatkan Arianna bersuara lalu memandangnya.
                “Err, report untuk meeting esok you dah prepare?”soal Ammar Afi mengubah topik kepada perihal kerja. Mungkin itu akan menarik minat Arianna untuk berbual dengannya.
                “Dah!” tanpa memandang Ammar Afi di sisinya Arianna menjawab sepatah.
                Ammar Afi menggaru hujung keningnya. Kehabisan idea untuk berbual dengan Arianna yang nyata tidak berminat. Mata Ammar Afi menangkap papan tanda menuju ke Damansara. Tidak teragak-agak Ammar Afi menghala ke Damansara tanpa memberitahu Arianna hala tuju mereka.
                Arianna yang asyik memandang panorama kota yang hampir gelap terasa pelik tiba-tiba. Matanya mengecil memerhatikan perjalanan kereta Ammar Afi. Ada sesuatu yang tidak kena! Pelik betul! Desis Arianna. Arianna pantas menoleh pada Ammar Afi yang memandu. Ammar Afi berpura-pura khusyuk dengan pemanduannya seolah-olah tidak menyedari reaksi Arianna yang kehairanan.
                “Ini bukan jalan nak ke Wangsa Maju!”tingkah Arianna.
                Ammar Afi berdehem beberapa kali. “Memanglah. Kita nak pergi The Curve,”balas Ammar Afi.
                Arianna tersentak. “The Curve? Kenapa kita nak ke sana? Bila masa saya setuju nak pergi sana? Saya nak balik!”bidas Arianna.
                “Eh, bukan ke masa I tanya tadi you cuma diam saja? So I ingat you setuju la nak temankan I makan kat situ…”ujar Ammar Afi berbohong. Sedaya upaya dia membuat reaksi serius dan menyembunyikan senyumannya.
                Arianna mengerutkan keningnya. Bila masa pula lelaki itu bertanya padanya? Atau dia memang betul-betul tidak dengar ketika Ammar Afi mengajaknya ke situ? Arianna jadi keliru seketika. Dipandang Ammar Afi yang sedang memandu. Wajah serius lelaki itu membuatkan Arianna tertanya sendiri. Mungkin juga dia tidak dengar tadi! Akui Arianna.
                “Tapi saya dah kenyang Encik Ammar,”ujar Arianna cuba menolak pelawaan Ammar Afi.
                Ammar Afi menoleh ke arah Arianna seketika. “Kita dah nak sampai pun Ari. Lagipun orang tua kata tak elok kalau kita berpatah balik semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat…”
                “Hah??”
                Ammar Afi tersengih membuatkan Arianna tidak dapat berkata apa lagi. Sejak bila pula bosnya itu berfikiran kolot seperti itu? Mempercayai kepercayaan orang tua zaman dahulu tentang pantang larang ketika membawa kenderaan. Huh! Niat asalnya untuk mengelak daripada berbual Ammar Afi akhirnya menjerat dirinya sendiri. Arianna semakin sebal.
                Arianna melangkah malas mengekori setiap langkah Ammar Afi di dalam bangunan The Curve itu. Entah ke mana hala tuju Ammar Afi juga Arianna tidak tahu. Apabila Ammar Afi melangkah masuk ke dalam restoren Seoul Garden, Arianna menelan airliur.
                Hidangan buffet itu pastinya tidak dapat dimanfaatkan oleh Arianna. Apatah lagi melihat Ammar Afi mengeluarkan kad kreditnya di kaunter bayaran sebelum duduk di meja yang ditunjukkan pekerja Seoul Garden. Arianna melabuhkan punggungnya di hadapan Ammar Afi. Matanya memerhatikan setiap gerak geri pekerja restoren itu yang membawa grillpan dan menyalakan api.
                “Don’t worry Ari. You can eat as many as you want, but please make sure you eat all you’ve taken. If not you have to pay for that.”
                Ammar Afi mengajak Arianna mengambil makanan di bahagian hadapan restoren itu. Melihat lauk pauk yang tersedia untuk dipanggang sendiri oleh pelanggan, Arianna menelan airliurnya. Banyak jenis makanan laut dan daging ayam mahu pun daging kambing yang sudah diperap kelihatan begitu menyelerakan. Perut Arianna mula memainkan lagu keroncong.
                “Banyaknya encik ambil!”tegur Arianna apabila melihat ada tiga pinggan lauk yang terhidang di atas meja. Itu belum lagi dikira dengan beberapa pinggan yang diisi dengan sayur dan pelbagai jenis bebola makanan laut.
                “Sebab I nak you makan banyak-banyak!”beritahu Ammar Afi sambil ketawa kecil.
                Arianna terkejut. “Hah? Tapi saya tak dapat nak habiskan semua ni…”
                “Arianna, I tahu you lapar. Telinga I ni dapat dengar dengan jelas bunyi perut you,”ujar Ammar Afi.
                “Mana ada!!”tingkah Arianna laju sambil menyentuh perutnya. Memang betul dia lapar tapi takkanlah perut dia berbunyi kuat sangat? Arianna berasa malu apabila Ammar Afi berkata begitu padanya
 Ammar Afi ketawa dengan reaksi Arianna. Namun dia mengendurkan tawanya apabila melihat wajah putih Arianna mula bertukar rona merah. “Makan sajalah Ari. Tak payah nak malu-malu dengan I…”
Ammar Afi memandang wajah Arianna yang malu. Melihat Arianna begitu buat pertama kali dengan begitu dekat membuatkan Ammar Afi semakin tertawan. Pada anak mata Arianna yang berwarna coklat kehitaman menjadikan Ammar Afi terleka. Sememangnya Arianna layak untuk dikategorikan sebagai wanita cantik. Perwatakan dan personaliti Arianna menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu. Ammar Afi tergoda.
Arianna mencuri pandang ke arah Ammar Afi yang sedang memanggang daging ayam. Wajah tenang yang terpamer pada lelaki itu tidak dapat dibaca apa yang terselindung di sebaliknya. Bekerja bersama lelaki itu hampir setahun masih tiada jawapan yang dicari selama ini. Apakah benar personaliti Ammar Afi pada hari ini sama seperti tujuh tahun lalu? Jika benar apakah mungkin lelaki yang sama yang telah meragut nyawa Arissa?
Ammar Afi mengangkat pandangannya. Arianna yang tidak sempat mengelak akhirnya terperangkap dengan perbuatannya. Agak lama pandangan mereka bersatu. Pada ketika itu, hanya dua pasang mata mereka yang berbicara. Tanpa mengalihkan pandangan masing-masing, mereka berdua seolah-olah terpaku dengan apa yang baru berlaku. Bagaikan masa yang terhenti, Ammar Afi dan Arianna langsung tidak bergerak mahupun mengalih pandangan mata masing-masing.
                Arianna tersentak apabila deringan telefon Ammar Afi berbunyi lantang. Lekas-lekas dia mengalih pandangannya ke sudut restoren. Ammar Afi berdehem beberapa kali sebelum menjawab telefonnya. Sesekali matanya mencuri pandang wajah Arianna.
                “A’ah Afi makan kat luar. Mama dengan papa tak payah tunggu Afi…”
                Ammar Afi memandang Arianna yang tunduk memandang meja. Terukir senyuman di bibirnya. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja mereka berdua seolah-olah hilang dalam pergerakan masa. Bagaikan putaran jam turut terhenti apabila pandangan mereka bersatu. Ammar Afi turut malu dengan apa yang baru berlaku. Namun dia sedar ketika ini Arianna lebih malu.
                “Ari, makanlah…”suruh Ammar Afi. Tidak mahu kerana peristiwa tadi membuatkan Arianna hilang selera makan. Juga mustahil untuk menghabiskan apa yang diambilnya tadi seorang diri.
                Arianna mengangguk perlahan tanpa memandang Ammar Afi. Degupan jantung yang masih bertalu-talu sedikit pun tidak berkurang. Mengapa harus dia merasakan itu semua itu? Dia seharusnya mengelak daripada menyukai lelaki itu apatah lagi mencintai lelaki itu. Arianna sendiri sudah menetapkan bahawa tiada sedikit pun ruang bagi dirinya untuk bercinta. Lebih-lebih lagi kepada lelaki bernama Ammar Afi.
                “Air tu kalau dah habis boleh refill kat depan,”sambung Ammar Afi. Dia sendiri sebenarnya ketandusan idea untuk berbual dengan Arianna ketika ini.
                Arianna mengangguk perlahan. Masih lagi tidak mengangkat wajahnya. Sekadar menyedut jus orennya hingga habis. Dalam tak sedar Arianna sekadar menyedut angin kerana jus oren yang sudah hampir kering di dalam gelasnya.
                Bunyi dari straw yang agak kuat menyebabkan Arianna tersentak. Kali ini dia mengangkat wajahnya memandang Ammar Afi yang turut merenungnya. Arianna dapat melihat dengan jelas bagaimana lelaki itu mengemam bibirnya menahan dari ketawa. Arianna semakin malu. Kenapalah aku bodoh sangat hari ni? Arianna mengutuk dirinya sendiri.
                Ammar Afi bangkit dari kerusi membuatkan Arianna sedikit tertanya-tanya. Berkerut dahi Arianna apabila Ammar Afi mengambil gelas miliknya.
                Let me refill it for you. Nampak sangat you dahaga…”beritahu Ammar Afi lalu beredar.
                Arianna melopong seketika. Kata-kata terakhir dari Ammar Afi membuatkan Arianna berlipat ganda malu. Ketara benar bahawa lelaki itu seolah-olah menyindirnya kesan daripada perbuatannya yang menyedut air yang sebenarnya sudah habis. Kuat sangat ke bunyi aku sedut air tadi? Arianna jadi tak keruan dibuatnya. Berdua-duaan dengan Ammar Afi dan terus-terusan menjadi bahan usikan lelaki itu membuatkan perasaannya semakin berbaur.
                Usai makan, sepanjang perjalanan ke rumahnya Arianna membisu tanpa suara. Ammar Afi sendiri tidak tahu topik apa yang hendak dibualkan bersama Arianna selepas beberapa insiden yang menyebabkan dia mahu pun Arianna malu sendiri. Apatah lagi ketika ini Ammar Afi juga tidak berani untuk mengusik terus Arianna. Bimbang seandainya gadis itu akan naik angin pula nanti. Mood Arianna sukar untuk dijangka.
                Tidak lama kemudian RX300 milik Ammar Afi berada di bawah apartment Arianna. Tanpa memandang Ammar Afi di sisinya, Arianna terus keluar dari perut kereta. Baru separuh pintu kereta itu hendak ditutup Arianna memberhentikan perbuatannya. Lantas menimbulkan rasa hairan di hati Ammar Afi.
                Arianna memandang Ammar Afi. “Terima kasih sebab belanja saya Encik Ammar.”ucap Arianna ikhlas.
                Ammar Afi tersenyum. “My pleasure Ari…”
                “I’ll repay this to you later..”
                Kening Ammar Afi bertaut. “Repay? Eh, I tak pernah minta pun you balas balik apa yang I dah belanja you hari ni Ari. I ikhlas…”ujar Ammar Afi. Dia tidak mahu Arianna membuat andaian bahawa dia perlu membalas setiap perkara yang dilakukan untuk wanita itu.
                Arianna senyum. “Tapi saya tak suka terhutang budi dengan orang lain Encik Ammar…”balas Arianna lalu menutup pintu kereta. Langkahnya laju meninggalkan Ammar Afi yang terpinga-pinga di dalam kereta.
                Ammar Afi menyoroti langkah Arianna hingga kelibat wanita itu tidak lagi kelihatan. Perlahan-lahan keluhan dilepaskan. Disandarkan kepalanya ke kusyen. Sukar untuk menambat hati sekeras Arianna. Entah apa yang menyebabkan wanita itu begitu tegar sekali juga tidak diketahui oleh Ammar Afi. Ammar Afi sedar bahawa Arianna seolah-olah melindungi dirinya daripada perisai yang kukuh dan kuat.
               
Sekali lagi Ammar Afi berkalih pada bangunan apartment Arianna. Biarpun tubuh wanita itu sudah hilang di dalam bangunan tersebut namun entah mengapa Ammar Afi tetap menancapkan pandangannya di situ. Arianna Sofea! Bergema sebaris nama itu di dalam ruang hatinya. Bagaimana bisa dia mencairkan hati sekeras kerikil milik Arianna? Ammar Afi tertanya sendiri.