Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Monday, 6 January 2014

Lasagna : Simple and Mudah


Last week ada orang order lasagna, so aku ambil kesempatan tu untuk snap pic and share resepi..Mudah jer (rasanyalah) hehehe...aku lupa aku amek ktne resepi ni tp aku dah edit ikut citarasa aku...Kawan2 boley try k...Bahan2 tu semua aku beli kat TESCO jer...

Bahan2

(a) Inti Daging

Daging kisar
Sos Spageti
Cendawan Butang (dihiris nipis)
Hotdog (dihiris nipis)(yg ni aku tmbah sendiri-resepi asal xde)
Sayur Campur
 (xnak pun takpe sbb yg ni aku tmbah sendiri-boleh ganti ngn sayur yg u ols suka)
Sos cili/tomato (aku guna sos cili sbb nak bagi rasa pedas)
2 biji Bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang)
bahan perasa secukupnya


(b) Sos putih

Susu Full Cream (kotak besar) 
(yg ni terpulang kat korang nak guna fresh @ low fat)
2 keping Cheddar Cheese
1 kiub pati ayam
3 sudu tepung gandum
50gm butter


(c) papan lasagna secukupnya yang direndam dalam air panas + garam sikit sehingga lembut
(d) serbuk parsli
(e) mozarella cheese
(f) parmesan cheese powder (optional)

Cara2

(a) Masak daging

First korang rendamkan dulu papan lasagna dlm air panas yg dah dicampur dengan garam. Make sure korang jangan bagi papan tu bertindih sebab takut nanti melekat. Lagi satu jangan rendam lama sangat sbb takut dia jadi lembik n mudah koyak.
Petua tak nak bagi papan lasagna melekat (aku cipta sendiri) hahaha
Bila korang letak papan lasagna tu macam ni


korang letak garfu atas lasagna tu then letak lasagna lagi..berselang seli dengan garfu tu la..kiranya garfu tu sbg layer utk elak papan lasagna melekat

Then:-

Panaskan kuali and tumis bawang besar dan bawang putih tadi sampai naik bau, then masukkan cendawan butang dan hotdog



Agak2 dah masak sket korang letak sos spageti plak dan baru masukkan daging kisar tadi

 

Tunggu sampai daging tu masak pastu baru korang masukkan sayur campur

 
Korang masukkan sos cili/tomato dalam 3-4 sudu besar ikut suka korang...If korang nak pedas korang letaklah lada atau capsicum ke..terpulang
Letak la garam sket sbg perasa...Pastu korang masukkan air sedikit sbb inti daging ni xley kering. kena basah sikit sbb masa kita bakar lasagna nanti air inti ni akan melembutkan lagi papan lasagna tuh...tp make sure jgn berair sangat...
Da betul2 masak korang ketepikan.

Cara2 buat sos putih:-

Mula2 cairkan butter tadi dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai tepung tu rata 

 


Kemudian korang masukkan susu tadi sikit sikit dan kacau utk make sure tepung tak berketul2...Lepas tu masukkan cheddar cheese tadi dan kacau sampai cheese tu cair. Kemudian masukkan kiub ayam td and kacau sampai mendidih (tp jgn lama sangat) and tutup.

 















Sos putih tu tadi tak boleh terlalu cair dan jangan pula terlalu pekat...sedang2 saja..

Cara2 lapis lasagna


















Aku guna bekas ni je (korang boley je guna loyang biasa)
Korang susun papan lasagna yg direndam td (make sure korang toskan air) dlm bekas rapat2 n jgn bagi ada ruang kosong.


















Letakkan inti daging td and ratakan jangan sampai nampak papan lasagna mcm dlm gmbar yg 1st tuh...
Kemudian korang tabur mozarella atas daging tu tadi (kalo nak sedap letak byk2) mcm dlm pic yg 2nd

 















Kemudian letak pulak sos putih tadi sampai tak nampak daging (lagi byk lagi sedap) (pic kiri)
Kemudian korang lapiskan sekali lagi papan lasagna (pic kanan)
Korang ulang balik step tadi 
Maknanya:-
lasagna-daging-mozarella-sos putih(1st layer)
lasagna-daging-mozarella-sos putih (2nd layer)
Selepas letak sos putih tu korang lapiskan sekali lagi dengan papan lasagna dan tuang sos putih lagi skali 
(jgn letak daging sbb ni utk bahagian atas)
Atas sekali ko taburkan sekali lagi mozarella banyak2 dan taburkan pulak parmesan cheese powder
Taburkan sikit serbuk parsli

 


Kemudian bakar lasagna tadi dlm 30-35 min suhu 180 ikut kepanasan oven masing2

Bila da masak jadi ler mcm ni


it's so delicious
Hehe..tunggu sejuk sket baru potong sbb kalo korang potong masa panas2 nnti xnampak layer tuh sbb dia masih lembik kikiki..tp makan panas2 lagi sedap


ni gambar lasagna yg aku wat sebelum tuh..tak sempat nak snap pic yg latest...kuikuikui

SELAMAT MENCUBA RESEPI LASAGNA