Soalnya Siapa

My photo

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Cinta itu aneh...Biarpun sakit masih mahu mencintai..Cinta itu aneh...Biarpun derita masih mahu merindui..Cinta itu aneh...Biarpun perit masih mahu menyayangi..Cinta itu aneh...Biarpun sengsara masih mahu memiliki..Cinta itu aneh...Biarpun terluka masih mahu memaafkan.. Cinta itu aneh...Biarpun pudar perasaan masih mahu meneruskan..Cinta itu aneh dan kita masih terus mengejarnya...."

Followers

READ:-

READ:-

READ:-

READ:-

Mengapa Harus Cinta

Mengapa Harus Cinta

Tuesday, 31 December 2013

Apa Yang Aku Tinggalkan? Apa Yang Aku Akan Hadapi?





Tajuk entry aku sangat poyo so korang hadam jelah yer..(perasan mcm ramai yang baca) hahahahahahaha…Aku anggap aku ada 400 follower k...
  

Arini last day tahun 2013…Nak masuk tahun baru ni mesti ramai yang tnya kita apa azam tahun baru? Aku maleh dah nak berazam bagai sebab bertahun2 nih tak pernah tercapai pun azam aku. Macam contoh aku kononnya nak kurus tapi sampai ke sudah tak diet2 gak..poyo je semua tu..makan tak hengat dunia mana nak kurus hahaha..tagline pun "makan selagi boley makan, da sakit seksok sume benda xley makan" kahkahkahkah

tapi ada satu benda yang aku nak ubah dan enhance (lupa Bahasa melayu apa dia) iaitu solat..Nak perbetulkan solat supaya lebih sempurna. InsyaAllah…Amin…


So basically itu sajalah impian and azam aku untuk 2014. Soal nikah kahwin aku tak nak fikir. Itu urusan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui bila, siapa dan bagaimana. So jangan sapa2 persoalkan takdir Allah pada aku ok? Bukan emo tapi da muak dengan soalan cliché yang seiring dengan pertambahan umur. Baru masuk 30 belum 50 lagi..Apa ada pada umur?


Banyak benda yang berlaku pada aku tahun 2013. Tapi pada tahun inilah aku diuji sebagai seorang perempuan, sebagai kekasih sebagai manusia yang jauh di sudut hati mempunyai perasaan ingin dicintai dan mencintai. Cewah. Nampak tak jiwangnya aku di situ? Kahkahkah. 


Apa yang kita gambarkan dengan reality memang jauh beza. Jangan nak menipu sangat pada kapel2 di luar sana yang hidup korang mcm citer Korea ok..Kononnya lelaki gila sampai nak mati kat korang. Bullshit! Itu semua propaganda nak rosakkan minda kita sebagai perempuan kononnya wujud lelaki mcm tu. Ada tu memang ada tapi dalam seribu lelaki mungkin hanya sorang je. So nisbahnya adalah 1:1000. Whatever.

Tapi dlm banyak pergaduhan dan selisih faham aku belajar banyak benda. Dalam perhubungan ni kita kena saling bertolak ansur, memahami biarpun susah untuk difahamkan dan paling penting membiarkan perasaan curiga dan prasangka macam air sungai yang lalunya seketika dan terus mengalir jauh. Jangan kita pendam and kumpul perasaan tu. 

Kalo nak meroyan ke apa lantak korang la. Perkara paling besar yg perlu aku korbankan untuk melestarikan (fuyooo ayat!) hubungan aku adalah aku perlu untuk membuang ego aku. Yes EGO! Benda nilah yang telah merosakkan banyak hubungan. Malas nak elaborate banyak2 korang fikir sendiri.


Itu kisah cinta. Kisah pasal kerjaya plak. Selepas aku merasa stabil dengan kehidupan aku sebagai PEGUAM di SFC selama 2 tahun aku ambik keputusan drastic untuk quit and join current firm. Bukan kerana nama bukan kerana duit. Sebab gaji aku kat SFC dah besar and mungkin akan bertambah masuk 2014 tapi HATI aku bukan lagi disitu. Biarpun banyak kenangan dan ilmu yang aku dah dapat tp xde ketenangan di situ. Aku ambil keputusan untuk join YRC. Takde gaji just komisen 30% untuk 1 file. RISKY? YES! But I double dare myself. Walaupun xde monthly salary di sini tp aku HAPPY. Aku tak rasa PRESSURE. Aku ceria and I led my life happily here and almost 4 month here not even once I feel regret that I left my old firm. Hidup kena berani. Berani buat apa sahaja untuk kejar impian dan yang paling penting BERANI BUAT BERANI TANGGUNG.


Dalam banyak2 perkara yang jadi dlm idup aku yg paling tak ley blah bila aku, Suzani dan Haryani terperuk di balai opis menyelesaikan isu budak umah si Yani ni..sampai 11mlm kot menapak kat situ dengan tak mandi apanya..Sangat2 drama yusof haslam ok?? Benda besar kuman jadi besar dinosour hahahaha

aku n Suzani di balai polis Wakaf Bharu
RESOLUSI 2014. Itu aku masih fikir selain daripada menjadi muslimah yang lebih sempurna. Semoga Allah menetapkan di dalam hati aku agar aku tidak goyah. Banyak benda yang aku nak kejar pada 2014. Aku nak cuba dapatkan projek utk firm, dapatkan panel bank (before this aku tak nak tp aku rasa aku mampu wat) and byk lagi yg berkaitan dengan perjalanan opis.

Untuk diri sendiri? ……………………………………… lama nak kena fikir apa yang aku nak untuk diri aku sendiri. Hahahahaha. Kawen? Emmmmm well tipu la kalo kata aku tak nak kawen kan. Umur da 30 xfikir pasal kawin memang something wrong somewhere la kan? Of course aku nak kawen tp belum sampai seru lagi. Allah merancang yang terbaik untuk aku dan aku terima. Allah dah bukak hati aku untuk terima someone after 5 years so Allah pastinya ada perancangan yg lebih baik untuk aku tentang perkahwinan. Kalo tahun ni kawen so kawen la aku. Kalo tak tunggu tahun depan tanpa sedikit pun rasa kesal mahupun terkilan.


Selain tu aku nak asah lagi minat aku dlm bidang penulisan...Minat ni sebenarnya masa zaman sekolah menengah lagi...Cuma untuk suka2 n tatapan kawan2 n adik2 aku..xde mende yang serius cuma baru2 ni je terasa nak lebih serius. Macam hebat penulisan aku..hahaha watever yg penting aku puas hati....


tapi make sure


betul tak? Hehehe

So aku rasa itu jelah bg tahun 2013  dan 2014 aku. Eh ada satu lagi. Tahun 2014 adalah tahun berjalan untuk aku. Within the plan ada Istanbul on June (Moga2 tercapai), nak gi Singapore, Indonesia and Korea.  Mungkin 2 negara dlm thn 2014. But Istanbul is a MUST. Hehehehe…Kena kumpul duit banyak2 nih

Masjid Biru, Istanbul
Tak kisahlah apa azam baru, apa resolusi baru, apa impian yang hendak dicapai seiring dengan langkah ke tahun baru ni semoga apa yang kita cita-citakan akan tercapai. Aku doakan impian kawan2 tercapai dan semoga 2014 menjadi tahun yang tak dapat dilupakan oleh kita semua.



I’ll miss you 2013 and welcome 2014 with lots of love…

See you next year 



Sunday, 29 December 2013

Kek Marble Coklat


Sejak akhir2 ni perasan jadi masterchef sikit aku ni...keje nak masak jer..tp upload dulu resepi yg simple2 untuk di share :)
So kali ni aku wat kek marble yg simple jer..xguna banyak bahan pun and mudah sgt2

Bahan2:-

2 cawan tepung gandum/tepung naik sendiri (diayak)

5 biji telur (gred B)

1 cawan gula

1 cawan mentega (aku guna marjerin pelangi sbb bau dia wangi)

1 sudu besar baking powder (xpayah letak kalo guna tepung naik sendiri)
1 sudu teh soda (xpayah letak kalo guna tepung naik sendiri)
esen vanila

1 sudu besar ovalette

5 sudu besar milo/serbuk koko



Cara-cara:

1. Pukul marjerin dan gula sehingga berwarna keputihan / gula hancur

2. Masukkan ovalette dan pukul sehingga rata 


3. Kemudian masukkan telur satu persatu (aku pecahkan semua sbb susah nak wat sorang2 huhu)


4. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan baking powder dan soda bikarbonat beserta esen vanilla. Pukul sekejap dan matikan mixer.

5. Kemudian masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan sudip sehingga rata.

6. Bahagikan kepada dua adunan sama banyak dan letak serbuk milo/koko pada satu adunan


7. Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin dan tepung secara berselang seli. Aku wat 3 sudu besar untuk setiap adunan. 3sudu adunan biasa kemudian 3 sudu adunan milo dan seterusnya sehingga habis.

8. Kemudian ambil lidi sate dan corakkan kek supaya kelihatan menarik.


9. Bakar kek dengan suhu oven 180 antara 45minit / sehingga masak mengikut kepanasan oven masing2.


kek dah masak!

 tadaaaaa....blh makan da :)

BAB 17



Doktor Zahir memandang Ammar Afi yang duduk berhadapan dengannya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang, tidak seperti tujuh tahun sebelum ini. Banyak perubahan yang dapat dilihat pada Ammar Afi . Mungkin juga masa telah menyembuhkan luka di hati lelaki itu. Kehadiran lelaki itu di hospital mungkin sekadar menuntut ketaatannya sebagai seorang anak kepada kedua ibubapanya yang risau tentang dirinya.
                “So how’re you being doing all these times?”tanya Doktor Zahir memulakan perbualan. Mahu memancing minat Ammar Afi yang mendiamkan diri sejak dari tadi.
                Ammar Afi  senyum. “I’m fine uncle. Saya rasa papa dan mama saya terlebih risaukan saya,”balas Ammar Afi.
                Doktor Zahir mengangguk. Dia mengerti apa yang dikatakan oleh Ammar Afi . “They just concerned about you. Lagipun tak ada salahnya Afi datang jumpa dengan uncle kan? Kita borak-borak saja. Dah lama kita tak jumpa sejak Afi ke UK.”
                “Saya faham kerisauan mama tu uncle. Hati seorang mak, kan? Tapi bab yang papa pun terikut-ikut dengan mama yang buat saya tak faham…”ujar Ammar Afi . Sebenarnya dia memang memahami apa yang mamanya rasakan selama ini. Malahan kepulangannya ke Malaysia juga menimbulkan kebimbangan Datin Marlia. Datin Marlia bimbang dia tidak dapat menangani tekanan berada di Malaysia sekali lagi. Mungkin juga mamanya risau kenangan Arissa akan datang kembali.
                Namun Ammar Afi agak terkejut sebaik pulang dari Kelantan beria benar Datin Marlia menyuruhnya berjumpa dengan Doktor Zahir. Biarpun menolak dengan lembut, memberikan segala alasan yang termampu  namun kehendak mamanya sukar untuk disanggah. Datuk Rashid juga menyuruhnya mengikut sahaja kemahuan mama. Dalam keterpaksaan Ammar Afi datang berjumpa Doktor Zahir di hospital. Kekok dan janggal pada awalnya kerana dahulu hospital itu menyimpan pelbagai kenangan pahit.
                Doktor Zahir tergelak. “Datuk Rashid pun risaukan Afi, tapi persetujuan dengan cadangan mama Afi ni cuma nak sedapkan hati mama kamu saja.”
                Ammar Afi  mengeluh. “Mereka bimbang saya masih tak dapat lupakan Arissa….”
                “Do you?”duga Zahir.
                Ammar Afi  memandang wajah Doktor Zahir. Doktor Zahir sudah lama menjadi doktor peribadi keluarganya. Malah persahabatan yang terjalin di antara Zahir dan Datuk Rashid sejak zaman universiti lagi mengukuhkan hubungan mereka sekeluarga. Sebab itulah Datuk Rashid mempercayai Doktor Zahir mampu merawat Ammar Afi  sebelum ini.
                “Saya tak akan lupakan Arissa. Arissa sebahagian dari hidup saya. Semua orang boleh cakap yang itu bukan salah saya. Tapi semua tak dapat nafikan yang saya juga bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada Arissa. Perasaan bersalah tu takkan hilang uncle. Selalu aka nada di sini,”luah Ammar Afi perlahan sambil melekap tangannya ke dada.
                “Afi…uncle tak suruh kamu lupakan dia. Tapi uncle nak kamu berhenti daripada menyalahkan diri sendiri. Semua yang terjadi tu dah tertulis. Kalau waktu tu Arissa bukan dengan kamu sekalipun, perkara tu tetap berlaku. Lagipun Fikri dan Hazri memang dah lama berniat jahat pada Arissa…”ujar Doktor Zahir, cuba untuk menghalang Ammar Afi  daripada berterusan menyimpan perasaan bersalahnya.
                “Tapi Fikri dan Hazri tu kawan saya uncle. Saya patut tahu niat jahat mereka. Saya patut halang mereka. Dan saya tak patut tinggalkan Arissa masa tu! Saya boleh halang semua tu daripada berlaku tapi saya tak buat pun!”bidas Ammar Afi.
                “Afi kamu bukan sengaja tinggalkan Arissa. Kamu sendiri tahu kan? Kamu tahu kan apa yang berlaku masa tu? Kamu lupa?”
                Ammar Afi merengus kasar. Diraup wajahnya dengan perasaan sebal dan gundah. Entah mengapa terlalu sukar untuknya membuang perasaan bersalah itu dari dalam dirinya. Biar apapun yang dikatakan oleh Doktor Zahir dan papa mamanya namun Ammar Afi  tetap tidak dapat mengusir semua itu. Biarpun meninggalkan Malaysia, cuba untuk membina hidup baru di negara orang, perasaan itu tetap menghantuinya.
Arissa bukanlah objek yang bisa dibuang dan dilupakan begitu sahaja. Setiap malam pasti tidurnya terganggu dengan kehadiran Arissa meminta tolong darinya. Dan setiap kali itulah Ammar Afi  tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Biarpun mimpi ngeri itu sudah lama hilang namun sesekali Arissa akan hadir dalam lenanya. Wajah sayu Arissa sehingga kini masih jelas di tubir matanya.
                “Uncle tak pernah tengok Arianna tapi uncle rasa serba sedikit dia sudah mempengaruhi emosi kamu Afi,”kata Doktor Zahir setelah Ammar Afi  sekadar mendiamkan diri.
                Ammar Afi  tersentak. Dipandang ke arah Doktor Zahir yang turut membalas renungannya. “Kenapa nak kaitkan Arianna pulak?”soal Ammar Afi  tidak mengerti.
                “Papa dan mama Afi ada bagitahu yang Arianna mempunyai persamaan dengan Arissa. Betul ke?”
                Ammar Afi  diam. Helaan yang dilepaskan terasa begitu berat. Wajah Arianna terbayang-bayang di matanya. Memang diakui bahawa Arianna dan Arissa mempunyai banyak persamaan dari segi paras rupa. Yang membezakan adalah perwatakan mereka yang berbeza. Arissa seorang yang periang berbanding Arianna yang serius. Namun sedikit sebanyak Ammar Afi  sesekali terkenangkan Arissa apabila bersama Arianna.
                “Arianna dan Arissa adalah dua individu yang berbeza. Bear it in your mind, Afi. Jangan biarkan emosi mempengaruhi pemikiran dan logik kamu,”nasihat Doktor Zahir.
                “Saya tahu uncle. Mereka berdua memang berbeza. Cuma saya tak boleh nak hilangkan perasaan bersalah tu bila tengok Arianna…Arianna buat saya rasa selesa dan perasaan bersalah saya pada Arissa seolah-olah pudar bila saya dengan dia. ”luah Ammar Afi.
                “Uncle faham. Tapi Afi kena ingat, jangan biarkan Arianna mempengaruhi emosi kamu. Seeloknya jadikan kehadiran Arianna sebagai individu yang dapat meringankan beban di bahu Afi. Jangan jadikan dia sebagai individu yang memberatkan lagi perasaan kamu. Faham?”
***********
                “Muka encik nampak pucat. Encik tak sihat ke?”tegur Arianna apabila dia masuk ke dalam pejabat Ammar Afi  untuk menyerahkan beberapa laporan dan surat untuk ditandatangani. Wajah lesu Ammar Afi  menyapa matanya. Sedari pagi tadi lagi Ammar Afi  kelihatan tidak sihat.
                Ammar Afi  mengukir senyuman. “Nothing, Arianna. Not enough sleep last night. By the way, thanks for the concern,”sangkal Ammar Afi. Dia menyelak helaian yang memerlukan tandatangannya.
                “Pagi tadi sepatutnya encik tak ada meeting dekat luar. Kenapa encik masuk lambat? Johari dari bahagian HR tunggu dekat sejam. Encik janji nak jumpa dia,”beritahu Arianna. Kelewatan Ammar Afi  masuk ke pejabat pagi tadi menimbulkan tanda tanya.
Tatkala Johari menanyakan keberadaan Ammar Afi , Arianna sendiri tidak tahu. Apabila dilihat pada diari yang digunakan untuk mencatit jadual Ammar Afi  pada hari ini, tiada langsung mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan klien pada waktu pagi. Ammar Afi  juga tidak memberi informasi kepadanya.
                “I pergi jumpa Doktor Zahir. Last minute appointment dengan dia pagi ni so I tak sempat nak inform you…”jelas Ammar Afi tanpa memandang Arianna yang setia menanti Ammar Afi  menandatangani fail-fail yang baru diberikan.
                “Doktor? Encik tak sihat ke?”soal Arianna mengambil berat. Sepanjang bekerja dengan lelaki itu hampir setengah tahun, Ammar Afi tidak pernah menghadapi masalah kesihatan. Terlebih aktif adalah!
 Pelik juga kerana semalam ketika menghantarnya pulang ke rumah lelaki itu kelihatan baik-baik sahaja. Malah masih galak menyakatnya tentang hal lintah di sawah petang sebelum mereka bertolak balik dari Kelantan. Tidak henti-henti lelaki itu ketawa mengingatkan reaksinya yang ketakutan ketika itu. Pertama kali Ammar Afi melihat satu sisi lain Arianna. Atau apakah perjalanan jauh antara Kelantan dan Kuala Lumpur membuatkan lelaki itu keletihan?
                Ammar Afi menutup fail terakhir. Dipandang wajah Arianna yang jelas menunjukkan rasa ingin tahu. Sekali lagi Ammar Afi senyum. Timbul fikiran nakal di benak fikirannya.
 “Sayang juga you dekat I ya?”duga Ammar Afi seraya mengusik. Tubuhnya disandarkan ke badan kerusi sambil menatap Arianna lama.
                Tersentap jantung Arianna mendengar kata-kata Ammar Afi. Mencerun matanya memandang Ammar Afi. Mulalah tu! Gumam Arianna. “Encik ni suka main-mainkan saya. Saya tanya serius encik bergurau pulak. Saya cuma nak tahu, bukan tanya tu tandanya sayang!”bidas Arianna. Sedikit geram apabila Ammar Afi mengusiknya sebegitu.
                Ammar Afi tergelak. “You tu yang ambil serius dalam semua perkara. Just chill Arianna! Tak ada salah pun kalau you senyum sikit dekat I. At least hilanglah juga penat I tengok senyuman you yang mahal tu!”usik Ammar Afi lagi.
                Arianna senyum paksa, sengaja cuba menyindir Ammar Afi. Dalam tawa Ammar Afi menggeleng-geleng kepalanya. Mengapa susah benar untuk wanita di hadapannya itu untuk tersenyum? Mahal sungguhkah senyuman wanita itu? Tidak mahu membuatkan Arianna semakin geram dengannya Ammar Afi menyerahkan kembali fail-fail yang dihulurkan Arianna dan disambut Arianna.
                “Encik tak jawab lagi soalan saya. Pagi tadi encik ke mana? Bila Johari tanya tadi saya cuma cakap encik ada hal. Bukan ke sebagai PA encik Ammar saya kena tahu ke mana encik pergi pada waktu pejabat?”soal Arianna sekali lagi. Arianna tidak suka cara Johari memandangnya dengan tidak berpuas hati apabila dia memberikan jawapan sebegitu. Seolah-olah dia cuba mempermainkan lelaki itu pula. Sedangkan hampir sejam Johari menunggu kedatangan Rifqi di dalam pejabat Rifqi. Apabila dia menelefon, Ammar Afi mematikan telefonnya.
                “Sorry Arianna. Tak apa nanti saya pergi jumpa Johari. Lagipun I tak boleh cancel appointment doktor tu sebab takut papa dan mama I bising pulak…”ujar Ammar Afi menzahirkan perasaan bersalah atas kealpaannya memberitahu Arianna.
                “Baiklah. Saya faham. Tapi encik sakit apa?”
                Ammar Afi memandang Arianna. “Nak tahu sangat-sangat ke? You harap I ada sakit kronik ke Cik Arianna?”duga Ammar Afi.
                Arianna terkejut dengan tuduhan Ammar Afi. “Apa yang encik cakap ni. Saya tak berniat macam tu pun. Saya cuma….”kata-kata Arianna terhenti apabila Ammar Afi mengangkat tangannya sebagai isyarat supaya dia tidak meneruskan bicara.
                “I gurau saja Arianna. Tak ada apa-apa. Just chit chat with the doctor. Parent I tu saja risau terlebih…Takut sangat I jadi macam dulu.”
                “Macam dulu…?”
                “Takut I jadi gila!”
                Arianna terdiam seketika. Gila? Wajah serius Ammar Afi dipandang lama. Berkelip-kelip mata Arianna cuba memikirkan kembali kata-kata Ammar Afi sebentar tadi. Gila? Lama-lama terletus tawa dari bibir Arianna. Fail-fail ditangan dipeluk erat seiring dengan ketawanya. Ammar Afi terkejut apabila Arianna tiba-tiba sahaja ketawa sebegitu. Apakah dia ada mengatakan sesuatu yang lucu?
                Berair mata Arianna menghamburkan tawanya tidak mempedulikan langsung pandangan Ammar Afi terhadapnya. Gurauan Ammar Afi ternyata menggeletek hatinya. Melihat Arianna yang asyik ketawa Ammar Afi turut terhibur. Pertama kali melihat wanita di hadapannya itu melepaskan emosinya sebegitu membuatkan Ammar Afi percaya Arianna bukanlah seorang yang terlalu serius. Dari tawanya jelas menunjukkan Arianna bersifat ceria. Namun entah mengapa wanita itu seperti menahan perasaannya apabila bersama dengannya.
                Tawa Arianna mulai kendur. Disapu airmata yang membasahi matanya. Ammar Afi tersenyum melihat gelagat Arianna. “Have you had enough?”soal Ammar Afi.
                Arianna mengetap bibirnya menahan diri daripada terus ketawa. “Encik ni buat lawaklah! Saya faham kalau encik suka bergurau tapi nak sampai ke tahap gila tu mengarutlah!”ujar Arianna memberi pendapatnya.
                “You tak percaya?”
                Arianna menggeleng. “Baik saya sambung kerja saya. Kalau saya layan encik alamatnya tak siaplah kerja saya ni…”
                Ammar Afi melepaskan keluhan. Memerhatikan derap sepatu Arianna yang meninggalkan pejabatnya. Ammar Afi tahu susah untuk menerima dan percaya apa yang telah berlaku padanya dahulu. Tekanan perasaan yang dialami kerana kematian Arissa dahulu hampir-hampir menjadikan dirinya tidak siuman. Kerana itulah Datuk Rashid menghantarnya ke United Kingdom supaya dia dapat menenangkan fikirannya dan melupakan seketika apa yang telah berlaku. Selama enam tahun menjadi pelarian di negara orang, Ammar Afi sedar ianya tidak mampu menolong dirinya. Dia harus kembali ke Malaysia, mencari keluarga Arissa.
  
               Pencarian yang difikirkannya mudah dan senang menemui jalan buntu. Keluarga Arissa hilang tidak tahu ke mana perginya. Malahan papanya juga tidak tahu tentang keluarga Arissa sepanjang perbicaraan. Selepas Ammar Afi memberikan keterangan sebagai saksi di mahkamah, keluarganya tidak lagi mengikuti perkembangan kes itu sehinggalah Inspektor Mokhtar memberitahu keputusan mahkamah melalui telefon. Setakat itu sahaja penglibatan keluarga Datuk Rashid dalam kes Arissa. Ammar Afi sendiri tidak tahu di mana harus dia mencari keluarga Arissa. Apakah masih ada peluang untuk dia memohon maaf?

Thursday, 26 December 2013

BAB 16



Petang itu beria-ia Ammar Afi mengajak Arianna mengikut Pak Mail untuk ke bendang yang terletak tidak jauh di rumahnya. Katanya Pak Mail mahu menjala ikan memandangkan sudah seminggu hujan turun di kampung tersebut. Pastinya banyak ikan-ikan darat seperti puyu, sepat, keli dan macam-macam lagi. Silap-silap  belut pun ada. Peluang seperti tidak mungkin dilepaskan Ammar Afi yang jarang pulang ke Kelantan.
           Arianna yang keberatan pada awalnya terpaksa menurut memandangkan isteri Pak Mail pergi mengurut di kampung lain. Tidak mahu ditinggalkan keseorangan di rumah pusaka Ammar Afi yang agak menyeramkan itu. Memikirkan perkara itu sahaja sudah membuatkan Arianna meremang bulu roma.
           Terkebil-kebil Arianna memandang Ammar Afi yang berada di atas motor jenis Honda EX5 milik Pak Mail. Ammar Afi tersengih seraya menyuruh Arianna membonceng motor tersebut bersamanya. Melopong mulut Arianna mendengar arahan Ammar Afi.
           “Naik motor? Motor ni? Dengan encik Ammar?”tanya Arianna berkali-kali seolah-olah tidak percaya seraya jarinya menuding ke arah motor itu.
           Ammar Afi angguk laju. “Yelah, takkan nak pergi jalan kaki kot? Mahunya berpeluh nak sampai ke sana. Lagipun Pak Mail naik motor buruk dia lagi satu…Cepatlah, Pak Mail dah gerak tuh!”jelas Ammar Afi sambil menggesa Arianna untuk membonceng.
           Arianna mengerutkan keningnya. “Tapi Encik Ammar….”
           “Apa lagi Ari? Bawak kereta lecehlah, jalan berlubang-lubang, lecak pulak tuh. Jalan kampung kat sini sempit. Naik motor lagi senang…”
           Arianna masih ragu-ragu. Antara mahu dan tidak membonceng motor tersebut bersama Ammar Afi. Tidak pernah dia membonceng motor dengan mana-mana lelaki waima perempuan sekalipun. Pastinya dia akan kelihatan canggung. Hish! Lelaki ni pun satu! Time-time macam nilah dia nak naik motor. Arianna merungut di dalam hati.
           Ammar Afi merenung Arianna yang masih tidak berganjak. “You tak payah risaulah Ari, I takkan willie punya. Lagipun I bukan mat rempit!”gurau Ammar Afi sambil ketawa perlahan. Dalam fikirannya membayangkan bagaimana agaknya seandainya dia membuat willie dengan Arianna di belakang. Pasti kelakar! Dalam sedar tak sedar Ammar Afi semakin galak ketawa.
           Arianna bercekak pinggang. Willie la pulak? Arianna memandang Ammar Afi yang masih ketawa dengan rasa geram. Ada saja yang nak dijadikan usikan. Lelaki itu memang tidak pernah kenal erti putus asa bab mengusik dirinya. Arianna semakin sebal.
           Ammar Afi mengendurkan tawanya tatkala memandang wajah tegang Arianna. Ammar Afi berdehem perlahan. Menyedari mungkin ketawanya sebentar tadi pasti tidak disenangi Arianna. “Nak naik ke tak? Kalau tak nak ikut you duduk jelah kat rumah…”usul Ammar Afi pula.
           Arianna diam masih memikirkan apakah yang harus dilakukannya.
           Ammar Afi menghidupkan enjin motor melihat Arianna yang tidak memberi keputusan. “Kalau duduk kat rumah tu nanti, nampak benda yang pelik-pelik jangan tegur ya!”usik Ammar Afi seraya tersengih.
                Membulat mata Arianna mendengar kata-kata Ammar Afi malah bertambah terkejut apabila Ammar Afi mula meninggalkannya perlahan. “Encik Ammar!!!”laung Arianna kuat.
           Ammar Afi memberhentikan motornya. Senyuman lebar terukir di bibir. Akhirnya berjaya juga dia memujuk wanita itu untuk mengikutnya. Ammar Afi menoleh ke belakang. Dia tergelak perlahan melihat Arianna yang berjalan dengan laju menghampirinya. Arianna memuncungkan mulut tanda protes. Lelaki itu memang merimaskannya!
           Dengan berhati-hati Arianna memaut bahu Ammar Afi tatkala mahu membonceng motor. Arianna menjeling tajam ke arah Ammar Afi tatkala mengesan senyum lebar lelaki itu.
           “Pegang pinggang I kuat-kuat, kang kalau I bawa laju you jatuh pulak!”
           “It’s okay, saya boleh pegang yang kat belakang ni…”tolak Arianna seraya menggenggam erat palang besi yang melekat di bahagian belakang kusyen motosikal tersebut.
           Ammar Afi tersenyum nakal. “If you say so…”
           Sebaik sahaja Ammar Afi memulas minyak, Arianna terpelangah apabila motosikal tersebut meluncur laju ke hadapan membuatkan Arianna terjerit kecil. Cepat-cepat digenggam baju t-shirt Ammar Afi menahan dirinya daripada terlentang ke belakang. Arianna dapat mendengar dengan jelas tawa yang terkeluar dari bibir Ammar Afi. Arghh! Dia memang sengaja nak kenakan aku!!!!!!
           Arianna mengekori Ammar Afi meniti batas-batas di sawah tersebut dengan berhati-hati. Dari kejauhan dia dapat menangkap sesusuk tubuh milik Pak Mail yang sedang menebar jala ke dalam kawasan sawah yang digenangi air. Bau hanyir tanah selut menusuk ke hidung Arianna. Pertama kali menimba pengalaman di kampung sebegini membuatkan Arianna tidak mudah untuk menyesuaikan diri namun Arianna suka dengan ketenangan kampung tersebut.
           Arianna jadi kagum dengan semangat Ammar Afi yang langsung tidak canggung dengan suasana sebegitu biarpun lama meninggalkan kampung malah pernah menetap di luar negeri bertahun lamanya. Lelaki itu langsung tidak kekok menolong Pak Mail di kebun malah langsung tidak merungut melakukan kerja-kerja kampung seperti itu. Bermandi peluh, bersalut lumpur malah berpanas terik namun langsung tidak menjadi permasalahan bagi lelaki itu. Langsung tidak menunjukkan bahawa lelaki itu dibesarkan di bandar Kuala Lumpur.
           Arianna yang asyik mengelamun tidak menyedari bahawa dia terpijak bahagian tepi batas menyebabkan dia terumbang-ambing seraya cuba mengimbangi badannya supaya tidak terjatuh ke dalam sawah. “Alamak…alamak…alamak! Aaahh…”
           Ammar Afi pantas menoleh dan terkejut melihat Arianna yang hampir terjatuh itu. Cepat-cepat Ammar Afi menghampiri Arianna dan memaut kemas kedua belah tangan wanita tersebut. Arianna menarik nafas lega apabila berjaya menstabilkan badannya. Dipandang Ammar Afi yang berdiri hampir dengannya.
           “Thanks…”ucap Arianna lembut.
           Ammar Afi tersenyum. Dilepaskan sebelah pegangannya manakala tangan kirinya menarik tangan kiri Arianna. Memimpin wanita itu meniti batas sawah. Arianna yang terkesima langsung tidak menolak mahupun menarik tangannya sekadar mengikut jejak langkah Ammar Afi dengan debaran yang bertalu di dalam dada. Apatah lagi tatkala kehangatan tangan lelaki itu dapat dirasai dan menyerap ke seluruh tubuhnya. Arianna seakan-akan kehilangan nafas!
           “Banyak ke ikan Pak Mail?”tanya Ammar Afi sebaik sahaja mereka berdua menghampiri Pak Mail yang menarik jalanya. Ammar Afi menjengah ke arah jala yang baru dinaikkan. Terukir senyuman lebar tatkala melihat ada beberapa ekor ikan sepat dan puyu yang terperangkap di dalam jala tersebut.
           “Tahulah Afi. Nok kato banyok pun tok banyok sangat. Tapi setakat nok make dua tigo oghe tu bolehlah…”balas Pak Mail. Tiga ekor sepat sebesar tiga jari diletakkan di dalam baldi yang berisi air. Dua lagi ikan puyu sebesar dua jari turut diletakkan di dalam baldi yang sama.
           “Dapat makan untuk malam ni pun dah cukup Pak Mail…”kata Ammar Afi. Memadailah seandainya hasil tangkapan tersebut dapat dijadikan hidangan pada waktu malam nanti. Apatah lagi dia sendiri sudah lama tidak menjamah ikan darat seperti itu setelah pergi ke UK. Rindu dengan masakan kampung semakin meluap-luap apabila datang ke Kelantan.
           Ammar Afi yang asyik melihat Pak Mail menebar jalanya sekali lagi tersentak apabila tangannya terasa disentap perlahan. Ammar Afi pantas menoleh, memandang Arianna yang sudah pun menarik tangannya yang sedari tadi dalam genggaman Ammar Afi. Arianna mengalihkan pandangannya ke arah sawah yang terbentang luas. Malu untuk memandang Ammar Afi malah wajah Arianna juga diserbu rasa panas.
           Ammar Afi turut merasa malu akan perbuatannya. Dia langsung tidak menyedari bahawa dia langsung tidak melepaskan pegangan tangannya. Langsung tidak menyedari jejari runcing milik Arianna masih di dalam genggamannya. Ammar Afi menghembuskan nafas perlahan cuba menghilangkan debaran di dalam dadanya.
           Pak Mail yang menyedari telatah Ammar Afi dan Arianna tersenyum sendiri. Dia sedar ada sesuatu yang berlaku di antara Ammar Afi dan Arianna. Cuma masing-masing tidak mahu mengaku. Mungkin juga kerana malu atau mungkin juga masih menunggu masa yang sesuai. Pak Mail senang melihat keceriaan wajah Ammar Afi tatkala itu. Pak Mail tahu apa yang pernah dilalui oleh Ammar Afi sebelum ini, maka dia merasa gembira seandainya Ammar Afi dapat hidup bahagia selepas ini.
           Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut di kawasan sawah yang menghijau itu. Arianna berkali-kali terpaksa menguak rambutnya yang terbang di tiup angin petang. Langsung tidak menyedari bahawa perbuatannya diperhatikan oleh Ammar Afi dengan rasa terpegun. Dalam hati, Ammar Afi tertawan dengan wajah Arianna yang langsung tidak bertempek bedak dan lipstick itu. Pada pandangan matanya, Arianna kelihatan cantik sebegitu.
           Kaki Arianna terasa gatal tiba-tiba. Seakan-akan ada benda yang merayap di betisnya. Arianna menundukkan pandangannya memandang ke arah kakinya. Seluar yang disinsing hingga ke tengah betis itu diangkat sedikit. Membulat mata Arianna tatkala melihat ada benda hitam yang melekat di betis putihnya.
           “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!”
           Jeritan kuat Arianna mengejutkan Ammar Afi dan Pak Mail yang baru sahaja menaikkan jalanya. Sepantas kilat Ammar Afi menghampiri Arianna yang terlompat-lompat.
           “Ari? Kenapa ni?”tanya Ammar Afi yang melihat wajah pucat Arianna. Bibir merah wanita itu menggeletar. Matanya terpejam rapat. Tidak menjawab pertanyaan Ammar Afi, Arianna menunjukkan ke arah betisnya dengan perasaan takut bercampur geli.
           “Tu….tu….”
           Ammar Afi mencangkung memandang betis putih Arianna. Lama dia merenung lintah yang melekat di betis Arianna, asyik menghisap darah. Kepalanya didongakkan memandang Arianna yang masih takut untuk memandang binatang aneh tersebut. Ammar Afi tersengih sebelum bangun perlahan.
           “Lintah pun nak takut ke?”soal Ammar Afi.
           Arianna membuka matanya perlahan. “Li…lin..lintah??????”
           Ammar Afi angguk perlahan.
           Arianna menjerit sekuat hati seraya memaut erat bahu Ammar Afi. Geli apabila mengetahui benda hitam di betisnya itu adalah lintah. Ammar Afi terkejut dengan tindakan Arianna malah hampir tidak dapat mengimbangi badannya. Biarpun menyuruh wanita itu supaya bertenang namun ibarat mencurah air ke daun keladi. Arianna terus-terusan menjerit sambil menghentak kakinya ke tanah dengan pegangan di bahu Ammar Afi semakin kemas.
           Ammar Afi tergelak perlahan sebelum membongkokkan badannya. Ditarik lintah yang melekat dengan kuat di betis Arianna. Agak susah untuk membuang lintah yang sedang enak menghisap darah. Bersusah payah Ammar Afi cuba menarik lintah tersebut yang begitu kejap melekat. Ammar Afi memegang lintah yang berjaya dicabut dari betis Arianna. Ditayangkan ke wajah Arianna yang masih lagi terpejam rapat matanya.
           “I dah cabut lintah tu….”
           Arianna menelan payah airliur seraya membuka sebelah matanya. “Betul ke?”
           “Betullah, ni hah lintahnya!”beritahu Ammar Afi seraya menunjukkan lintah tersebut kepada Arianna.
           Arianna terkaku seketika dengan matanya yang bulat merenung lintah yang meliuk lentok dipegang oleh Ammar Afi. Tidak lama kemudian, sekali lagi Arianna menjerit sekuat hati. Kali ini dipeluk kemas lengan Ammar Afi.
           “Buang! Buang! Buang cepat!!!!!!”
           Ammar Afi ketawa perlahan lalu mencampak jauh lintah tersebut. Dipandang Arianna yang ketakutan di sisinya. Terasa gelihati pula melihat wanita itu yang begitu takut dengan lintah. Ah, wanita mana yang tidak takut dengan penghisap darah itu? Ammar Afi berfikir sendiri. Tangan Arianna yang memaut lengannya ditepuk perlahan beberapa kali.
           “Dah! I dah buang lintah tu. It’s okay now…”
           Arianna menggeleng dengan rasa takut. Tidak percaya dengan kata-kata Ammar Afi apatah lagi sebentar tadi lelaki itu menayangkan lintah itu betul-betul di hadapan matanya. Melihat dengan dekat lintah tersebut membuatkan Arianna meremang.
           Ammar Afi masih ketawa dengan nada perlahan. “Ya Allah, Ari…I betul-betul dah buang lintah tu…”
           Arianna masih membatu dengan memeluk lengannya. Kemas pegangan tersebut seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi.
           “Atau you ni sebenarnya nak ambil kesempatan untuk peluk I?”
           Sebaik sahaja mendengar kata-kata Ammar Afi, Arianna terus membuka matanya. Pautannya turut dilepaskan lalu menjarakkan diri dari Ammar Afi. Ammar Afi memandangnya dengan senyum lebar. Arianna membalas pandangan Ammar Afi dengan rasa takut yang masih bersisa. Badannya masih menggigil. Debaran di dada masih lagi kuat bertalu biarpun sudah beransur reda.
           “Mm…maaf..”ucap Arianna gugup. Menyedari keterlanjurannya memeluk lelaki itu.
           Ammar Afi tersengih. “It’s okay Ari. It’s my pleasure…Bukan selalu you nak manja-manja dengan I kan?luah Ammar Afi dengan tawa yang agak kuat. Galak benar dia menyakat Arianna hari ini.
           Arianna menjegil matanya ke arah Ammar Afi. Geram pula apabila lelaki itu mempermainkan dirinya di saat sebegitu. Senyuman Ammar Afi terasa menjengkelkan. Tidak habis-habis mahu bergurau tidak kira tempat dan masa! Ini semua sebab lintah tak guna tu! Rungut Arianna. Matanya sesekali meliar di kawasan bendang yang dipenuhi  dengan air. Bimbang sekiranya ada lintah mahu menyerangnya sekali lagi. Seram!