Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Tuesday, 29 October 2013

BAB 2



Arianna menatap kalendar yang tergantung di dinding. 20 Julai 2000. Hari ini adalah harijadi kakaknya yang ke-20.  Hari ini juga ahli keluarganya merancang untuk mengadakan majlis harijadi untuk Arissa yang akan pulang dari asrama. Kebetulan pula abah mereka bercuti pada minggu itu. Sememangnya ini adalah harijadi yang meriah biarpun hanya disambut oleh mereka berempat.
                Puan Ainon telah pun membeli kek chocolate indulgence kegemaran Arissa pagi tadi di Secret Recipe dan menyediakan masakan spaghetti meatball untuk di makan bersama nanti. Abah pula keluar membeli makanan ringan di pasaraya berhampiran dengan rumah mereka. Arianna pula bertanggungjawab menghias kawasan ruang tamu dengan belon.
                Sedang asyik meniup belon untuk digantung, telefon rumah berdering. Sepantas kilat Arianna menjawab panggilan. Kedengaran suara Arissa di corong telefon.
                “Along! Lambat lagi ke? Kita orang dah prepare ni!”kata Arianna bersungguh-sungguh.
                Arissa ketawa. “Along dah on the way ni. Tapi kawan along singgah beli barang kejap. Nanti dalam 20 minit along sampai…”
                “Kawan? Kawan mana? Kak Imah ke?”tanya Arianna. Meneka mungkin Arissa membawa pulang Naimah bersama.
                “Err…adalah…”balas Arissa, cuba berahsia.
                “Lelaki eh…..”duga Arianna, cuba mengusik.
                Suara Arissa ketawa kecil jelas di pendengaran Arianna. Arianna tahu seandainya Arissa tidak membalas kata-katanya bermakna tekaannya adalah benar. “Siapa along? Bagitahulah!!”desak Arianna tidak sabar.
                “Ish adik ni! Nantilah, dah sampai rumah baru adik tahu, okay?”
                Arianna mencebik bibir. Sehingga talian diputuskan Arissa masih berahsia tentang tetamu misteri yang turut diundang ke majlis harijadinya. Kakaknya itu memang suka berteka teki- Lebih-lebih lagi Arissa tahu Arianna bukanlah seorang yang penyabar. Sengaja dia menyakat adik kesayangannya itu. Lucu melihat muncung panjang Arianna apabila merajuk.
                “Siapa tu dik?”tanya Puan Ainon yang baru sahaja keluar dari dapur.
                Arianna berpaling. “Along, dia kata dah on the way. Along bawak kawan ibu. Mesti boyfriend!”
                “Ish ada-ada je adik ni. Entah-entah Naimah?”usul Puan Ainon
                “Adik tanya tadi Along tak cakap pun. Nak berahsia bagai pulak. Entahlah. Along tu kan suka bagi surprise. Nanti kita tengoklah ibu, siapa tetamu misteri tu!”
                Jam sudah menginjak ke angka 8 malam, namun Arissa masih belum tiba di rumah. Sewaktu dia menelefon, katanya hanya mengambil masa 20 minit. Tetapi sekarang sudah hampir empat jam. Kedua ibubapa Arissa mula resah menunggu di ruang tamu. Arianna pula sedari tadi mendail nombor Arissa namun tiada jawapan. Arianna tiba-tiba merasa tidak sedap hati.
                “Dapat?”tanya Encik Azrai apabila Arianna meletakkan gagang telefon.
                Arianna menggeleng. Kerisauan jelas merajai semua orang yang berada di ruang tamu. Puan Ainon mula bergenang airmata. Dia benar-benar bimbangkan keselamatan Arissa.
                “Kita report polis bang?”usul Puan Ainon bimbang. Arissa tidak pernah berkelakuan seperti ini.
                “Belum 24jam lagi Ain…lagipun mungkin traffic jam. Kan dia datang dengan kawan dia. Tak ada apa-apalah,”pujuk Encik Azrai. Bahu isterinya dipaut. Cuba meredakan kerunsingan yang bermain di minda Puan Ainon. Di dalam hatinya sendiri terdetik rasa cemas namun dia tidak mahu menambahkan kerisauan isterinya. Apa yang dah berlaku?
                “Saya risau bang. Rasa tak sedap hati je..Macam mana kalau apa-apa terjadi pada Arissa?”luah Puan Ainon.
                “Jangan fikir yang bukan-bukan Ain. Itu cuma mainan perasaan saja. She’s going to be okay!”sangkal Encik Azrai. Tidak mahu isterinya berfikiran negatif tatkala mereka semua sedang risaukan keadaan Arissa.
                “Biar adik try call lagi sekali!”kata Arianna. Sengaja dia mencuba mendial nombor kakaknya. Arianna mahu menyejukkan hati Puan Ainon.
                Loceng pintu berbunyi. Kedengaran suara orang memberi salam. Arissa! Mereka bertiga menuju ke muka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, mereka terkejut melihat dua orang lelaki yang berpakaian polis. Dada masing-masing semakin berdebar.
                “Ini rumah Arissa Sofea Binti Azrai?”tanya salah seorang pegawai polis tersebut.
                “Ya, saya ayahnya. Kenapa Tuan?”
                “Encik Azrai? Saya Inspektor Mokhtar. Ini Detektif Khalid…”
                Encik Azrai menyalami kedua-dua pegawai polis di hadapannya. Kedua-dua pegawai polis itu kelihatan serba salah untuk memberitahu tujuan mereka ke situ. Tidak terlintas untuk menyampaikan sesuatu yang menyedihkan, tetapi itu adalah kewajipan mereka sebagai anggota polis. Tidak kira siapa dan masa, mengetepikan segala gelodak perasaan, tugas perlu diutamakan.
                “Maafkan saya Encik Azrai. Harap encik dapat ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pengecaman….”
                Mereka bertiga tersentak. “Pengecaman??”
                “Petang tadi pihak polis ada menemui mayat di Lembah Klang. Encik diminta datang ke hospital untuk membuat pengecaman ke atas mayat tersebut.”
                Encik Azrai tergamam. Puan Ainon terus pengsan namun suaminya sempat memaut tubuh longlainya. Arianna kaku di belakang ibubapanya. Mayat? Hospital? Tiap bait kata yang didengar ibarat bumi terbelah dua. Arianna seperti terkena renjatan elektrik. Arianna berharap apa yang didengarnya adalah satu mimpi ngeri dan Arianna mahu cepat-cepat tersedar dari mimpi itu.
Bukan mudah untuk menerima orang yang tersayang pergi begitu sahaja. Biarpun terasa seperti satu mimpi ngeri namun itulah yang benar-benar berlaku. Sehingga mereka bertiga memijak kawasan hospital, mereka masih tidak mahu mempercayai bahawa Arissa telah tiada. Hati mereka menidakkan bahawa mayat yang dijumpai itu bukan Arissa.
Ketika mata tertancap pada perkataan ‘Bilik Mayat’, mereka masih tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. Inspektor Mokhtar menghampiri Encik Azrai dan menyuruhnya masuk ke bilik mayat tersebut. Arianna dan Puan Ainon membontoti dari belakang dengan langkah yang lemah. Di dalam hati Arianna berharap apa yang berlaku tidak benar. Arissa masih ada. Arissa cuma tersangkut di dalam kesesakan jalanraya. Arissa masih ada!
                Kedinginan pendingin hawa di dalam bilik mayat itu dapat dirasai hingga ke tulang sumsum. Tatkala menghampiri sebuah troli Arianna berdebar-debar. Terdapat satu jasad kaku terbaring diselimuti kain putih. Puan Ainon memegang erat tangan suaminya. Sebaik sahaja doktor menyingkap selimut putih itu, Puan Ainon sekali lagi pengsan. Encik Azrai tergamam. Tubuh isterinya dipaut daripada tersembam ke lantai. Airmatanya menitis. Arianna pula kaku di tempatnya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
                “Bukan…bukan…bukan….”suara Arianna separuh berbisik. Kepalanya digelengkan berulang kali. Airmatanya mula merembes keluar, ibarat empangan yang pecah.
                Encik Azrai menoleh ke arah Arianna yang sudah tidak tentu arah. “Along, dik! Along…” Encik Azrai tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kesedihan merajai hatinya. Melihat jenazah anaknya yang kaku di pembaringan membuatkan Encik Azrai tidak mampu menahan perasaan. Apatah lagi jasad Arissa yang penuh dengan kesan lebam dan luka di hampir keseluruhan tubuhnya.
                “Along!!!”tempik Arianna. Diterpa ke arah Arissa yang kaku. Dipeluk tubuh yang tidak bernyawa itu. Arianna mengongoi kesedihan sambil berulang kali memanggil kakaknya. Namun Arissa tidak mungkin akan menyahut. Arissa tidak bergurau mahupun mengusiknya. Arissa benar-benar telah mati.
                “Along! Bangun! Bangun!” ngongoi Arianna. Tidak percaya jasad kaku itu milik Arissa. Tidak mungkin Arissa akan meninggalkannya secepat ini. Tidak mungkin.
                Suasana pilu memenuhi setiap ruang bilik mayat tersebut. Inspektor Mokhtar dapat merasakan kesedihan keluarga mangsa ketika ini. Berkhidmat sebagai polis selama 15 tahun membuatkan dia sudah lali dan kebal dengan keadaan seperti ini. Namun jauh di sudut hati masih ada rasa simpati dan sedih melihat kematian yang tragis seperti Arissa. Penjenayah tersebut harus ditangkap dengan segera. Tekad Inspektor Mokhtar.
                “Encik Azrai…”
                Encik Azrai berpaling ke arah pegawai polis yang turut bermuram menyaksikan kesedihan yang melanda keluarganya.
                “Sekali lagi saya ucapkan takziah…”ucap Inspektor Mokhtar.
Encik Azrai sekadar membalas dengan anggukan yang perlahan. “Macam mana boleh jadi macam ni Inspektor? Apa yang berlaku pada anak saya”soalnya sayu. Terluka melihat keadaan jasad Arissa yang penuh dengan kesan lebam.
                “Siasatan awal mendapati anak Encik Azrai telah dirogol sebelum dibunuh. Tapi selepas bedah siasat dilakukan barulah kita dapat kenal pasti punca kematian mangsa,”jelas Inspektor Mokhtar.
                Encik Azrai terkejut. Dia memandang Mokhtar seakan tidak percaya. Arianna turut tersentak. Puan Ainon yang masih mamai turut terkejut. Rogol?
                “Siapa? Siapa yang sanggup buat ni semua Tuan?”soal Encik Azrai sedih.
                “Pihak kami akan siasat perkara ini…dan sesiapa saja yang melakukan perkara ini pasti akan kami tangkap!” tegas Inspektor Mokhtar.
                Encik  Azrai memeluk erat Puan Ainon yang menangis hiba. Hati ibubapa mana yang tidak sedih sekiranya anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang selama 19 tahun meninggal dunia dalam keadaan sebegitu. Tiada lagi gelak tawa Arissa. Tiada lagi rajuk manja anak sulungnya itu. Arissa telah pergi meninggalkan mereka dengan penuh penderitaan. Arissa Sofea yang manis dan baikhati yang menjadi permata hati mereka selama ini telah pergi untuk selama-lamanya.
               

Monday, 28 October 2013

Roti Penis????

2 minggu lepas aku dan Suzani pegi la kt kedai kek Muhibah kt ngn opis aku ni..Asalnya pegi sbb Suzani ckp ngn aku pekerja dia salah eja satu nama roti ni. SO aku pun pergi la tgk dengan mata kepala aku sendiri. Yup, terbukti benar tnpa beyond reasonable doubt lagi yg ejaannya salah. Roti tu ditulis JAPENNIS BREAD...OoooEmmmGeeee...Penis Bread? WTF!!

Aku pun dengan mulia hati tanpa mala fide telah menegur budak tu. 
"Dik roti ni roti apa? Roti jepun?" Berbudi bahasa tak ayt aku?
Budak tu mcm tak fhm. Dia ckp roti tu bukan roti tp sejenis biskut. Aku ni cm BLUR dgn penerangan dia yg seolah2 ada ingredient FALSE MISREPRESENTATION itu. Aku tnya lagi "Roti jepun? U nak cakap roti ni roti jepun ke?" Well budak tu memang tak faham apa yg aku cuba sampaikan. Aku pun dengan berbesar hati ckp kt dia "Dik ejaan ni salah. Kalo eja macam ni maksud dia lain. Maksud dia "yg lelaki punya tu" 
Beria la konon cakap nak berlapik tp budak tu blh plak ckp "memang ejaan dia mcm tu..."
Huh sakit ati plak aku dgr. Aku ngn Suzani blah la dari situ. Suzani pun ckp ngn aku yg nampak sgt dia tu tak blh nak ditegur. Dahlah buat muka OK! Kononnya kitaorg ni salah la dia betul. Phuiiiii!! Haram Jadah Ko..
 Semalam Suzani ckp dia pegi beli roti kt kedai tu lg and ejaan dia masih sama. TIDAK DITUKAR. OMG!!! Padahal kita org gi yg kt KB tuh ejaan dia Japanese Bread ok! Sudah disahkan. Arini aku gi lagi kedai Muhibah tu and tgk memang ejaan di masih blm ditukar. Pekerja yang sama gak kat kaunter.

Aku : Bila you nak tukar ejaan ni? 
Budak tu dgn muka kerek tgk aku. 
Aku : Ejaan ni salah. Sepatutnya J-A-P-A-N-E-S-E yg u eja ni maksud dia kemaluan lelaki [ Yup aku malas nak beramah mesra dah, suara aku pun memang dgn nada annoying]
Blh plak pekerja tu dgn selamba cakap "eh saya dah tanya da memang ejaan dia yg betul mcm tu!"
Aku cakap ngn dia kedai Muhibah kt KB tak eja macam ni pun..Ada sorang lagi pekerja dia kt situ tumpang dgr perbualan aku. Nampak berjurus. Dia tanya aku kat situ eja cmne?
Aku ckp "u nak refer roti ni as apa? Roti jepun? Kalo roti jepun ejaan dia JAPANESE! yg u eja ni maksud dia kemaluan lelaki!" Pekerja no 2 tu tergelak tgk aku. Dia pun cm sedar yg ejaan diaorg tu salah
Aku cakap lagi sbb nampak budak tu tak puashati ngn aku "Kalo u tak percaya u tnya Supervisor you"
Dan paling annoying lagi budak tu dgn tak puas hati amek papan tu kelentung kelentang nak memberontak la konon...Pastu siap ckp "yg aritu pun akak gak kan?" AKu : AAH! and aku terus blah...

Moralnya : da la ko salah pastu org tegur tak nak dgr tak nak terima belagak, sombong, tp bodoh! Susah juga ye deal ngan manusia yg bodoh sombong nih..esok aku nak anto adik aku plak cek tgk da tukar ke belum..Kalo belum dia yg MALA FIDE bukan aku..Hahahahahahahahahaha

BAB SATU

TAHUN 2000…
                Arianna menyorong basikalnya ke dalam kawasan rumah. Beg sekolah di dalam raga basikal di ambil. Beratnya! Omel Arianna di dalam hati. Mahu sahaja dia meninggalkan separuh daripada buku teksnya di dalam laci meja di sekolah, namun arahan Pengetua yang tidak membenarkan pelajar meninggalkan buku teks diterima dengan berat hati oleh Arianna dan semua pelajar. Semenjak kes berlakunya kehilangan buku teks yang ditinggalkan di laci meja, Pengetua mengambil tindakan seperti itu.
                Sebaik masuk sahaja ke dalam rumah mata Arianna melilau mencari sesusuk tubuh milik ibunya. Dihempaskan beg sekolah di sofa sebelum melangkah ke dapur. Kelihatan ibunya sedang asyik mengacau sesuatu di dalam periuk. Arianna mengetap bibir, cuba untuk tidak mengeluarkan suara. Kakinya terjengket-jengket merapati ibunya daripada belakang. Baru sahaja dia ingin mencuit bahu ibunya untuk mengusik, terlebih dahulu dia disergah oleh seseorang.
                “Hah…buat apa tu??”
                Arianna melompat terkejut. Puan Ainon mengurut dadanya. Reaksinya tidaklah sebesar Arianna. Arianna mencekak pinggangnya, memandang ke arah Arissa dengan wajah masam tanda protes terhadap perbuatan kakaknya. Arissa ketawa sambil memegang perutnya yang mula senak akibat ketawa.
                “Kenapa dengan along ni? Buat terkejut ibu jelah…”tegur Puan Ainon.
                Arissa tersengih. Tanpa suara dia menyebut perkataan ‘sorry’ pada ibunya. Puan Ainon sekadar menggeleng kepala. Arissa memang selalu begitu.
                “Eii…along ni kan! Nasib baik la adik tak ada heart attack tadi! Tiba-tiba je sergah orang macam tu!”marah Arianna. Dadanya masih berdebar-debar akibat terkejut disergah alongnya tadi.
                Arissa mencemik. “Eleh, terkejut konon. Kalau ibu nak tahu, tadi adik nak usik ibu, konon-konon nak buat ibu terkejutlah, tapi along dulu yang buat dia terkejut. Tu yang dia marah sangat! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,”beritahu Arissa.
                “Eh, mana ada! Jangan nak main tuduh-tuduh okay?!”dalih Arianna.
                “Tuduh apa pulak? Kalau tak kenapa masa masuk rumah tadi tak bagi salam?Hah, kenapa?”
                Arianna menjelir lidah ke arah Arissa. Tidak berpuas hati kerana kakaknya dapat menghidu rancangan jahatnya.
                “Mengakulah tu!”usik Arissa lagi.
                “Ibu tengok along ni!”adu Arianna sambil memaut lengan Puan Ainon manja. Puan Ainon sekadar tersenyum. Arissa dan Arianna memang sering bertelagah namun dia tahu kedua adik beradik itu memang gemar bergurau sebegitu.
                “Mengada! Dia kalau dah buat salah memang macam tu. Ibu jangan layan sangat adik tu! Dah besar pun nak manja-manja. Tak malu.” Arissa masih belum puas menyakat Arianna. Peluang sebegitu memang jarang diperolehi semenjak dia menyambung pelajaran di universiti. Sesekali mengusik Arianna yang manja terubat rasa rindu pada saat-saat manis ketika bersama keluarga.               
                “Sudahlah kamu berdua. Asyik bergaduh saja. Hah, adik! Pergi salin baju sekolah. Bau peluh adik tu dah melekat kat baju ibu tau tak?”ujar Puan Ainon.
                Arianna tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Arianna mencium pipi Puan Ainon sebelum beredar menuju ke biliknya. Sebaik menghampiri Arissa yang duduk di meja makan, Arianna yang nakal menarik tocang Arissa dan terus berlari.
                “Ouch….adik…!!!”jerit Arissa. Kedengaran suara Arianna ketawa di tingkat atas. Arissa merengus perlahan. Geram pula apabila tidak dapat membalas perbuatan nakal adiknya itu. Puan Ainon menggeleng beberapa kali. Macam-macam!
                Arissa mendandan rambut panjang milik Arianna dengan rapi. Rambut Arianna yang lurus dan hitam itu kelihatan cantik. Arissa juga mengimpikan rambutnya sebegitu. Rambutnya juga panjang seperti Arianna tetapi sedikit berombak. Mungkin juga Arianna mengikut genetik ibunya yang berambut ikal mayang, manakala Arianna menyerupai abah.
                “Along ada boyfriend?”laju Arianna bertanya sambil mengunyah kacang yang dibeli Arissa.
                Terhenti seketika tangan Arissa yang sedang menyisir rambut Arianna. Arissa mengerling ke arah ibunya yang kelihatan turut berminat untuk mendengar jawapannya. “Kenapa adik tanya?”
                “Mana tau kot-kot ada mamat Negro minat dekat along. Kat UIA kan ramai pelajar asing…”usul Arianna seraya bergurau.
                Sebaik mendengar kata-kata Arianna, Arissa dengan pantas menyekeh kepala adiknya itu. Arianna mengaduh kesakitan. “Sakitlah along!”rungut Arianna sambil menggosok kepalanya. Puan Ainon ketawa kecil.
                “Tak ada maknanya! Along kat sana nak belajar, nak dapatkan degree bukan nak bercinta!”sangkal Arissa.
Sememangnya itulah matlamat utamanya. Arissa ingin merubah nasib keluarganya. Apabila dia menggenggam segulung ijazah nanti, Arissa mahu membantu keluarga. Arissa tidak mahu abah dan ibu bekerja. Apatah lagi kerjaya abah sebagai jurutera pelantar minyak telah membataskan waktunya bersama keluarga. Tiga bulan sekali barulah mereka dapat berjumpa dengan abah.
                Mungkin ibu sudah biasa sebegitu, tetapi Arissa mahu mengubah rutin keluarga mereka. Biarlah dia pula yang bekerja sementara abah dan ibu menghabiskan masa bersama-sama. Inilah masanya untuk Arissa berbakti kepada abah dan ibu yang telah menjaga dan mendidiknya selama ini.
                “Ala…along kan boleh buat double-degree…”
                Suara Arianna memberi cadangan mematikan lamunan Arissa. “Double degree?”
                “Yelah…satu tu degree dalam bisness admin, satu lagi degree dalam perkahwinan!”
                “Adik ni!”
                Arianna ketawa, begitu juga Puan Ainon dan Arissa. Arianna memang suka bergurau. Keceriaan Arianna di dalam rumah itu yang menjadikan suasana lebih gamat.
                “Yang kedua tu tunggu lepas along habis belajar!”tegas Arissa.
                “Takkan sorang pun tak ada along?”tanya Arianna lagi.
                Arissa menggeleng perlahan. Arianna akan terus mendesak selagi tidak memperolehi jawapan. Arissa tidak tahu sama ada itu adalah kelebihan Arianna atau kekurangannya. Dalam mencari jawapan kepada pertanyaan Arianna, Arissa teringat sesuatu. Sejak akhir-akhir ini memang ada perkara yang mengganggunya.
                “Tak tahulah nak kata ada atau tak ada,”keluh Arissa perlahan.
                Puan Ainon memandang wajah keruh Arissa. “Kenapa long? Ada masalah ke?”soal Puan Ainon prihatin. Bimbang seandainya Arissa mempunyai masalah di universiti. Arianna turut memusingkan badannya menghadap Arissa yang duduk di sofa. Memasang telinga untuk mendengar cerita Arissa.
                “Kat u along tu adalah tiga orang lelaki ni suka kacau along. Rimas juga kadang-kadang. Kalau nak berkawan tu along memang tak kisah bu, tapi diaorang ni macam ada niat jahat. Tu yang along rasa tak selesa. Lagipun ada senior along bagitahu yang mereka bertiga tu memang ada masalah disiplin sikit. Dia pun tak galakkan along berkawan dengan budak-budak tu,”cerita Arissa.
                “Kalau macam tu along kena elakkan diri daripada berkawan dengan budak-budak macam tu. Kena hati-hati juga. Jangan pula sampai buat orang marah,”nasihat Puan Ainon, disambut dengan anggukan oleh Arissa. Dia tahu Puan Ainon bimbang kerana Arissa berjauhan dengan keluarga. Arissa perlu berdikari dan menjaga diri sendiri. Kerisauan Puan Ainon, Arissa anggap sebagai satu tanda kasih sayang seorang ibu.
                Arianna memandang ke arah Arissa yang bermain di gigi pantai. Arissa memang sukakan pantai. Ada kedamaian disitu. Itu yang Arissa beritahunya dulu. Aktiviti di hujung minggu setiap kali abah pulang ke rumah sememangnya dinantikan oleh Arianna dan kakaknya. Disebabkan abah mereka berdua jarang berada di rumah maka setiap masa dan peluang yang ada digunakan dengan bercuti bersama-sama keluarga bagi merapatkan jurang di antara mereka.
                “Bila abah nak balik ke Terengganu?”soal Arianna. Wajah tenang Encik Azrai yang sedang menyuap sandwich ke mulut dipandang lama. Sudah hampir tiga bulan dia tidak berjumpa dengan abahnya. Kerjaya sebagai jurutera pelantar minyak benar-benar menghadkan waktu bersama.
                “Lusa. Kebetulan je abah ada kerja kat HQ sini. Dua minggu lagi baru abah cuti dalam sepuluh hari,”jelas Encik Azrai.
                “Ala…cepatnya! Adik belum puas lagi duduk dengan abah…”gumam Arianna. Dari dulu lagi dia memang tidak suka dengan jadual kerja abahnya. Lebih banyak masa dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. Berjumpa juga jarang sekali.
                Encik Azrai dan Puan Ainon tersenyum dengan gelagat Arianna yang manja. Biarpun umur Arianna sudahpun mencecah 16 tahun, anak bongsu itu memang manja dengan semua orang.
                “Nanti bila abah dapat pindah ke Kuala Lumpur kita dapat bersama lagi…”pujuk Encik Azrai.
                Bercahaya anak mata Arianna mendengar bicara Encik Azrai. “Betul ke abah?”. Senyuman lebar terukir di wajah Arianna. Anggukan Encik Azrai menggembirakan lagi Arianna. Arianna bertepuk tangan.
                “Yeah…!!!”
                Arissa yang mendengar suara Arianna menjerit kesukaan berpaling. Arianna sudah pun berlari menuju ke arahnya. Berkerut dahi Arissa melihat perangai adiknya itu. Arianna membisikkan sesuatu kepada Arissa. Wajah Arissa mempamerkan riak terkejut. Tidak percaya dengan apa baru adiknya sampaikan. Arianna menganggukkan kepalanya beberapa kali, meyakinkan lagi Arissa. Perlahan-lahan terukir senyuman di bibir Arissa. Mereka berdua berpegangan tangan dan melompat-lompat kegembiraan di tepi pantai. Ibubapa mereka ketawa senang melihat telatah cahaya mata mereka.
                Usai sahaja bersukaria di pantai Port Dickson itu, mereka sekeluarga bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Destinasi seterusnya adalah UIA Gombak, untuk menghantar Arissa kembali ke asrama. Esok kuliah Arissa sudah bermula. Arissa agak terkilan kerana dia baru sekejap berjumpa dengan abah dan bermanja dengannya. Selepas ini, dia terpaksa menunggu hampir sebulan baru dapat bertemu kembali. Apatah lagi selepas ini dia akan mulai sibuk dengan mid term.
                Arissa mencium tangan abah dan ibunya. Puan Ainon memeluk erat anak perempuannya. Rasa sebak mula bermukim. Entah mengapa terasa berat pula untuk berpisah. Sebaik pelukan dileraikan, Arianna bersalam dengan Arissa. Belum sempat Arianna mengucup tangan Arissa, Arissa terlebih dahulu menarik Arianna ke dalam pelukan. Arianna tergamam seketika sebelum membalas erat.
                “Jaga umi dan abah bila along tak ada…”pesan Arissa. Ditepuk perlahan bahu Arianna.
                Arianna senyum. “Okay, along jangan risau!”
                “Ingat, jangan nakal-nakal. Belajar rajin-rajin, tahun depan adik nak SPM. Jangan asyik main je. Kalau tak buat apa-apa tolong ibu buat kerja rumah…”sambung Arissa. Dipandang tepat ke wajah Arianna. Tiba-tiba hati Arissa dipagut rasa sayu. Entah mengapa Arissa dapat merasakan perpisahan kali ini lebih lama.
                “Ala, along ni! Asyik membebel je…macam orang tua! Tu yang tak ada orang nak ngorat!”omel Arianna.
                Arissa menjegil matanya. Ibubapa mereka tertawa kecil. Arissa memandang pula ke arah ibunya. “Ibu jaga kesihatan ya. Bila along tak ada jangan pula buat kerja yang berat-berat. Minta tolong adik je. Nanti tekanan darah ibu naik lagi..”
                “Iye…ibu tahu. Anak ibu ni macam doktor pulak…”usik Puan Ainon.
                Arissa tersenyum. “Abah hati-hati kat tempat kerja ek?”
                Encik Azrai mengangguk. “Yelah, along pun belajar elok-elok. Jangan lupa solat..”
                “Baik abah. Lepas ni dah tak boleh jumpa abah. Rasa rindu pulak kat abah,”luah Arissa perlahan. Ada getaran di hujung suara.
                Encik Azrai pelik mendengar kata-kata Arissa. “Kenapa pulak along cakap macam tu? Lagi dua minggu abah balik sini lagi. Masa tu along pun dah nak habis exam kan?”
                Arissa mengeluh perlahan. Entah mengapa jauh di sudut hati Arissa terselit rasa sayu. Apakah masih ada kesempatan untuk bertemu. Sebelum beredar, Arissa memaut lengan Arianna. Wajah Arianna yang agak terkejut dipandang lama. “Ingat, jaga ibu dan abah bila along tak ada!”ulang Arissa sekali lagi. tidak mahu Arianna mengambil lewa pesanannya.
                “Adik tahulah along! Okaylah, bye-bye. See you next week!”
                Arissa melambai-lambai ke arah kereta Waja milik abahnya yang bergerak dan semakin menjauh. Biarpun kelibat kereta sudah hilang di sebalik bangunan namun Arissa masih tercegat di situ. Arissa masih berharap dia dapat menatap wajah-wajah ahli keluarganya. Arissa hanya tersedar apabila teman sebiliknya Naimah datang menegur. Arissa sekadar tersenyum sebelum mengikuti Naimah naik ke bilik. Untuk kesekian kalinya Arissa menoleh ke belakang, memandang ke arah jalan raya dengan mata yang berair.Abah..Ibu..Adik…