Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Sunday, 24 November 2013

BAB 10



“How’s your work Afi?”
                Ammar Afi mendongak kepala memandang ke arah Datuk Rashid yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidurnya. Ammar Afi pantas menutup fail yang dipegangnya. Datuk Rashid duduk berhadapan dengan Ammar Afi  di meja kerjanya.
“Everything’s okay pa…”beritahu Ammar Afi.
                “Tak ada masalah apa-apa?”soal Datuk Rashid lagi cuba mendapatkan kepastian biarpun dia tahu Ammar Afi  pasti akan berusaha mencari jalan penyelasaian seandainya timbul masalah. Dia meletakkan kepercayaan yang tinggi pada Ammar Afi untuk menerajui Enigma Corporation. Dia yakin anak tunggalnya itu mampu meneruskan legasinya malah lebih cemerlang daripada apa yang dia pernah lakukan selama ini.
                “Tak ada pa…cuma biasalah. Banyak kerja. Tak sempat habiskan dekat ofis, Afi try buat dekat rumah. Kena settlekan before due…Tapi setakat ni ok je…”ujar Ammar Afi .
                Datuk Rashid mengangguk mengerti. “Tapi jangan bebankan kepala tu dengan kerja yang banyak. Kerja memang tak akan habis. Buat perlahan-lahan yang penting efisien…Papa pun kalau boleh tak nak Afi sambung kerja kat rumah…Kita perlukan rehat yang cukup untuk bekerja pada hari esok,”nasihatnya.
                “Yes boss!”balas Ammar Afi  sambil memberi isyarat tabik kepada papanya. Datuk Rashid tertawa kecil. Wajah ceria Ammar Afi  dipandang.
                “Afi pula macam mana? Okay?”soal Datuk Rashid. Berhati-hati.
                Berkerut dahi Ammar Afi mendengar pertanyaan papanya. “Kenapa papa tanya macam tu?”
                “Arissa…”
                Tersentap jantung Ammar Afi  tatkala mendengar nama Arissa dari bibir Datuk Rashid. Pandangan Datuk Rashid dibalas namun tidak lama. Perlahan-lahan wajahnya tertunduk. Kegembiraan sebentar tadi berubah wajah. Ammar Afi  tiba-tiba dihambat rasa sayu. Datuk Rashid yang dapat mengesan perubahan wajah Ammar Afi  mengerti perasaan anak lelakinya itu. Bukan mudah untuk melupakan sejarah hitam itu. Apatah lagi kisah itu yang menghumban Ammar Afi  ke lembah penderitaan.
                Life must go on Afi.  Afi balik sini pun untuk mulakan hidup baru kan? Dah tujuh tahun dan papa mahu Afi lupakan apa yang dah berlaku. Mama pun nak benda yang sama jugak. Dah tiba masa Afi buka hati untuk orang lain…”usul Datuk Rashid.
                “Tapi pa bukan semudah tu…Arissa…”
                “Papa faham. Mama pun faham. Tapi Afi pun kena keluar dari bayangan tu. Ingat apa pesan Doktor Zahir? Benda yang memang dah ditakdirkan untuk berlaku tak boleh kita nak elak…Lebih-lebih cuba letakkan beban tu ke bahu…”tingkah Datuk Rashid pantas.
                Ammar Afi diam. Wajah Doktor Zahir kawan baik papanya itu terpampang di matanya. Banyak yang telah dilakukan Doktor Zahir untuknya. Doktor Zahir banyak membantunya dalam memulihkan semangat yang hilang kerana Arissa. Tanpa Doktor Zahir pastinya Ammar Afi  akan menjadi gila, tenggelam dalam perasaan bersalah terhadap kematian Arissa.
                “Afi balik ke sini sebab nak mulakan hidup baru kan? So, you should start finding someone, make friends”
“Afi faham pa. Afi akan cuba. Papa dengan mama jangan risau. So far I’m okay…”kata Ammar Afi  cuba menyejukkan hati papanya. Ammar Afi  tahu papa dan mamanya masih bimbangkan dirinya. Tidak guna berbahas dengan papanya ketika ini kerana dia sedar selama ini kedua ibubapanya mengambil berat tentangnya.
 Peristiwa tujuh tahun lepas telah banyak mengubah dirinya dan keluarga. Mungkin penderitaan yang dialaminya tidaklah sebesar keluarga Arissa namun kehilangan wanita itu telah memberi kesan yang mendalam kepadanya. Kewujudan Arissa di dalam hidupnya telah memberi impak dan Ammar Afi tidak pernah menyangka pemergian Arissa begitu tragis. Kerana kehilangan Arissa jugalah Ammar Afi terpaksa meninggalkan bumi Malaysia. Berada di sini ibarat menjerut lehernya. Sukar untuk bernafas apatah lagi mahu meneruskan hidup.
                “She looks like her…”ucap Ammar Afi .
                Datuk Rashid memandang wajah Ammar Afi . Tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ammar Afi . “She who?”
                “Arianna…first time jumpa Afi terkejut sangat. Wajah dia ada iras-iras Arissa. Cuma Arianna ada tahi lalat di bibir. Papa perasan tak? Afi ingat Arianna dengan Arissa…”
                “Afi, don’t expect too much. Kalau betul sekalipun Arianna dan Arissa ada kaitan apa yang Afi nak buat?”
                Ammar Afi  mengeluh. Memang dia terlampau berharap. Dahulu dia pernah cuba mencari keluarga Arissa tetapi papanya menghalang. Ini bukan masa yang sesuai. Itulah yang dikatakan Datuk Rashid. Ammar Afi  mengerti kerana dia tahu pastinya kesedihan keluarga Arissa akan bertambah dengan kehadirannya ketika itu. Sebelum ini pun hanya peguam Ammar Afi , Jazman yang berurusan dengan keluarga Arissa. Keluarganya hanya mendengar khabar dari lelaki itu sahaja. Memberitahu tentang ketidaksudian keluarga Arissa untuk bertemu empat mata dengan keluarga Ammar Afi .
                “At least I can ask for forgiveness…”
                “Lupakan saja semua tu Afi. Jangan bebankan lagi fikiran Afi dengan semua tu. Yang penting, jangan salahkan diri sendiri lagi,”nasihat Datuk Rashid. Tidak mahu Ammar Afi  terus-terusan menyalahkan diri sendiri di atas kematian Arissa.
                “Tapi…”
                “Enough Ammar Afi . Let bygones be bygones…”tegas Datuk Rashid.
                Ammar Afi  diam. Dia memerhatikan tubuh Datuk Rashid yang bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari biliknya tanpa suara. Memang mudah untuk semua orang menyuruhnya melupakan apa yang berlaku, tetapi apa yang terpendam di dalam hati satu perasaan yang tidak akan hilang selagi keluarga Arissa tidak ditemui. Bukan senang untuk memaafkan diri sendiri di atas kecuaian yang boleh dielakkan. Perasaan bersalah itu tidak akan berhenti di situ sahaja. Ammar Afi  bertanggungjawab di atas kematian Arissa. Kerana dia Arissa menjadi mangsa. Aku yang menjadi punca! Desis Ammar Afi.
                Ammar Afi menarik keluar laci meja. Sekeping gambar yang tersimpan rapi diambil dan ditatap dengan genangan airmata. Senyuman manis Arissa membuatkan hati Ammar Afi bagai disiat-siat. Senyuman yang tidak lagi dapat dilihat di bumi nyata. Arissa hanya tinggal nama. Jasadnya sudah dimamah bumi. Bahagiakah engkau di sana Arissa? Maafkan aku!

Friday, 22 November 2013

BAB 9



Bekerja di bawah Ammar Afi sedikit sebanyak membantu Arianna mendekatkan dirinya dengan lelaki itu. Arianna sedar ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan dalam menjalankan misinya. Arianna harus mengambil peluang yang terbentang untuk mengenali lelaki bernama Ammar Afi itu. Arianna sedaya upaya membuatkan dirinya kelihatan misteri untuk menarik minat Ammar Afi. Kadang kala dia mesra dan kadang kala dia dingin. Arianna mahu lelaki itu merasa tertarik untuk mendekatinya. Perlahan-lahan Arianna akan membuatkan lelaki itu jatuh ke dalam perangkapnya.
                Sebagai pembantu kepada Ammar Afi, Arianna mengatur segala jadual kerja lelaki itu. Malah Arianna juga terpaksa menemani lelaki itu berjumpa dengan pelanggan. Kadang-kadang Ammar Afi mengajaknya melawat tapak projek. Arianna agak pelik mengapa hingga ke tapak projek dia perlu mengikuti lelaki itu. Dulu Datuk Rashid tak pernah pula bawa dia ke mana-mana tapak projek. Apa yang direncanakan oleh lelaki itu sebenarnya? Arianna mula memasang prasangka.
                Hampir tiga bulan rutin Arianna berubah. Berbeza menjadi setiausaha Datuk Rashid dahulu yang hanya duduk di pejabat dan jarang sekali menemani Datuk keluar bertemu pelanggan, tapi kini Arianna lebih kerap berada di luar berbanding duduk di mejanya. Bersama dengan Ammar Afi ke hulu ke hilir dengan Ammar Afi hingga Hanum tidak lagi sudi bercakap dengannya. Namun itu tidak menjadi kesusahan bagi Arianna kerana sebelum ini pun dia memang tidak banyak hal untuk dibualkan  dengan Hanum yang suka bergosip bersama Siti.
                “Arianna Sofea…”
                Lamunan Arianna mati. Yang ada di hadapannya kini adalah Ammar Afi, bos barunya. Anak mata Ammar Afi tepat memandang ke arah Arianna yang sedari tadi mengelamun. Nasi ayam yang dipesan juga tidak tersentuh langsung. Entah apa yang difikirkan sehingga Ammar Afi berulang kali memanggil namanya juga tidak sedar.
                “Maaf Encik…”
                Ammar Afi senyum. “It’s okay. Makanlah nasi tu. You tak lapar ke? Dari pagi tak makan…”kata Ammar Afi. Sejak dari pagi lagi dia mengajak Arianna ke Rawang untuk melihat projek perumahan di bawah Enigma. Tidak sempat bersarapan dan hingga ke pukul 2.30 baru mereka berdua dapat mengisi perut yang berkeroncong.
Arianna sekadar mengangguk dan menyuakan sudu ke mulutnya. Sebaik sahaja diketap sudu, bunyi gigi dan sudu bersatu. Arianna menyeringai tatkala giginya berlaga dengan sudu besi, menghasilkan rasa sengal di gigi hadapannya.
                Ammar Afi ketawa. Gelihati melihat Arianna mengigit sudu yang kosong. “Kot ye pun lapar Arianna, janganlah makan sudu tu. Nasikan banyak tu!”
                Arianna menahan malu. Tidak sedar yang dia langsung tidak menyudu nasi dan terus menggigit sudu besi itu. Wajahnya mula kemerahan. Bodohnya aku! Gumam Arianna.
                “Arianna Sofea…”sekali lagi Ammar Afi menyebut nama penuh Arianna membuatkan Arianna menjadi pelik.
                “Ya Encik Ammar…Dari tadi sebut nama saya untuk apa?”Arianna mula jengkel dengan perangai Ammar Afi. Bukan sekali dua lelaki itu memanggil namanya berulang kali. Sebelum ini pun lelaki itu juga melakukan hal yang sama. Untuk apa? Sengaja mengusik? Atau Ammar Afi dapat menghidu siapa dirinya yang sebenar?
                “Can I ask you something? Personal…”pinta Ammar Afi.
                Arianna memandang Ammar Afi. Personal? Arianna seakan-akan dapat mengagak apa yang ingin ditanyakan lelaki itu kepadanya. Menyebut namanya dua kali sebentar tadi juga menjadi petanda yang jelas buat Arianna. Arianna tahu Ammar Afi pasti akan bertanya dan untuk itu Arianna sendiri sudah bersedia dengan jawapannya. Lebih-lebih lagi dia tidak mahu Ammar Afi merasa curiga tentang dirinya. Arianna mengangguk memberikan keizinan kepada Ammar Afi.
                “You ada kakak?”soal Ammar Afi laju tanpa berselindung.
                Arianna diam seketika. Seperti yang dijangkakannya. Wajah tenang Ammar Afi dipandang. Saat itu mahu sahaja Arianna memberitahu tentang Arissa tetapi Arianna sedar ini bukanlah waktu yang sesuai. Ammar Afi masih lagi jauh dalam gapaiannya. Arianna tidak boleh terburu-buru. Arianna menarik nafas panjang dan menghelanya perlahan. Cuba menacari kekuatan di dalam diri.
                “Saya anak tunggal. No sisters no brothers. Parent pun dah tak ada…”Arianna berbohong.
                Ammar Afi sedikit kecewa dengan jawapan Arianna. Sebenarnya jauh di sudut hati dia mengharapkan sesuatu tentang Arianna. Namun dalam masa yang sama dia sedikit kesal menanyakan soalan itu kepada Arianna kerana seolah-olah mengungkit kehidupan Arianna sebagai yatim piatu. “Sorry for that.”
                “Tak apa. Saya dah biasa. Lagipun dah lama diaorang meninggal.”balas Arianna.
                “Oh…I think it’s really hard for you to live alone…surviving by yourself throughout the years…”
                Arianna diam mendengar kata-kata Ammar Afi Ya! Memang sangat susah untuk aku hidup keseorangan tanpa ibu, abah dan along. Dan kau puncanya! Kau!!! Genggaman kuat tangan Arianna menyebabkan sudu terpelanting jatuh. Arianna terkejut dan bingkas bangun. “Maaf saya nak ke toilet…”
                Ammar Afi  mengangguk. Terasa sedikit pelik melihat perubahan sikap Arianna tiba-tiba. Ammar Afi  menyedari bahawa mood Arianna sering berubah-ubah. Ada ketikanya wanita itu seorang yang ceria dan mudah didekati dan ada ketika wanita itu seolah-olah menjauhkan diri dan bersikap dingin. Arianna juga seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap melainkan perlu sahaja. Ammar Afi  juga kadang-kadang mati akal mencari idea untuk berbual namun Arianna sekadar membisu.
                Arianna memandang wajahnya di cermin. Paip dibuka dan tangannya ditadah ke bawah air yang mengalir laju. Arianna memercikkan air itu ke mukanya beberapa kali. Sekali lagi wajahnya diangkat memandang ke arah cermin. Kau harus tabah Arianna! Kau tidak boleh lemah dan ikutkan perasaan. Jangan sampai lelaki tu menghidu rancangan kau! Ingat Arianna. Dendam yang kau pendam selama tujuh tahun harus dilunaskan. Lelaki itu perlu membayar hutang darah Arianna!
                Arianna meraup wajahnya. Mujurlah dia mengenakan solekan nipis maka tidaklah nampak comot wajahnya akibat dibasahkan dengan air. Arianna mengambil tisu di dalam beg tangannya. Bedak kompak yang di bawa di alaskan ke muka. Matanya diukir dengan eyeliner. Pemerah pipi disapukan dan dicalit sedikit lipstick. Dikemaskan wajahnynya sekali lagi sebelum keluar dari tandas. Tidak mahu lelaki itu mengesyaki apa-apa.
                “Maaf, buat encik tertunggu…”ucap Arianna sebaik menghampiri Ammar Afi .
                Ammar Afi mendongak. “It’s okay…”balasnya.
                “Well where were we just now?”tanya Arianna, cuba menyambung kembali perbualan mereka tadi.
                “If you’re not comfortable to talk about that, I don’t mind Arianna…”
                “No, it’s okay with me…”sangkal Arianna seraya menahan rasa marah dan gundah di dalam hati.
                “Sebenarnya you mengingatkan I pada seseorang…”luah Ammar Afi membuatkan Arianna sedikit cuak. Apakah Ammar Afi memandangnya seakan-akan Arissa? Sememangnya mereka berdua ada persamaan. Yang membezakan mereka adalah tahi lalat di hujung bibirnya. Pernah juga ada orang menyangka mereka berdua kembar. Apakah Ammar Afi  dapat meneka?
                “Mm..maksud encik?”
                “Tak adalah. Dulu masa I study I ada sorang kawan ni dan muka dia ada persamaan dengan you. Sebab tulah I tanya pasal family you…”jelas Ammar Afi. Terbayang wajah Arissa ditubir mata. Bersama-sama wajah itu juga terbit kembali rasa bersalah selama ini.
                “Oh, macam tu ke? So kat mana dia sekarang?”tanya Arianna sekadar menduga. Giginya diketap menahan perasaan.
                Ammar Afi diam seketika membiarkan Arianna ternanti-nanti jawapannya. Pandangannya berkalih pada Arianna. Senyuman tawar terukir di bibir Rifqi. “She’s no more.”
                Suara Ammar Afi kedengaran sayu di telinga Arianna. Namun Arianna tahu itu cuma lakonan Ammar Afi. Lelaki itu sengaja buat-buat sedih supaya tiada orang yang akan mengesyakinya. Melihat wajah suram Ammar Afi membuatkan Arianna benar-benar menyampah. Lakonan Ammar Afi langsung tidak berkesan pada dirinya.
                “Sorry to hear that,”ucap Arianna berbaur.
                “It’s okay. Benda dah lama,”kata Ammar Afi .
          “Benda??”bentak Arianna tiba-tiba. Suaranya yang lantang mengejutkan Ammar Afi . Ammar Afi  memandang wajah tegang Arianna. Arianna yang menyedari keterlanjurannya memohon maaf di atas reaksinya. Berkerut kening Ammar Afi memandang Arianna namun sekadar mengangguk biarpun pelik dengan perubahan sikap Arianna. 

Perbualan mereka turut mati di situ. Arianna tidak tahu bagaimana mahu meneruskan perbualan setelah reaksinya mengundang curiga Ammar Afi manakala Ammar Afi  masih teringatkan arwah Arissa yang turut menimbulkan kembali perasaan bersalah yang cuba ditanam selama ini. Sehingga Ammar Afi menghantar pulang Arianna masih tiada suara yang keluar dari bibir mulut mereka yang terkunci rapat. Masing-masing tenggelam dalam lamunan dan memori sendiri.

Wednesday, 20 November 2013

BAB 8



                Pagi itu sewaktu Arianna sampai ke pejabat suasana agak kecoh.  Semua orang bercerita sesama sendiri. Pelik juga Arianna dengan situasi sebegitu. Selama ni pun selagi belum pukul 9 memang semua staf suka berborak namun tak adalah sebising hari ini. Ada berita sensasi ke? Desis Arianna. Biarpun terdetik rasa ingin tahu namun Arianna tidak mahu ambil tahu. Dia bukan jenis yang suka masuk campur dalam hal orang lain atau pun bergosip tentang sesiapa pun.
                “You dah dengar cerita ke Ari?”
                Belum sempat Arianna duduk di kerusinya, Hanum datang menghampirinya dan menanyakan Arianna tentang berita yang diperkatakan oleh semua orang. Arianna tahu Hanum memang agak kecoh di antara semua pekerja wanita di situ. Sebab tulah semua orang menggelar dia dengan panggilan “radio karat”. Arianna menggeleng menjawab pertanyaan Hanum sambil duduk. Sedikit pun dia tidak menunjukkan sebarang minat untuk mendengar cerita Hanum.
                Hanum membulatkan matanya. “Ish, takkan you tak tahu Ari? You kan PA Datuk! Takkan Datuk tak cakap dengan you?”usul Hanum beria-ia. Mustahil Arianna tidak tahu sedangkan Arianna pembantu Datuk Rashid. Hanum tidak puashati dengan reaksi Arianna seolah-olah Arianna sengaja mahu menyembunyikan sesuatu.
                Kening Arianna bertaut. Aik, babitkan Datuk la pulak! “Kenapa pulak?”tanya Arianna pula.
                “La, you betul-betul tak tahu ke Ari?” Hanum semakin terkejut.
                Arianna mencebik.
                “Anak Datuk dah balik Malaysia dan akan kerja kat sini!”beritahu Hanum bersungguh-sungguh.
                “So, apa masalahnya? Biarlah, inikan office ayah dia. Dia memang patut kerja kat sini pun kan?”ujar Arianna sambil lewa. Kalau perkara itu dia memang sudah tahu. Minggu lepas Datuk Rashid sudah pun memberitahu kepadanya. Nampaknya pekerja-pekerja ni kecoh tentang benda yang dah lapuk.
                “You ni Ari! Memanglah tak ada masalah apa-apa. Tapi selalunya Datuk kan panggil semua meeting dulu bagitahu soal macam ni. Ni main terjah je, terkejut kita orang tadi,”cerita Hanum lagi.
                Kali ini kening Arianna terjungkit. “Terjah? Tadi?”
                “Iyer…Datuk dengan anak dia ada kat dalam pejabat tu….”
                Arianna terkejut. Dadanya bertalu debaran yang semakin kuat. Dipandang ke arah pejabat Datuk Rashid yang tertutup rapat. Anak Datuk Rashid di dalam pejabat? Lelaki itu sudah berada di sini? Lelaki yang dinantikannya selama ini semakin dekat dengannya? Arianna tersentak saat interkom berbunyi.
                “Arianna, masuk pejabat saya!”arah Datuk Rashid.
                Hanum membuat muka. “Okaylah, baik you pergi. I pun nak buat kerja…”
                Arianna memandang Hanum yang mula beredar. Takut mendengar suara Datuk Rashid agaknya. Telah Arianna. Arianna memperkemaskan dirinya. Tangannya terasa menggigil. Pertama kali dia akan berhadapan dengan lelaki itu. Arianna tidak tahu bagaimana harus dia bereaksi. Bolehkah dikawal perasaannya nanti? Harapannya dia tidak akan menerkam ke arah lelaki itu dan menghamburkan segala kemarahan! Atau lebih parah lagi membunuh lelaki itu di hadapan Datuk Rashid!
                Ketika Arianna masuk ke pejabat Datuk Rashid, seorang lelaki sedang duduk di hadapan lelaki tua itu membelakanginya. Datuk Rashid memberi isyarat menyuruhnya duduk di sisi anaknya. Arianna semakin berdebar. Bagaimana agaknya wajah lelaki itu? Perlahan-lahan Arianna melabuhkan punggungnya. Badannya tegak menghadap Datuk Rashid. Wajah disisinya langsung tidak dipandang. Arianna mula cuak sambil memikirkan reaksi terbaik yang harus dipamerkan nanti.
                “Arianna saya perkenalkan anak lelaki saya, Ammar Afi…”perkenal Datuk Rashid.
Arianna berpusing, menghadap ke arah lelaki bernama Ammar Afi itu. Saat matanya menatap wajah Ammar Afi, Arianna sedikit kaku melihat senyuman lelaki itu. Tangan yang dihulurkan disambut dengan sedikit cemas. Lelaki inikah? Lelaki inikah, along? Arianna bermonolog. Debaran di dada semakin kencang. Sehabis daya dia menahan gelodak di dalam dirinya. Marah, benci, dendam bercampur menjadi satu. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku!
“Well, Afi ini Arianna my PA but now she’s yours….”beritahu Datuk Rashid.
“Hah??” terletus suara Arianna yang agak kuat itu.
Datuk Rashid terkejut dengan reaksi Arianna yang mendadak. Ammar Afi turut hairan. Mengapa perlu sebesar itu reaksi wanita di sisinya itu? Namun raut wajah wanita itu mengingatkannya kepada seseorang. Hampir sama! Kalau tidak kerana tahi lalat di hujung bibir Arianna pastinya dia akan menganggap Arianna adalah orang yang sama. Tapi tak mungkin! Desis Ammar Afi.
“Kenapa Arianna?”soal Datuk Rashid.
“Ss..saya…”
“Inilah bantuan yang saya nak minta dari awak Arianna. Well, Afi akan mula menerajui Enigma Corporation dan saya pula akan jadi penasihat kepada Afi. Sudah tiba masanya untuk saya bersara dan bersama dengan isteri saya di rumah. Lagipun saya dah janji dengan Datin, kalau Afi balik ke Malaysia saya akan teman dia pergi umrah. Saya serahkan segala urusan Enigma kepada Afi dan saya nak awak bantu dia macam mana awak bantu saya…”jelas Datuk Rashid.
“Tapi Datuk, saya sendiri pun masih baru, masih banyak lagi yang nak kena belajar. Saya takut saya tak mampu Datuk,”tolak Arianna. Apa yang disampaikan Datuk Rashid agak sukar untuk diterima. Arianna masih lagi bertatih dalam soal pentadbiran Enigma. Untuk membantu seseorang menguruskan syarikat sebesar Enigma adalah di luar kemampuannya. Apatah lagi untuk bekerjasama dengan musuh ketatnya. Memang ini yang diinginkannya selama ini namun jika berlaku secepat ini Arianna benar-benar belum bersedia.
Datuk Rashid tersenyum. “Kalau saya percaya awak mampu lakukannya, kenapa awak tidak yakin dengan diri sendiri Arianna? Saya dah tengok dan perhatikan cara awak bekerja. Awak seorang yang efisien. Saya tahu awak boleh bantu Afi. He needs someone like you to assist him Arianna. Biarpun dia belajar di luar negara, mempunyai ijazah tetapi pengalaman lebih berharga. You have all the criteria Arianna…”puji Datuk Rashid.
“Tapi….”
“If Datuk Rashid believes that someone has the ability that’s mean he had a high expectation on you Arianna. I don’t think he will choose you if you’re not capable,” ujar Ammar Afi meluahkan pendapatnya pula.
Arianna terkedu seketika. Karisma yang ditunjukkan lelaki itu sedikit sebanyak mempengaruhi perasaannya. Apakah benar lelaki ini Arissa? Arianna bertanya pada diri sendiri. Ah! Kita tidak boleh menilai seseorang daripada luaran sahaja. Ini baru pertemuan pertama. Aku tidak boleh menghakimi dia sebegitu mudah. Ini juga mungkin topengnya. Aku akan buktikan pada semua siapa kau sebenarnya!
Arianna menarik nafas panjang. “Kalau macam tu baiklah Datuk. I’ll do my best…”
Datuk Rashid dan Ammar Afi tersenyum senang dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh Arianna. Datuk Rashid berharap Arianna benar-benar dapat membantu Ammar Afi. Datuk Rashid tahu Arianna adalah calon yang layak dalam perkara ini. Arianna memandang ke arah Ammar Afi dengan ekor matanya. Ada senyuman sumbing terukir di wajahnya. Langkah kedua sudah pun mula menapak. Arianna semakin yakin apa yang dirancangkan akan berjaya.               
                Arianna menemani Ammar Afi meninjau keadaan ruangan pejabatnya. Biarpun Ammar Afi akan memegang jawatan pengarah urusan di Enigma namun pejabat Datuk Rashid tetap menjadi milik papanya. Sebagai penasihat Engima, pastinya Datuk Rashid memerlukan ruang kerjanya. Apatah lagi sesekali Datuk Rashid akan datang ke pejabat untuk memerhatikan perkembangan syarikat dan para pekerja. Biar apapun keputusan Ammar Afi tentang urusan dan perjalanan syarikat, persetujuan Datuk Rashid masih diperlukan.
                Well besar jugak bilik ni,”beritahu Ammar Afi. Matanya melilau memerhatikan pejabat barunya. Di dalam bilik itu semua kemudahan yang diperlukan boleh dikatakan begitu lengkap. Terdapat satu set sofa bersebelahan dengan meja kerjanya. Terdapat juga bilik air di bahagian kiri berhampiran dengan sofa. Di atas meja pula terdapat satu set komputer dan juga satu televisyen cctv untuk memerhatikan ruangan pejabat di luar untuk memantau pergerakan para pekerja. Mungkin untuk melihat sejauh mana kesungguhan para pekerja dalam melakukan setiap tugasan mereka.
                Ammar Afi mencuba kerusi barunya. Terasa begitu empuk dan selesa. Sememangnya Ammar Afi tidak mengharapkan ini semua. Seandainya diberikan bilik yang sederhana pun Ammar Afi sudah bersyukur. Asalkan dia dapat bekerja di dalam keadaan yang selesa. Andai bilik sebesar manapun tetapi prestasi tidak memuaskan ianya tidak dapat menjamin perkembangan syarikat.
                Ammar Afi menoleh ke arah Arianna yang tercegat di hadapannya. Selepas keluar dari bilik papanya, wanita itu langsung tidak bersuara. Pelik juga dia melihat kelakuan Arianna yang kelihatan kekok dengannya. Seolah-olah cuba menjarakkan diri dengannya. Namun Ammar Afi sendiri merasa kekok memandang Arianna. Wanita itu mengingatkannya pada seseorang. Seseorang yang begitu dekat di hatinya.
                “Arianna….duduklah!”suruh Ammar Afi. Tanpa banyak bicara Arianna menurut kata-kata Ammar Afi. Sebenarnya Arianna tidak selesa berdua-duaan dengan Ammar Afi. Berada di bilik Datuk Rashid tadi pun Arianna merasa janggal lagikan berduaan sebegitu. Apatah lagi Arianna bimbang dia akan bereaksi agak melampau seandainya dia tidak dapat menahan perasaannya sendiri nanti.
                “What do you expect from me?”tanya Ammar Afi.
                Arianna tercengang. “Hah?”
                Terukir senyuman di wajah Ammar Afi. “Ke mana menghilangnya fikiran awak Arianna?”duga Ammar Afi pula.
                Arianna jadi gugup. “Saya…saya minta maaf…”
                “Awak okay ke tak ni?”
                “Err…saya okay encik…”
                Ammar Afi melepaskan keluhan. Perlahan-lahan dia bangkit dari kerusi dan menuju ke sofa. Ammar Afi duduk di situ pula. Arianna sekadar kaku di tempatnya biarpun dia pelik dengan kelakuan Ammar Afi itu. Ammar Afi memandang ke arah Arianna yang masih tegak di kerusinya. Wanita itu agak dingin. Ammar Afi membuat telahan sendiri.
                “Come here Arianna. Let’s have a chit chat…”ajak Ammar Afi. Dia menunjukkan ke arah sofa di hadapannya. Mempelawa Arianna duduk di situ bersamanya.
                Arianna pantas menoleh ke arah Ammar Afi yang kelihatan lebih santai di sofa. Chit chat? Chit chat apa pulak kat ofis ni? Tak kuasa aku nak borak-borak dengan pembunuh macam kau!
                “Perlu ke saya pimpin tangan awak baru awak nak datang dekat sini?”usul Ammar Afi pula apabila tiada reaksi dari Arianna. Ammar Afi pura-pura bangun dari sofa.
                Arianna bingkas bangun dari kedudukannya dan menuju ke arah sofa tergesa-gesa. Takut mendengar kata-kata Ammar Afi yang berbau ugutan itu. Ammar Afi menyembunyikan senyumannya dengan belakang tangannya. Rasa lucu pula apabila Arianna menggelabah dengan gurauannya. Biarpun Arianna tidak bangkit tadi Ammar Afi juga tidak akan melakukan apa yang diperkatakannya. Apalah haknya untuk menyentuh wanita itu? Bukan isteri dan bukan juga teman wanita. Tidak tahu pula yang Arianna termakan dengan ugutannya itu.
                Ammar Afi memandang wajah serius Arianna di hadapannya itu. “Janganlah tension-tension macam ni Arianna. You kena rileks sikit. Bekerja dalam tekanan tak dapat berikan hasil yang terbaik bukan?”
                “I’m okay like this Encik Ammar…”balas Arianna.
                Ammar Afi menjungkit bahu. Tidak mahu berbahas tentang itu. Apa yang penting adalah cara untuk mereka berdua berkomunikasi dalam urusan pejabat nanti. “Okay, fine. Cuma I harap nanti antara kita dapat berkomunikasi dengan lebih baik. It’s to ease our relationship by way of communication. I tak nak you bekerja dalam keadaan yang tertekan dan tak dapat bagi yang terbaik nanti. Bagi I lebih bagus kalau suasana kerja tu rileks. And please, don’t worry! I tak makan orang and you tak payah takut dengan I okay?”jelas Ammar Afi. Dia harus menerangkan bagaimana yang dia mahukan supaya dapat menyenangkannya dalam menyelesaikan segala urusan.
                “Saya faham encik Ammar…I’ll do my best..”
                “I hope so….”
                “Anything else Encik Ammar?”soal Arianna. Dia ingin segera keluar dari pejabat itu. tidak betah untuk berdua-duaan dengan Ammar Afi untuk masa yang lama.
                “Nope…you may go now…”
                Ammar Afi memerhatikan gerak langkah Arianna yang bangkit dari tempatnya. Baru sahaja Arianna membuka pintu Ammar Afi memanggil namanya. Arianna memusingkan badannya.
                “Tak salah kalau you senyum dengan bos you. Senyumkan sedekah? Kalau muka asyik berkerut macam tu Nampak sangat yang you tak suka kerja dengan I!”kata Ammar Afi dalam nada bergurau.
                Arianna tergamam seketika. Selepas menghadiahkan sebuah senyuman tawar kepada Ammar Afi, Arianna terus beredar menuju ke mejanya. Dia tidak mahu melayan kerenah Ammar Afi yang mula mahu bergurau dengannya. Lelaki itu seorang pembunuh yang kejam. Dia tidak layak untuk berada di sini pada hari ini. Arianna sedar kini dia harus mula mengatur strategi.
                Arianna dapat menangkap dengan jelas melalui anak matanya tubuh Hanum yang kerkedek-kedek menghampirinya. Arianna mengeluh sendiri. Belum sempat dia duduk Hanum sudah pun terpacak di hadapannya.
                “You ni tipulah Ari. Tak baik tau!”tuduh Hanum tiba-tiba.
                Arianna terkejut. Timbul rasa marah dituduh begitu. “Apa maksud you ni Hanum?”tanya Arianna sambil mengawal intonasinya agar tidak keterlaluan.
                “You kata you tak tahu apa-apa tapi sekarang ni tiba-tiba je you jadi PA anak Datuk. Apa kes?”
                “Memang I tak tahu apa-apa. Masa masuk bilik Datuk tadi je baru I tahu…”Arianna menjelaskan perkara yang sebenar.
                Hanum mencebik. “Yalah tu, takkanlah you tak tahu. You dengan Datuk kan baik. Datuk mesti dah bagitahu you awal-awal. Sengaja je you nak sorokkan. Betul tak?”
                “Suka hati youlah Hanum. You cakaplah apa pun ia takkan mengubah apa-apa. You tetap dengan kerja you dan I tetap jadi PA anak Datuk,”bidas Arianna geram. Bukan sengaja mahu mendabik dada cuma dia tidak mahu hal-hal remeh sebegitu diperbesarkan. Kalau sekadar mahu bergosip, Arianna tidak mahu terlibat.
                “Berlagak!”gumam Hanum lalu beredar.
                Arianna memandang Hanum yang sudah pun beredar. Lantak kaulah Hanum. Kau cakap apa pun tak dapat nak tolong aku! Bentak Arianna di dalam hati. Perasaan hasad dengki dan tidak mahu orang lain berjaya yang sebati di dalam diri tidak dapat meningkatkan taraf hidup kita. Arianna percaya hanya dengan usaha dan saling bantu membantu penting dalam mencapai kejayaan.
                “Biarkanlah Hanum tu Ari. Dia cemburu sebab you yang jadi PA anak Datuk bukan dia. Ada hati nak ngorat anak bos,”sampuk Zarin yang baru sahaja mampir ke meja Arianna. Geram melihat perangai Hanum yang tak habis-habis dengki dengan Arianna. Dari dulu lagi ada sahaja yang dilakukan untuk menyakitkan hati Arianna. Zarin kagum dengan kesabaran Arianna yang tidak pernah ambil hati dengan kata-kata Hanum yang lebih sudu dari kuah itu.
                Arianna senyum. “I memang tak pernah layan dia Zarin. Dia yang rasa I ni saja nak sakitkan hati dia tapi sebenarnya I malas nak peduli orang macam tu. Menghabehkan boreh je…”
                Zarin tergelak begitu juga Arianna. Wajah mencuka Hanum apabila mendengar tawa Zarin dan Arianna membuatkan mereka berdua semakin galak ketawa. Arianna merasa senang kerana dendamnya selama 7 tahun akan mula terlunas mulai hari ini. Ammar Afi aku akan buat kau bayar segala penderitaan aku selama ini!